-->

Jom Buat Duit Dengan Website Online Game

Assalaamualaikum dan Salam Sejahtera.


Sekarang tengah panas isu GST dan Datuk Ahmad Maslan. Harga barang naik dan kos sara hidup yang meningkat menyebabkan ramai yang stress dan mengeluh. Walau bagaimana pun hidup mesti diteruskan. Dalam pada itu kita mesti berusaha untuk menambah pendapatan.

Disini ingin saya memberi idea kepada anda untuk menjana pendapatan secara online dengan membina website Online game.

Kenapa Website Game Online

Potensi untuk Portal/Website Game Online ini untuk menjana pendapatan amatlah luas. Ini kerana semua orang suka main game dari kanak-kanak hinggalah golongan dewasa. Ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak Spilgames, "2013 State of Online Gaming Report". Data-data mereka diambil dari comScore dan eMarketer.




Kalau kita kaji dari statistik tersebut, 700 Juta orang bermain game online.  Bukan sahaja, kanak-kanak yang bermain game online, malah wanita dan lelaki dewasa juga. Antara kelebihan gama online ini adalah, kita tak perlu install aplikasi game tersebut di komputer. User lebih selesa untuk bermain game di internet browser seperti Chrome dan Firefox.

Bermain game sekarang tidak lagi  memerlukan game console seperti Play Station atau XBox. Dengan perkembangan teknologi terkini dalam smartphone dan tab, bermain game hanya di hujung jari.

Satu lagi fakta menarik mengenai online gamer ialah, secara purata mereka menghabiskan masa selama 30-40 minit untuk bermain game online. Biasalah tu, kalau dah asyik main game mana nak sedar masa berlalu begitu cepat.


Dengan potensi trafik yang begitu besar, Insya Allah kita mampu menjana wang online dengan Google Adsense, Sistem Affiliate dan CPA.

Yang paling penting kita dapat channelkan trafik ini ke website game kita dengan antaramuka website yang menarik dan game yang terkini.

Jom Bina Website Game Online

Di sini saya ingin bercerita lebih lanjut tentang 2 cara untuk membina portal web game online. Yang pertama secara percuma dan berbayar yang mudah sahaja .


1) Teknik PERCUMA - Blogspot

Jika kita ingin membina website percuma, mudah sahaja. Daftar sahaja Google account dan pergi ke Blogger dan create new blog.



Pilih nama blog anda yang berkaitan dengan game. Ini penting supaya pengguna faham bahawa website anda adalah mengenai game.

Kemudian cari layout yang sesuai. Anda boleh Google, Free Blogger Template Gaming Site atau boleh ke Games Blogger Template.

Cara untuk install template pun mudah sahaja, klik button Template di sebelah kiri dan klik button Backup/Restore.

Upload file template zip yang kita telah download tadi. Selepas itu klik butang save. Kemudian klik button Layout untuk edit header website, tajuk dan html. Ini penting supaya website kita lebih nampak cantik dan menarik.

Langkah seterusnya ialah mencari game-game yang sesuai untuk diletakkan di dalam website anda. Anda mesti target audience anda samaada kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan atau dewasa.

Setiap audience suka kepada game yang berbeza. Contoh kanak-kanak perempuan suka kepada "Cooking Games", "Dress Up Games" dan " Pet Caring Games".


Di mana kita nak cari game-game online ini dengan secara percuma. Mudah sahaja, kita cari di Spilgame Publishers. Di sini ada beribu ribu games flash dan html5 yang boleh kita copy codenya dan letakkan dalam website kita.

Cari game- game yang bersesuaian dan letakkan di dalam website anda. Letakkan description agar user dapat info tentang sesuatu game.

Ini adalah salah satu contoh website game yang telah saya siapkan menggunakan blogspot sahaja. topgirlsgame.



Selamat mencuba !

2. Teknik Berbayar : Wordpress Site dan MyArcadePlugin


Teknik kedua ialah menggunakan wordpress dan plugin MyArcadePlugin. Anda perlu mempunyai domain dan hosting sendiri untuk memasang wordpress dan MyArcadePlugin ini.

Jika anda belum mempunyai hosting dan domain sendiri, saya mengesyorkan anda untuk mendapatkan domain dan hosting di Serverfreak, syarikat tempatan yang mempunyai support sytem terbaik. Saya telah menggunakan sejak dari 2008 lagi.

MyArcadePlugin ada 2 versi , Percuma dan Pro. Anda boleh menggunakan versi Percuma untuk peringkat permulaan. Anda boleh rujuk video di bawah untuk pemasangan myArcadePlugin di wordpress anda.



 MyarcadePlugin ini mempunyai theme arcade game yang menarik dan anda boleh import game dari Game Pubslisher dengan mudah.

Saya mempunyai dua website arcade game yang menggunakan Myarcadeplugin iaitu Ultramanribut.com dan Boboiboygame.com.



 Anda boleh meletakkan iklan adsense dan affiliate yang berkaitan di tempat yang telah disediakan. Untuk website Ultramanribut ini, saya target kanak-kanak lelaki yang suka akan karakter ultraman.


Untuk makluman game ultraman saya dapatkan dari GAHE.com.


Bagaimana Menjana Website di Website Online Game

Selepas sudah siap bina website game anda, ada beberapa cara untuk menjana pendapatan melalui website online game ini. Antaranya ialah Google Adsense, Affiliate  dan CPA.

1. Google Adsense

 Google Adsense merupakan cara yang paling mudah untuk menjana pendapatan online anda. Pengalaman saya sendiri, saya telah menjana beratus USD dari Google Adsense.


Jika anda sudah memiliki akaun Google Adsense, tentu tidak menjadi masalah untuk mengunakan code yang telah disediakan dan tampal di website online game anda.

Jika anda belum lagi mempunyai akaun adsense, di sini saya kongsikan link Tips untuk memiliki akaun Google Adsense dalam masa 24 jam.

Bermula tahun ini Google telah support iklan di website berbahasa Melayu, di mana sebelum ini hanya website berbahasa Inggeris sahaja yang dilayan. Ini merupakan peluang terbaik untuk anda menjana pendapatan online di blog dan website game online anda.

2. Affiliate

 Ada beberapa produk affiliate yang related dengan game online antaranya Clickbank. Anda boleh memilih niche game dan dapatkan banner untuk diletakkan di website game anda. Contoh seperti di bawah

 Produk Affiliate tempatan juga boleh diletakkan di website game anda. Antaranya dari Ashadee dan Klikjer. Terdapat pelbagai produk untuk dipasarkan kepada gamer lelaki dan perempuan.



3. Cost Per Action Advertising (CPA)

Untuk CPA pula saya menggunakan Adwork Media dan AdFly. Kedua-dua program ini menawarkan pelbagai bentuk integrasi ke dalam website anda. Antaranya iklan pop up dan selingan iklan sebelum ke page baru.

Saya tidak mengesyorkan untuk website yang masih baru dan trafik masih renda kerana bentuk iklan ini agak annoying. User mungkin akan lari dari wesbite anda.

Jika trafik anda sudah berduyun-duyun tiba, mungkin CPA ini sesuai untuk anda.

Trafik Yang Utama

Sebenarnya apa yang paling penting adalah promosi website anda. Walaupun website anda sudah mantop, iklan sana sini jika tiada trafik mana mungkin anda dapat menjana pendapatan online.

Untuk promosi secara percuma anda boleh promosi website game anda di Youtube dan Facebook. Komen di blog-blog yang ada commenluv. Untuk promosi berbayar anda  boleh mencuba Facebook Ad dan Google Adwords.

Rasanya tidak cukup untuk satu entri ini menceritakan secara detail dari membina website ke promosi.

 Jika anda betul-betul berminat untuk buat duit dengan game website saya ingin mengesyorkan kepada anda  7 eCourse PERCUMA Rahsia Bagaimana Untuk Menjana Pendapatan Melalui Online Game.

 

 Antara yang akan anda pelajari didalam video eCourse ini ialah:


Setiap eCourse akan mengandungi penerangan dalam bentuk video selama lebih kurang 1 jam. Anda akan lebih mudah faham dengan video penerangan yang detail dan bermaklumat,

Semoga entri kali ini dapat memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa dapatkan video percuma eCOurse cara untuk menjana mendapatan melalui Online Game.

Sekian wasallam.







Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Jom Buat Duit Dengan Website Online Game"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar