-->

Income Adsense 5 Angka WOW


 Baki Adsense

Baru-baru ni aku ada melawat akaun Adsense aku yang berkurun tak tengok sebab tak banyak sangat masuk. Kebetulan aku baca ada satu blog ni yang bagi tahu payment Adsense boleh direct masuk local bank macam Maybank atau CIMB. Biasa sebelum ni pakai Western Union. So aku pun tergerak hati lah nak tengok option tu dah ada ke. Memang betul ada. So aku pun tukar la masuk ke Maybank, key in Account number dengan swift code.




Bila nak key in swift code tu, ada confuse sikit sebab nak masuk sekali branch code. Aku pun pergi forum Adsense untuk check kalau ada yang tanya benda yang sama.

Pendapatan Kencang dengan Adsense

Sekali aku terbaca la soalan mamat sorang ni, kenapa payment dia on hold. Adsense team jawab, payment dia exceeds limit untuk Western Union. Tu dia habaq hang. Kena 4 kali bayar, maksimum USD 2,700 per transaction. Aku yang nak cecah USD 100 pun makan tahun.

So Adsense team cadangkan supaya transfer terus masuk akaun bank dia, senang satu transaction je.

Dalam tu memang dia cakap dia bagi contoh je USD 9K, lepas tu dia admit sebelum ni kenapa boleh je buat 4 kali pembayaran. Nampak tak, maknanya pendapatan dia sebelum ni memang RM30 K jugak. Tak tahu la permonth ke 6 bulan sekali ke. Memang otai la mamat ni.

Split Adsense Payment  

Aku check jugak id dia, nak tahu lebih detail kan. Tengok biasa je, Internet Marketer dan Designer. Aku tengok blog dia pun sempoi je.

Celah mana dia buat riban-riban dengan Adsense ni, aku nak belajar sangat ni.

Nampaknya memang ramai player Adsense yang senyap-senyap kat Malaysia ni. Persoalannya, kalau masuk bank jumlah besar mesti LHDN cari kan? Masalah jugak tu. Dahla tahun depan nak start GST..

Bertabahla..patutla dia macam berat jer nak tukar ke bank payment. 

Kesimpulannya Buat Duit dengan Adsense ni bukan mustahil.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Income Adsense 5 Angka WOW"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar