-->

Kenangan Bersama KD Perantau Walau Hampir "KARAM" di Lumut



Tabah Ye Bang

Terkejut aku bila terima whatsapp di group, tengok ada kapal Navy hendak terbalik. KD Perantau rupanya. khabarnya sedang menjalani selenggaraan refit di Limbungan Boustead Naval Shipyard (BNS) Lumut Perak. Kejadian berlaku waktu malam jam 11: 17, dan BNS dan TLDM sedang giat menyelamatkan kapal tersebut. Nasib baik tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku. Navigation equipment, peralatan-peralatan utama juga telah dibuka untuk refit.

 Kesian abang Navy tu, mesti kena menjawab dengan Board of Inquiry nanti. Tabah ye bang. 

 Sedih jugak tengok kapal KD Perantau ni sebab banyak kenangan masa aku mula-mula bekerja dulu. Tahun 2003, aku bawak Expert dari Australia untuk training Pegawai-pegawai Navy KD Perantau menggunakan radioa dan oceanographic equipment.

First Time

First project, mana tak blur. First time, masuk base Navy, naik kapal, handle Pegawai-pegawai. Bila dia orang banyak tanya, aku jawab saya baru kerja tuan, tak tahu apa HAHA.

 Lepas tu kena belayar pergi Pulau Perak. Orang lain rilek je, aku sorang mabuk laut haha. Memang tak boleh lupa. Antara equipment yang aku ingat Side Scan Sonar dengan DGPS. Mat saleh tu siap repair mana-mana navigation equipment yang rosak. 

 Kitaorang beli component dekat Li Electronic Setiawan, siapa duduk Lumut memang familiar lah kedai tu.

2 minggu berkampung di Lumut, duduk di Orient Star. Buat teori dan praktikal kelas di KD Perantau.

Kenangan di KD Perantau


Apa yang aku sedih bila tengok KD Perantau ni, sebab one of the Commanding Officer and First Crew kapal ni is my friendly cousin. Dia dah meninggal sebab sakit jantung tahun lepas.

Arwah lah yang banyak share pengalaman dia dalam Navy, tentang kapal, ajar aku tentang baca GPS, baca peta dan menggunakan Eletronic Chart Digital System atau ECDIS. Dia memang suka bercerita, kadang-kandang dah ulang berapa kali, tapi aku layan jugak. 

 Kapal yang paling dia banggakan tentulah KD Perantau, sebab dia yang pantau masa kapal ni dalam pembinaan di Limbungan Hong Leong-Lursen Pulau Pinang. 

Aku ingat lagi bila dia cerita kontraktor tukar jenis langsir dan nak kawtim dengan dia. Dia taknak sebab dia nak kain yang ikut spec. KD Perantau antara kapal paling canggih masa zaman tu, sebab dia orang dah pakai ECDIS dengan radar overlay. Equipment lain pun berjuta-juta jugak harganya. 

Kalau dia masih hidup lagi, mesti dia lagi sedih tengok KD Perantau ini. Al-Fatihah buat beliau. 

Semoga Menjadi Pengajaran

Apa pun, biarlah kemalangan kapal KD Perantau ini menjadi pengajaran buat semua. Semua ini harta rakyat. Jalankan tanggungjawab masing-masing. Kalau kapal kayu tu takpe la, mungkin boleh buat lagi 10. Ini kapal harga ratus-ratus juta.

Semoga Lembaga Siasatan lakukan tanggungjawab mereka dengan telus. Memang ramai lah yang gelap bintang lepas ni.

Kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Sebesar mana pun kapal, kalau dah nak tenggelam tiada siapa dapat menghalang.











Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Kenangan Bersama KD Perantau Walau Hampir "KARAM" di Lumut"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar