-->

Bila Myvi Eksiden dengan Mat Bangla

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Produa Myvi memang kereta favorite rakyat Malaysia. Adik aku yang baru kerja pun beli kereta Myvi model Lagi Best 1.5. Senang cerita kereta mampu milik, maintenance pun mudah dan murah.

Aku pun pakai kereta Myvi juga, Myvi model Standard tahun 2009. Memang banyak pengalaman bawak kereta Myvi. Dari temperature naik, bateri kong dan eksiden kereta. Tapi aku bukan lah ahli kelab Familia MYVI Club.

Pengalaman eksiden dengan mat bangla naik motor memang tak boleh lupa. Kejadian berlaku semasa aku hendak pulang ke Putrajaya dari kampung setelah bercuti hujung minggu. Di simpang tiga, aku berhenti menunggu traffic light bertukar hijau untuk masuk ke kiri. Sebelum tu aku ada perasan motor sebelah kiri aku. Bila lampu hijau aku terus jalan dan bagi SIGNAL kiri. Masa tu aku dengar bunyi motor kat belakang, aku dengan konfidennya belok kiri sebab aku dah bagi signal.

Tiba-tiba aku dengar bunyi motor bergesel dengan bumper Myvi aku. Lepas tu berdentum! bunyi motor jatuh, aku pun terus berhenti dan tengok keadaan mangsa. Orang ramai dah kerumun, bising-bising macam marah aku. Aku pun terus tunjuk lampu signal yang masih menyala.

Aku cakapla dah bagi signal. Aku tengok mat bangla tu ok takde apa-apa. Moto pun calar sikit jer. Yang menjadikan situasi panik ialah pembonceng motosikal, seorang wanita warga indonesia pengsan. Ada luka di kepala dia, helmet dia tercampak di atas jalan raya.

Aku memang gabra kejap, terus angkat masuk kereta Myvi aku dan nak bawak ke hospital. Anak dan isteri pun cemas. Aku pasang lampu emergency, terus menuju ke hospital.  Punyala panik, sampai aku lupa jalan ke hospital. Terpaksa berhenti tanya orang. Wife aku cuba sedarkan dia, tapi tak boleh jugak.

Lagila aku panik. Bila sampai hospital, petugas wad kecemasan ambil dia dan berikan rawatan. Aku pun tunggu dan alhamdullillah, perempuan tu dah sedar. Cuma ada luka sikit di bahagian kepala. Adik-adik aku semua berkumpul di hospital. Majikan wanita indonesia tu pun datang dan mintak pampasan. Dia cakap salah aku sebab masuk kiri tak tengok cermin. Situasi agak tegang sebab adik-adik aku masuk campur.

Yang mat bangla tu pulak tak nak report polis, sebab dia memang tak ada lesen. Adik aku suruh jugak buat report. Bila aku jumpa polis trafik, dia cakap aku salah. Sebab tak bagi motor lepas dulu. Aku pun pening kepala, aku cakapla yang aku dah bagi sigal untuk masuk kiri, dia ada belakang kenapa duduk belah kiri kalau nak jalan lurus.

Bila tengok kesan kat bumper Myvi aku pun, memang calar sikit di bucu kiri. So daripada aku kena bayar saman baik aku bayar je kos perubatan perempuan indonesia tu. Setel baik-baik dengan majikan dia, aku pun balik Putrajaya dengan mode berhati-hati. Dalam hati aku, nasib baik tak mati perempuan tu.


Moral of the story


Kalau kita dah langgar orang atau kena langgar orang, berhenti tepi dan hantar mangsa ke klinik atau hospital kalau perlu. Buat report polis. Setel baik-baik. Kalau salah kita minta maaf. Tanggung kos perubatan mangsa. Dalam kes aku, polis tu sendiri suruh aku tak payah buat report, dia suruh aku setel je dengan majikan warga indonesia tu.

Lepas insiden itu, aku memang very the particular kalau ada motor kat tepi atau belakang aku bila aku nak masuk simpang. Memang aku bagi dia jalan dulu. Cukupla sekali. Kadang-kadang kita dah bawak betul tapi orang lain yang cuai kita pun boleh jadi mangsa.


Tragedi Lebuhraya Duke


Malaysia dikejutkan dengan kemalangan menyayat hati. Dua orang anak kecil menjadi yatim piatu sekelip mata dalam kemalangan di lebuhraya Duke. Apabila kenderaan dipandu arwah bergesel dan dilanggar oleh 2 buah kereta Myvi yang dikatakan berlumba HARAM bersama dengan 4 buah kereta Myvi yang lain.


Tragedi ini menyebabkan kemarahan rakyat Malaysia yang mahukan mereka yang bertanggungjawab didakwa dan dibawa ke muka pengadilan. Kumpulan Myvi yang berlumba ini dikatakan dari kelab Familia Myvi atau FMC. Ramai netizen meluah perasaan marah dan menghambur kata-kata kesat.

https://www.facebook.com/pages/Familia-Myvi-Club/677749339004927?fref=ts

Siapa tidak marah, apabila presiden kelab buat bodoh dan tidak mengambil tanggungjawab. Yang paling best, salah seorang pelumba haram itu adalah seorang wanita yang melanggar kenderaan arwah membuat laporan bahawa kenderaan arwah masuk lane kanan dengan tiba-tiba.


Nasib baik, ada saksi lain yang mengatakan mereka berlumba dan mencucuk kereta beliau. Saksi juga nampak kereta pajero tersebut terbalik dan nampak arwah, isteri dan anak terpelanting keluar.




Pengaruh FF7


Aku tak minat pun Fast and Furious ni, Toretto pun aku tak kenal siapa. Pada aku cerita dia poyo je dan tak logik pun. Baik layan cerita thriller Korea, lagi real dan ganas.

Kalau Myvi nak berlumba sekali pun pergila litar. Kalau dah buat salah tu ngaku je la. Fast and Furious pakai kereta mewah, ni kau orang Myvi je pun..Aduhaii

Ikutkan hati memang aku nak carutkan aje. Memang sedih sangat bila tengok video anak-anak arwah yang belum puas menerima kasih sayang dari ibu bapa mereka.

Aku doakan kepada pelumba-pelumba haram yang melarikan diri tersebut, hidup kau orang tidak akan selamat dan hati tidak akan tenang. Amin

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Bila Myvi Eksiden dengan Mat Bangla"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar