Upin & Ipin dan Ultraman Ribut

Ultraman Betul! Betul! Betul!

 Jangan terperanjat kalau lepas ni, kita dengar Ultraman cakap Betul! Betul! Betul! lepas lawan raksasa gorgon hehe

Tahniah buat team Upin dan Ipin kerana telah diberi kepercayaan untuk bekerjasama dengan Tsuburaya Production dari Jepun dalam menghasilkan animasi terbaru Ultraman versi melayu pulak.

Rasanya Upin dan Ipin tidak payah diperkenalkan lagi, animasi yang comel dan banyak teladan ini terkenal di Malaysia dan Indonesia. Kalau tengok di FB Upin Ipin, fan dari Indonesia lagi teruja dari fan Malaysia.

Bukan anak-anak je layan, yang anak-anak yang dah besar pun layan. Aku siap download simpan dalam External HD, senang nak tengok kat TV.
http://upindanipin.com.my/v7/

credit gamba dari upinipin.com

Keluarga UltraMan

Dari zaman aku dulu sampai lah sekarang, Ultraman dah bermacam-macam versi. Still popular sampai sekarang. Zaman aku dulu, popular Ultraman Taro, dia bertukar menjadi Ultraman dengan sudu bila jet dia jatuh.


Sekarang ni Ultraman Mebius la, Ultraman Seven la, dah tak follow sangat. Anak buah aku siap ada koleksi dari Datuk Ultraman sampai la Mebius, koleksi CD jangan cakapla. Penuh almari. Kalau bercerita padal ultraman siap dengan aksi sekali. Kuat betul pengaruh Ultraman ni pada budak-budak sekarang.

Korang ingat tak kalau Ultraman nak kalah lampu kat dada dia warna apa ? hehe siapa tak tahu tu, tipulaaa.



Jangan lupa saksikan aksi terbaru Upin dan Ipin bersama Ultraman Ribut pada 14, 15 dan 16 November ini di TV 9 jam 5:30 petang. Semoga team Les Copaque semakin gah menerajui industri animasi  negara.

Harap lepas ni, syarikat Animonsta Studios Sdn Bhd, penerbit siri animasi BoBoiBoy akan kerjasama dengan team Kamen Rider plak, ha barulah gempak kan.



Tendangan Padu maut!....Belalang Tempur...


Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Upin & Ipin dan Ultraman Ribut"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar