Jom Buka Akaun Maybank dan Maybank2U Bagi Pembayaran BR1M 2015

2 Juta Penerima BR1M tiada Akaun Bank

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, daripada 6.4 juta pemohon BR1M di seluruh negara, seramai dua juta daripada mereka tiada akaun bank dan diberikan baucar bantuan.

Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

 “Kementerian berharap mereka yang masih belum membuka akaun supaya berbuat demikian bagi memudahkan pembayaran dilakukan tanpa majlis penyampaian seperti sebelum ini. “Kita sasarkan kira-kira 7 juta pemohon mendapat manfaat daripada BR1M dan bila sudah ada akaun bank, bayaran RM950 dapat disalurkan kepada mereka dengan lancar,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam. 

Menurutnya, langkah ini bertujuan supaya penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang menerima bantuan kewangan itu yang akan disalurkan kepada akaun bank mereka menerusi tiga kali pembayaran.

Macam Mana Nak Buka Akaun Maybank dan Maybank2u

Nampaknya masih ramai yang belum membuka akaun bank untuk menerima bantuan BR1M 2015. So langkah terbaik adalah membuka akaun bank untuk memudahkan dan melancarkan penerimaan duit BR1M anda.

Tahun depan, pemberian BR1M 2015 adalah secara ansuran 3 kali, larat ke nak pergi beratur ambil baucer.

So lebih baik bukak akaun bank. Saya prefer Maybank sebab lebih selesa dengan aplikasi Maybank2u yang telah saya gunakan sejak sekian lama. 

Segalanya Online sahaja, dari bayar bil ke transfer duit ke 3rd party. Even dari Ankara pun tranksaksi boleh dilakukan janji sudah di set favourite no akaun tersebut.

Apa yang perlu dibawa ke cawangan Maybank :
  1. Mykad (Untuk memastikan cip boleh dibaca sila gosok dengan pemadam getah)
  2. Deposit RM 250 (Tunggu dapat gaji pun boleh, sebab duit boleh bawak keluar)
  3. Ibu jari anda untuk pengesahan :)
  4. Sila bawa juga lesen memandu/bil TNB diperlukan jika Mykad anda tidak dapat dibaca.
  Untuk lokasi cawangan Maybank berdekatan rumah anda, sila rujuk di sini.
Setelah menerima kad Debit Maybank dan pin sementara yang diberikan, sila ke mesin ATM dan tukar pin baru.

Kemudian masukkan semula kad Debit Maybank anda dan pilih menu Maybank2u dan pilih M-Pin 6 pin untuk daftar Maybank2u nanti.

Kemudian, masukkan semula kad Debit Maybank anda untuk daftar nombor handphone anda untuk terima TAC kod. TAC adalah kod sms yang dihantar setiap kali anda melakukan transaksi di Maybank2u.

Mudah bukan?


Panduan untuk mendaftar aybank2u

Untuk register Maybank2u pula, sila ke laman rasmi Maybank2u di sini.

1. Klik Login



2. Kemudian klik First Time Login?



3.  Ada 3 proses yang perlu anda lakukan :
  • Dengar dan tengok video panduan keselamatan dari Maybank2u. 
  • Jawab soalan yang diberikan dan seterusnya mendaftar Maybank2u.           * Jangan takut soalan bocor dan toyol saya akan berikan untuk memudahkan anda.
  • Klik continue


 4. Dengar penerangan video keselamatan oleh Maybank2u sampai habis kemudian butang continue akan muncul di sebelah kanan bawah.

Klik continue

 

5. 2 soalan akan terpop up. Jangan risau, jawapan adalah seperti di bawah.




6. Tahniah, anda telah berjaya untuk peringkat seterusnya, klik continue



7. Klik accept untuk terma dan syarat.



8.Kemudian anda dikehendaki memasukkan no kad Debit Maybank anda di ruang Access No dan no pin yang anda telah register untuk Maybank2u di ATM.




9.Seterusnya, create username dan password. Pastikan username anda password unik dan tidak mudah untuk diteka seperti nama anak anda dan tahun lahir anda.

10. Pilih gambar untuk security. Pilih mana-mana sahaja gambar yang anda suka dan namakan gambar tersebut. Ini untuk mengelakkan anda terjebak dalam pishing site atau laman web maybank2u palsu.

Sila pastikan gambar dan nama yang sama terpapar ketika anda hendak login di Maybank2u pada masa akan datang.


11. Seterusnya, pilih soalan dan jawapan keselamatan. Ini penting untuk rujukan jika anda lupa password atau login id anda di masa hadapan. Sila catit dan simpan dalam email atau mana-mana tempat yang selamat.


12. Untuk pengesahan akhir, soalan tadi akan dipaparkan semula beserta dengan imej yang anda telah pilih tadi. Kemudia klik submit


 TAHNIAH, anda telah berjaya mendaftar akaun Maybank2u anda. Anda boleh membuat pembayaran bil online dan membuat semakan pembayaran eBR1M 2015 anda.

Tidak perlu lagi ke kaunter 3 kali untuk mendapatkan baucer. Jimat masa dan tenaga.





















Anda juga boleh mendapakan Maybank2u Apps di Google Play yang rasmi.

Maybank2u Malaysia Official

Pastikan yang ori, jangan dapatkan dari sumber yang tak sah, nanti akaun anda akan dihack. Awas!



Senarai bank yang juga menerima BR1M 2015 :
  1. AFFIN BANK BERHAD
  2. AGRO BANK
  3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
  4. AM BANK BERHAD
  5. AL RAJHI BANK
  6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
  7. BANK RAKYAT
  8. MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
  9. BANK SIMPANAN NASIONAL
  10. CIMB BANK BERHAD
  11. CITIBANK BERHAD
  12. HONG LEONG BANK
  13. MAYBANK
  14. OCBC BANK
  15. PUBLIC BANK BERHAD
  16. RHB BANK BERHAD
  17. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BH


Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

2 Responses to "Jom Buka Akaun Maybank dan Maybank2U Bagi Pembayaran BR1M 2015"

  1. Ibu jari anda untuk pengesahan :)
    - Ayat paling lekat dalam fikiran....

    Bagus ni boleh bagi rujukan kat my customer bagaimana nak buka akaun Maybank2u...

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama6:23 PTG

    salam... tumpang tanya, kenapa bank tabung haji tiada dalam senarai? kan lebih mudah kalau disenaraikan tabung haji sekali.. berdasarkan pengetahuan saya, kebanyakan warga emas hanya memiliki acc tabung haji. terutamanya golongan yang tidak banyak terdedah dengan teknologi-teknologi alaf baru ni. sekian.

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar