-->

Salji Turun Awal di Ankara, Turki






Salji Turun Awal di Akhir November

Damia dalam perjalanan menuju ke Bus Stop untuk ke sekolah. Seronok Damia bermain dengan salji. Menurut ramalan cuaca, sepatutnya Sabtu ni baru ada Snow Shower, tapi kuasa Allah SWT mengatasi segalanya. Bukan kita yang tentukan bila salji nak turun, tempat lain suhu minus degree pun belum tentu turun snow.

First day masa salji turun suhu baru 2 darjah Celcius. SubhanALLAH, memang kagum tengok salji turun dan terbang di udara. Maklumla sebelum ni tak pernah tengok LIVE, pengalaman salji di Malaysia pun hanya di Rumah Empat Musim di Shah Alam.

Menurut local staff di sini biasanya bulan December baru turun salji. Even Istanbul pun belum turun salji lagi. Tapi sekarang suhu memang dah bawah 5. So memang dah biasa berbungkus bila nak jalan-jalan di luar.

Bila Dah Sejuk

Alhamdulillah kami sekeluarga dah ambil suntikan untuk Flu. So tidaklah teruk sangat menerima kesan sampingan akibat suhu rendah ni. Ramai jugak yang kena serangan asma bila nak masuk Winter ni. Diharap kami dapat bertahan. 

Jalan pun agak licin sebab dah ada ais, bila salji tebal lagi nanti tak tahu la macam mana. Pakaian sejuk sudah dibeli awal. Heater pun sudah di pasang sejak masuk winter ni. Tapi tak kuat sangat, so kena pakai mobile heater untuk tambahkan kepanasan bilik.

Nak mandi pun fikir dua tiga kali. Kalau air panas takde sebab heater rosak, memang tak mandi la. Tak pun masak air panas sendiri, lepas tu baru mandi.

Tadi pun baru beli Vitamin C untuk kuatkan daya tahan badan ketika musim sejuk ni. Hidung dengan muka memang tak tahan. Kalau lama sangat di luar, hidung terasa kebas dan terasa macam hidung takde.


Kadang-kadang pelik juga, kenapa orang lebih suka salji dari cuaca lain. Hujan Panas pun best juga. Adui rindu plak Malaysiaku..



Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Salji Turun Awal di Ankara, Turki"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar