-->

Adakan Anda Bersedia Untuk 2015 ?


2015 Dijangka Lebih Mencabar

2014 telah pun meninggalkan kita dengan suka dan duka. Pelbagai peristiwa dan tragedi berlaku pada tahun lepas. Dari MH 370, MH 17 dan banjir besar di Pantai Timur serta terbaru kehilangan AirAsia  QZ 8501.

2014 juga kami sekeluarga bertukar angin ke Ankara pada 11 Ogos 2014.  Semoga penghijrahan ini dapat mengubah masa depan kami ke arah yang lebih baik dan diberkati, InsyaAllah.

Ramai menjangkakan tahun 2015 akan lebih mencabar kerana bakal menghadapi kesan kegawatan ekonomi. Tanda-tanda awal dengan nilai duit Ringgit yang jatuh teruk berbanding Dollar Amerika dan hutang negara yang semakin tenat.

Nilai Ringgit jatuh paling teruk dalam masa  5 tahun.USD 1 = RM 3.52


Aku bukanlah pakar ekonomi atau business, tapi kerisauan itu ada sebab aku adalah antara mangsa/casualties  semasa krisis ekonomi 1997. Izinkan aku berkongsi sedikit pengalaman semasa belajar di PPP/ITM Shah Alam. Cita-cita tinggi belajar di menara gading buat course Engineering 2 tahun di Malaysia dan 2 tahun lagi di US. Konon-konon nak fly lah ni. Masa buat checkup hospital bukan main beria lagi padahal lama masa tu lagi nak pergi. Sekali tengok tak ade rezeki.

Disebabkan gawat, program American Degree Program kami dibatalkan. Merempatlah kami mencari Universiti yang sudi menerima. Ada yang ke UTM, UniTen dan UM. Aku dan rakan-rakan yang lain membuat keputusan nekad untuk meneruskan saja pengajian di UiTM kerana diberi janji manis dapat grade in time dan program khas untuk kami plus fast track.

Nasib agak baik sebab kami baru sahaja habis semester pertama. Senior aku ramai yang dah dapat tempat di Universiti di US, dah buat kenduri dan ada tiket kapal terbang. Kemasukan Universiti terpaksa dibatalkan dan diminta untuk menyambung Universiti di dalam negeri sahaja. Memang ramai termasuk aku yang frust. Daripada jadi budak nerd fokus belajar untuk fly, bila masuk UiTM aku terus aktif GILA berpersatuan dan bersukan.

 5 Tahun baru Grade, sebab banyak subjek tak boleh transfer, memang best giler. Tapi aku tak menyesal, mungkin sudah suratan. Its Worth IT.

Kini sudah genap 18 tahun, aku amat berharap gawat ekonomi 2015 hanyalah spekulasi semata-mata. Kejatuhan nilai Ringgit mungkin disebabkan harga  emas dan minyak jatuh. Mintak-mintakla dijauhkan. Amin.


Perancangan untuk 2015

Pertama sekali bila umur dah meningkat tua setahun lagi, harapan aku dan sentiasa berdoa agar dikurniakan kesihatan, rezeki yang berkat dan keluarga yang bahagia. Amin.

Amal pun kenala ditambah sebab tak lama lagi nak masuk 40 tahun, so bila lagi nak tambah amal. Harap dipermudahkan.

Dalam dunia Internet pula, aku harap dapat menyusun langkah dan gerak untuk buat duit dengan affiliate dan Adsense. Ilmu dah lama tinggal so kenalah asah balik. Diharapkan tahun baru ini, aku dapat fokus dan usaha sungguh-sungguh.

Niche yang sentiasa PANAS dan evergreen sentiasa, tentulah niche Kerjaya dari Team IKR. Antaranya Rahsia Bijak Temuduga, Srategi Kerjaya dan banyak lagi. Harap pecah lah telur affiliate aku untuk tahun 2015 ini. Amin.





Domain dah banyak beli dah, tinggal nak dengan tak nak je update blog dan promosi ini. Harap sangat dapat kekalkan momentum  dan tak nak hangat-hangat taik ayam. Mintak dijauhkan.

Apa Pula Perancangan Anda Untuk 2015?

Adakah nak buat duit online dengan lebih aktif macam aku. Ebook dah banyak beli ni, tinggal nak praktikkan jer. Fokus itu penting. Aku pun lari fokus kadang-kadang. Kejap nak buat duit dengan affiliate, kejap baca ebook buat duit dengan produk fizikal, kejap nak buat duit dengan Youtube pulak.

Banyak sangat baca ebook pun payah jugak sebab banyak sangat mazhab. We have to choose jalan mana yang kita paling expert. Kena pilih yang betul-betul mantop dan terus amalkan.

Apa pun perancangan anda, aku doakan semoga sukses dan sama-sama kita membantu sama lain agar objektif kita tercapai.

Sebelum mengundur diri, ingin dikongsikan ayat 18 surah Al_Hashr.


Renung-renungkan dan selamat beramal.
Assalamualaikum.






Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

1 Response to "Adakan Anda Bersedia Untuk 2015 ?"

  1. Selamat tahun baru.
    Cabaran yang bakal ada di hadapan semoga dapat diharungi dengan usaha yang istiqomah.

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar