Jom Mohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2015

  




Pendaftaran Baru BR1M 2015 Kini Di Buka (1Dis - 31 Dis 2014 sahaja)

Syarat kelayakan permohonan BR1M 2015:

i.Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja

ii.Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah denganjumlah pendapatan kasar bulanan isi
rumah RM4,000 dan ke bawah

iii.Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan
jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah

iv. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

v. Sila kemukakan salinan MyKad bagi pemohon dan MyKad/ MyPR/ MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri dan tanggungan (jika berkenaan)  


PEMOHONPENDAPATAN SEBULANBAYARAN BR1MTARIKH BAYARAN

KELUARGA


RM 300 - JAN
< RM 3000RM 950RM 300 - MAY


RM 350 - SEPT


RM 200 - JAN
< RM 3000 - RM 4000RM 750RM 200 - MAY


RM 350 - SEPT
BUJANG< RM 2000RM 350RM 350 - JAN

Berita baik untuk anda yang berpendapatan seisi rumah sebulan  kurang dari RM 3000 atau RM 4000, anda layak untuk memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2015. Anda layak menerima RM 950 atau RM 750, bayaran akan dilakukan secara ansurans sebanyak 3 kali. Iaitu pada bulan Jan, May dan September.

Bagi yang bujang dan berpendapatan RM 2000 sebulan anda juga layak untuk memohon  BR1M 2015.



Bagaimana Hendak Mohon BR1M 2015

Ada dua cara untuk mohon BR1M iaitu secara online atau isi borang secara manual.

Panduan Permohonan BR1M 2105 Secara Online

1. Sila ke laman web rasmi eBRIM 2015 
2. Klik pada Permohonan Baru.
3. Sila masukkan No. MyKad dan kllik butang HANTAR


**Jika no MyKad tidak wujud pada data JPN, kotak mesej berikut akan dipaparkan. (Masalah besar ni, jika berlaku pada anda)


**Jika data telah wujud, kotak mesej berikut akan dipaparkan. Pemohon perlu mengambil tindakan lanjut di menu KEMAS KINI. Ini bermaksud data anda sudah terdapat dalam BR1M sebelum ini. Mungkin permohonan sebelum ini anda gagal; dan ingin mengubah/kemaskini data anda.

Sila klik menu KEMASKINI PERMOHONAN

Sila download Panduan Kemaskini Data BR1M 2015

.

**Borang permohonan akan dipaparkan jika data belum wujud

 
4. Sila isi borang online tersebut (Bahagian A) berdasarkan panduan di bawah.


 5. Kemudian sila isikan maklumat untuk (Bahagian B) untuk maklumat Pendapatan Kasar sebulan untuk diri sendiri dan tanggungan.


 * Nama isteri dan tanggungan akan terpapar secara automatik jika terdapat dalam Data JPN.

** Sila nyatakan pendapatan kasar untuk diri anda, isteri/suami dan tanggungan anda. Jika tiada pendapatan, sila isi "0"

*** Untuk memadamkan nama tanggungan yang tidak lagi lagi bersama anda, sila klik TANGGUNGAN sebanyak 2 kali. Dan klik OK untuk bersetuju membuang nama tanggungan anda.

Ini penting untuk membolehkan mereka pula memohon BR1M untuk orang bujang jika mereka layak.

**** Jika senarai tanggungan yang anda ingin isi tiada dalam senarai, sila rujuk cawangan LHDn bersama dokumen pengenalan diri.



6. Untuk Bahagian C, Khairat Kematian, sila isikan bagi membolehkan pihak waris menuntut wang BR1M 2015 jika sesuatu berlaku pada anda.



 7. Akuan Pengesahan. Sila isikan nombor yang tertera di sebelah kiri untuk mengesahkan anda bukan spammer. Selepas itu klik butang HANTAR



8. Akuan Pengesahan berikut akan terpapar, sila pastikan segalam maklumat yang diisi disemak dengan betul sebelum anda klik kotak saya bersetuju dengan terma dan syarat di atas.


9.Setelah berpuas hati dengan data yang diisi, klik kotak Saya bersetuju dengan terma dan syarat di atas.

Kemudian klik SETUJU & HANTAR

Paparan di bawah akan keluar jika permohonan anda telah berjaya dihantar.

 
 10. Kemudian anda boleh cetak borang BR1M 2015 anda untuk simpanan. Pastikan computer anda mempunyai perisian Adobe Reader atau sewaktu dengannya. Mudah bukan.

 Sila lihat di sini untuk senarai BANK yang terlibat dalam pembayaran BR1M 2015.

 

Permohonan BR1M 2105 Secara Offline/Manual

 1. Sila download borang permohonan baru BR1M 2015 di sini :

Borang BR1M 2015

2. Isi borang dengan lengkap dan kemukan dokumen salinan yang berkaitan.

3. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Cawangan/ Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) / Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berdekatan.

* Nasihat saya, lebih baik buat ONLINE lagi mudah dan selamat. Nanti senang nak check status. Lebih-lebih lagi sekarang ni banyak penyangak dan sindiket yang suka mengaut keuntungan terhadap penduduk pendalaman untuk BR1M 2015 ini.
Urban Tranformation Cen

 ** Lagipun zaman teknologi sekarang ni mudah untuk buat permohonan online di internet.

Semoga permohonan BR1M 2015 anda berjaya !

Talian perkhidmatan HOTLINE LHDNM BR1M 2015
1-800-88-2716

Talian perkhidmatan HOTLINE Kementerian Kewangan BR1M 2015
03-88824565/ 03-88824566





Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

2 Responses to "Jom Mohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2015"

  1. Bgaus rujukan ni, sebab rama yang tak tahu boleh buat secara online. tarikh tutup pun dah dekat.

    Bagi yang proses kemaskini, pun boleh buat secara online. Tetapi jika ada pertambahan tanggungan, kena kemukakan dokumen di pejabat sperti yang tertera di atas...

    Macam saya tambah lagi satu baby tahun lepas, jadi kena lah submit salinan mykid satu... Huhu ...

    BalasPadam
  2. I am happy when reading your blog with updated information! thanks alot and hope that you will post more site that are related to this site. kemaskini br1m bujang 2016

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar