Cara Backup Online Mudah dengan MEGA 50GB Free

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk perkongsian kali ini, saya ingin berkongsi tentang cara untuk simpan fail di storan awan. bukan di awan biru yer, tapi di awan lalu hehe.

Selama ni saya memang setia dengan Dropbox sebab dapat free 50GB dengan Samsung Note 2. Baru-baru ni, Dropbox menghantar mesej tentang 50GB bonus percuma telah pun tamat tempoh. Termenung seketika memikirkan mana nak letak file-file lama, ebook, video dan gambar. Adalah dalam 20GB. Dropbox bagi free 2GB sahaja.

Akhirnya saya berjumpa dengan MEGA. Perkhidmatan storan awan yang diasaskan oleh Kim DotCom pada 19 Januari 2013. Pada mulanya saya kurang berminat kerana tiada Linux App memandangkan saya menggunakan sistem operasi Lubuntu 14.04. Sehinggalah baru-baru ini MEGA memperkenalkan Linux App untuk Desktop Sync App.


Aplikasi untuk PC ,Mobil dan Browser

Anda boleh dapatkan aplikasi MEGA untuk Mobile, PC dan Browser dengan hanya klik bahagian Menu. Anda boleh pilih aplikasi yang bersesuaian dengan Sistem Operasi komputer anda samaada WIndows, Linux atau Apple.


Begitu juga dengan Sistem Operasi Telefon anda, samaada Android, iOS ataupun Blackberry. MEGA App juga boleh didapati dalam browser Firefox dan Chrome. Dengan aplikasi yang begitu flexible, ini akan memudahkan anda mengakses dokumen anda di mana jua anda berada selagi ada talian internet. Mudah bukan.


Backup Online Dokumen Penting

Baru-baru ini ketika Jualan Amal FireSale 2014, saya telah mendownload banyak ebook-ebook penting dari Affilliate ke Internet Marketing. Selain ebook terdapat jugak video-video dan presentation yang telah saya download dari pelbagai Sifu dan Internet Guru. 

Tiba-tiba PC buat hal, dokumen folder yang simpan fail-fail penting tersebut hilang. Puas godek-godek dan Google tidak berjaya. NASIB BAIK saya ada backup online di MEGA. Fuhh lega. So, saya hanya perlu SYNC kan balik folder di storan awan MEGA ke PC saya semula. Biarkan ON satu malam, setel masalah.

Kalau tidak letih lah nak download balik satu-satu. Bukan 10 atau 20 tapi lebih 40 website untuk download balik. 

Untuk Backup Online Dokumen di PC anda, anda hanya perlu pilih folder mana yang penting untuk dibackup di storan awan MEGA. Klik setting, pilih Sync Folder seperti di bawah. Anda juga boleh add folder lain untuk di simpan di storan awal MEGA. Samada folder Download, Picture atau Music. 



Jika tiba-tiba PC anda mengalami masalah, Hard Disk rosak, atau motherboard problem, anda tidak perlu risau lagi. Dokumen penting anda boleh didownload menggunakan telefon pintar, akses dari browser atau PC yang lain.

Camera Uploads

Untuk aplikasi MEGA di telefon pintar pula, gambar-gambar selfie anda juga boleh di backup secara online. Oleh itu, anda dapat menjimatkan storage anda di telefon pintar dan tidak akan kehilangan gambar-gambar anda lagi.



Selamat ke Aplikasi MEGA

Dotcom has said that data on the Mega service will be encrypted client-side using the AES algorithm. Since Mega does not know the encryption keys to uploaded files, they cannot decrypt and view the content. 
So far, tiada masalah menggunakan aplikasi MEGA. Anda juga akan diberi satu kod rahsia untuk disimpan. Kod ini akan diperlukan bila anda hendak reset password. Ini adalah salah satu ciri penting keselamatan yang ada pada MEGA. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di sini.


Diharapkan perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Semoga bertemu kali di entri yang akan datang.

Selamat mencuba!


Catat Komen

0 Ulasan