Keputusan Penilaian MUET lebih mantap untuk ke IPTA Bermula 1 Januari 2015

Teks Ucapan Bajet 2015
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak merangkap Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini hari ini. - Foto Effendy Rashid


Selain itu, keyakinan diri dan kemahiran graduan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris akan dipertingkatkan. Pada masa ini, syarat kemasukan am ke IPTA mengkehendaki pelajar mencapai tahap minimum di Band 1 dalam Malaysian University English Test atau MUET. Mulai tahun hadapan: 

(I) bagi kemasukan ke IPTA tahap minimum Band MUET ditingkatkan
mengikut bidang pengajian seperti contoh berikut: 

a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial -Band 2
b) Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau
    STEM -Band 3
c) Pengajian Undang-undang & Perubatan -Band 4 

(i1) sebagai syarat bergraduan pula, pelajar wajib mencapai: 

a) pengajian Sastera dan Sains Sosial -Band 3
b) Pengajian STEM -Band 4
c) Pengajian Undang-undang & Perubatan -Band 5 

Saya juga ingin menyarankan IPTS melaksanakan langkah yang sama. 
 - Datuk Seri Najib Razak

 Band Bertambah

 MUET yang dulu bukan lah yang sekarang. Dulu dengan Band satu anda sudah mencapai tahap minimum untuk masuk IPTA. Sekarang, syarat baru Penilaian MUET 2015 telah ditingkatkan mengikut bidang Pengajian. Sila rujuk carta dibawah :

-->
NoKursusMasuk IPTATamat Ijazah
1Pengajian Sastera dan Sains SosialBand 2Band 3
2Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan MatematikBand 3Band 4
3Pengajian Undang-undang & PerubatanBand 4Band 5



 Graduan Tempatan Tak Pandai Berbahasa Inggeris

Isu graduan tidak pandai berbahasa Inggeris bukan isu baru. Kerajaan nampaknya lebih serius dalam menangani isu ini. Diharapkan para pelajar lebih bersedia untuk menghadapi Peperiksaan MUET ini demi mengejar cita-cita anda.

Writing dan Reading menjana markah paling banyak iaitu 90 + 120 = 210. Oleh itu, tumpuan yang penuh perlu diberikan kepada Ujian tersebut. Manakala, untuk graduate anda perlu sekurangnya memperolehi markah 220 untuk mendapatkan Band 5.

Saya yakin anda mampu melakukannya jika belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan rujukan yang secukupnya. Mungkin Panduan MUET ini dapat membantu.

Akhir kata, sahutlah cabaran kerajaan untuk mahir dalam bahasa Inggeris. Kalau susah sangat mulakan dengan hafal lagu Inggeris atau lihat movie Inggeris dengan subtitle yang anda suka. Baca The Star bukan Harian Metro, all the best.


Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Keputusan Penilaian MUET lebih mantap untuk ke IPTA Bermula 1 Januari 2015"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar