-->

Upin Ipin Perangi Rasuah 2014



Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

| Jom cari duit HALAL, belajar tambah pendapatan dengan Affiliate.  Jom Tengok Dulu|

Nampaknya kali ini siri animasi popular Upin Ipin membawa tajuk Perangi Rasuah, tajuk yang berat tetapi disampaikan secara santai untuk kanak-kanak.

Aku suka sebab tajuk seperti ini memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang bahayanya rasuah. Generasi sekarang perlu dididik tentang bahayanya rasuah kepada bangsa dan negara.

Sebab rasuah la stadium boleh runtuh, penyelewengan subsidi minyak,  china Doll dan ayam Vietnam merata-rata serta macam-macam masalah lagi di sebabkan rasuah ni.

Mungkin kita nampak macam kecik je rasuah ni. Apala sangat bayar 2 3 ratus, tapi implikasinya sangat BESAR! 


Yang paling teruk sekali, bila ada pegawai kerajaan yang tidak amanah sanggup minta rasuah s*x dari ibu tunggal untuk dapatkan rumah PPRT. Itu pada aku paling HINA, ibu tunggal dah lah susah nak mohon rumah terpaksa gadaikan maruah lagi.

Dapatkan bayangkan tak macam mana ibu tunggal tu terpaksa datang hotel layan nafsu binatang ni. Bukannya nak bantu tapi nak menganiaya lagi. Orang dah tersepit lagi diambil kesempatan. Apa punya manusia la.

Semoga kes seperti ini jadikan pengajaran, Tuhan kalau nak tunjuk kejap je. Mungkin sebelum ni  ko banyak terlepas. Ko ingat ada kuasa kat jabatan, ada pangkat sikit dah lupa dekat Tuhan. Bertuhankan Nafsu. Bukan kau sorang je dapat aib, seluruh keluarga sedara mara dapat. 

Biasalah Tu

Masalahnya, masyarakat kita tidak memandang rasuah ini lebih hina dan keji dari pegang anjing dan babi. Stigma masyrakat kita rasuah ni adalah perkara normal. Itu yang aku rasa sedih tu.

Kita tidak memandang jijik kepada pelaku dan pemberi rasuah.

Kalau nak kontrak atau tender mesti ada percent, mesti ada karaoke, golf dan perempuan.

Kalau nak menang jawatan ketua mesti kena tabur duit dulu.

Ini semua perkara normal dalam masyaakat dan kita memandang sepi.

Kalau ada orang cerita kat kita, mesti kita akan senyum dan angguk-angguk. Malah ada yang berbangga sebab dapat projek besar sebab dah kawtim baik punya dengan kabel dalam.

Selagi masyarakat kita tidak dididik dari awal, minda tidak diubah sampai bila lah negara kita tidak akan maju.

Cuba lihat Singapura, sudah jauh meninggalkan kita, negara yang tiada sumber asli tapi nilai duit 2 kali ganda dari kita. Kawan aku yang selalu masuk Singapura ada pesan, kalau kena tahan polis Malaysia boleh lepas lagi, kalau kena polis Singapura sekali hulur terus kena tangkap masuk lokap, jangan main-main.

Aku doakan suatu hari nanti Malaysia akan berubah menjadi sebuah negara yang bebas rasuah. Semoga usaha murni Upin Ipin memberi pendedahan tentang keburukan rasuah akan membuka minda kanak-kanak tentnag bahayanya rasuah pada bangsa dan negara.














Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

5 Responses to "Upin Ipin Perangi Rasuah 2014"

  1. rasuah ni la yang sebabkan negara kita makin mundur ... isk!

    BalasPadam
  2. kempen rasuah selalu ada....dan dah buat besar-besaran..tapi rasuah juga tetap bermaharajalela....

    BalasPadam
  3. itulah rasuah sebenarnya musuh no 1 negara....

    BalasPadam
  4. Rasuah akan melenyapkan sesebuah tamadun. Bagus tv buat kempen melalui upin dan ipin. Yang jadi mak bapak pun kena main peranan jugak. Masalahnya, mak bapak pun anggap rasuah ni macam komisyen. Jadi buat la iklan macam mana pun, tujuan tu susah nak sampai.

    BalasPadam
  5. bagus, mudah-mudahan episod ini ditayangkan secara berulang-ulang dan orang ramai akan sedar bahaya rasuah.

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar