-->

Pengalaman Sekolah Asrama

Perkara Biasa

Kecoh nampaknya sekarang cerita pasal kes pukul budak di sekolah asrama. Sebabnya ada rakaman video, kalau tak menda ni tak kecoh pun. 

Padahal banyak je berlaku, tanyala budak sekolah asrama. Asal nama junior mesti kena punya. Paling  kurang kena gosok baju senior, paling teruk kena belasah ramai-ramai. Zaman sekarang je canggih sikit sebab boleh rekod kat telepon pastu upload kat Youtube. Itu yang viral sekarang ni.

Pengalaman Sendiri

Pengalaman masa aku junior dulu macam-macam ada. Nasib baik senior dorm masa tuh, boleh tahan lagi. Mintak tolong cara baik. Dapat sedorm dengan senior yang senget sikit masakla.. Buli ni pada aku, perbuatan yang melampau-lampau dan menganiaya mangsa. Macam-macam kes ada dulu. Buli menda ni macam turun menurun diwarisi. Siapa yang kena teruk masa junior ni akan buat dekat junior dia plak. 

Bila aku senior, aku tak sampai hati pulak nak buat macam tu. Mintak tolong sikit-sikit tu adalah dengan junior. Even ada junior curi baju aku pun aku suruh dia pulang balik je. Itu pun sampai sudah dia tak pulang. Kadang-kadang aku terpotong que beratur dewan makan jugak. So bila last day masa kat surau, salam setiap seorang aku mintak halal makan minum, takut diaorang tak redha. 

Takut ? Mungkin jugak. Sebab tak nak mak ayah risau. Biarla diaorang aku tahu fokus belajar..ceh konon. Kalau pukul budak kang, kena buang sekolah tak pasal. Lagi satu, aku percaya, what you give, you will get back. Orang yang kita pukul tu, kalau dia tak bersalah. Sampai bila-bila dia akan ingat. Kalau dia tak maafkan kita, macam mana. 

Contoh baru ni sorang junior perempuan sekolah aku update status pasal dia kena brainwash dengan senior kat bilik pengawas. Puncanya sebab dia junior, Ustazah suruh dia jadi imam sebab hafal surah As Sajadah. Dengar macam kelakar kan, jadi imam je. Berpuluh-puluh tahun dah peristiwa ini berlaku, dia masih pendam lagi dan ingat muka-muka senior yang mental torture dia. Sampai begitu sekali. Itu baru soud je. Yang budak budak lelaki lagi teruk kena aku tak tahu la. Macam mana dia punya trauma. Maybe perempuan dia pendam, lelaki maybe dia boleh lupakan. Well, kita tak tahu.

Cepat Mohon Maaf

Nasihat aku, pada siapa-siapa yang pernah buat salah dengan orang tak kiralah masa sekolah ke, masa kerja ke, masa dekat U ke cepat-cepatlah minta maaf dengan ikhlas. Mungkin dia tak boleh terima lagi, mungkin ambil masa lagi. Berdoalah agar Allah SWT buka pintu hati dia untuk terima kemaafan kita.

Personally, aku pernah alami masalah ini. Pernah buat salah dengan orang dan tak mintak maaf. Makan tahun juga. Hidup rasa tak tenang. Rezeki pun macam tak berkat. Gaji dah meningkat, tapi tak cukup jugak. Pelik kan. Aku fikir-fikir balik dekat mana aku ada buat silap. Bila aku fikir balik, ada sorang aku pernah buat silap dan dia tak nak maafkan aku. Sampai la tahun lepas, aku dapat peluang untuk mintak maaf atas kesilapan aku. Alhamdulillah dia sudi maafkan, barulah terasa rasa bersalah dan beban hilang. Alhamdulillah, Allah SWT mudahkan banyak perkara. 

Nasihat aku lagi, kalau kita rasa hidup kita ini macam kosong, macam tak tenang, cuba selidik balik dekat mana kita ada miss. Mungkin kita ada masalah dengan hubungan dengan Allah SWT atau mungkin kita tak jaga hubungan dengan Manusia. Mungkin ibubapa, adik beradik atau sedara mara. Kalau ada rasa lompang dan tak betul cepat-cepatla perbetulkan. Semoga dipermudahkan.

Apapun pengalaman di sekolah dulu, aku ambil yang manis-manis jer. Yang pahit-pahit macam jatuh longkang busuk masa fly aku lupakan haha (Dahla fly lalu kubur, macam-macam cerita hantu ada). Ambil yang jernih, buang yang keruh. Selagi kita pendam, selagi itulah hidup tak tenang. Kalau boleh maafkan, maafkan. Itu yang terbaik. 

Kalau nak cerita pengalaman masa sekolah asrama ni memang tak cukup satu entri ni, mau 10 entri kena buat. Pengalaman paling best masa form 5 sebab cikgu disiplin paling brutal dah pindah sambung belajar. Memang heaven, main bola tennis, bola stokin dalam dorm. Sampai berdarah-darah kaki sebab melecet. Itula hiburan kami. Mana ada handphone, tab ke cd pun takde zaman tuh.

Kalau petang jer, turun padang main bola. Tak pun main bola cop. Baling tuju kepala jer. Hahaha. Memang best. Cukupla dulu cerita pasal sekolah ni. Aku nak bagi satu gamba masa aku masuk talent nite ala-ala Akademi Fantasia masa aku form one. Layan



Amacam ada gaya Mawi tak?

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

1 Response to "Pengalaman Sekolah Asrama"

  1. Tanpa Nama2:00 PG

    sekarang pon masih ada gejala buli.........hampeh....

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar