-->

Tutorial Untuk Link Domain .my dari myNIC ke Blogspot Bahagian 3


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kita teruskan misi kita untuk linkkan domain .my kepada blogspot menggunakan Cloudflare.

Kita recap balik, bahagian pertama, kita dapat maklumat address daripada blogspot. Kemudian pada bahagian kedua, kita letakkan maklumat address blogspot tersebut pada Cloudflare.

Hasilnya, Cloudflare pula akan memberi kita 2 address nameserver yang perlu diletakkan di myNIC..

Untuk bahagian ketiga, kita go step by step untuk tukar nameserver myNIC  kepada nameserver Cloudflare. Jom kita mulakan.

1. Appoint a Technical Contact

Sebelum anda ubah name server di myNIC anda perlulah melantik diri anda sebagai Technical Expert untuk domain anda sendiri, ini untuk memastikan anda benar-benar layak.

Syarat-syarat untuk menjadi Technical Contact ini adalah Ijazah Muda dalam bidang IT dengan CGPA 3.5 ke atas :)

Hehe sorry buat lawak, jangan stress. Anda hanya perlu login ke myNIC, pastikan contact code anda untuk login. (Contact code ini diperlukan setiap kali untuk login. Ianya ada debrikan oleh myNIC dalam email anda)

Pergi ke bahagian menu dan pilih Domain Name dan seterusnya Modify Domain. Search domain anda dan Select.

 

Kemudian pilih Appoint a New Technical Contact seperti di bawah.

Masukkan contact code anda dan select. Kemudian anda akan menerima email pemberitahuan yang anda telah appoint diri anda as New Technical Contact.

Pergi ke menu Domain Name dan pilih Modify Domain lagi sekali. Seacrh domain anda, dan pastikan di coloumn bahagian Technical di domain .my anda ada tanda hijau seperti di bawah.





Jika sudah ada tanda hijau, maka confirm anda layak untuk mengubah nameserver domain .my anda.

2. Modify Namerserver myNIC

Apabila anda sudah menjadi Technical Contact, maka menu baru iaitu Modify Nameserver akan dipaparkan, sila rujuk gambar di bawah.


 Tick menu tersebut, pilih Add / Remove / Change Name Server. Dapatkan nameserver anda dari Tutorial bahagian 2. Nameserver dari Cloudflare untuk diletakkan di myNIC. Dibawah adalah contoh nameserver yang saya dapat dari tutorial 2, nameserver dari Cloudflare.


Sila ikut step dibawah untuk add name server anda.

      
     1. Klik kanta dan pop up window akan keluar
     2. Masukkan nama nameserver anda di bahagian [Name Server Hostname]
     3. Klik butang search
     4. Result akan dipaparkan seperti di atas, klik select untuk add nameserver  tersebut.

Lakukan langkah yang sama untuk nameserver yang kedua.

Anda akan dapati nameserver tersebut akan dipaparkan seperti dibawah.


Penting, klik butang modify untuk save setting anda.

Email akan dihantar sekali lagi mengesahkan anda telah mengubah nameserver anda.

Untuk step seterusnya, anda perlu tunggu 3 jam atau maksimum 24 jam untuk memastikan link dari myNIC dan Cloudflare telah berhubung.


3. Test Connection di Cloudflare



Setelah 3 jam, anda login kembali ke akaun Cloudflare anda. Klik butang Re-test untuk memastikan Cloudflare telah detect nameserver mereka di myNIC.

Jika berjaya, paparan tersebut akan dipaparkan.


Tadaa, anda telah berjaya linkkan Blogspot, Cloudflare dan myNIC.

Untuk step terakhir, anda perlu kembali ke step pertama di Tutorial bahagian 1.

4. Setting Third Party URL Domain di Blogspot

Login kembali ke blogspot anda, pilih bahagian Setting dan Basic.

     1. Masukkan kembali url domain .my anda dan klik save.
     2. Paparan di no 2 menunjukkan anda telah berjaya link kan ke blogspot.
      3. Klik Edit  dan tick Redirect domain.my anda ke www.domain.my.

 

Tahniah! anda telah berjaya link kan domain.my ke blogspot anda. Mudah bukan.

Anda boleh juga test di browser domain.my dan www.domain.my anda.



Akhir kata, semoga Tutorial ini memberi manfaat kepada anda semua. Kalau nak share pun boleh. Kalau tak faham boleh tanya. Kalau ada salah silap teknikal atau bahasa harap dapat tegur dan maafkan.

Sekian, Assalamualaikum 

Azlan
G.O.P
Ankara




Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

6 Responses to "Tutorial Untuk Link Domain .my dari myNIC ke Blogspot Bahagian 3"

  1. Oh, ada tiga bahagian post ni. Bagus, boleh buat rujukan ni :)

    BalasPadam
  2. bagus tutorial ni.. mudah nak faham.. cantek sangat..

    BalasPadam
  3. Thanks Ismail Ahmad.

    Boleh kongsikan dengan kawan-kawan hehe

    BalasPadam
  4. bagus info ni, mudahan ramai blogger dapt manfaaatnya nanti.

    BalasPadam
  5. Salam tuan. Boleh tak domain dari mynic saya nak redirect ke facebook page?

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar