-->

Cappadocia Kami Datang

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Merhaba ! Hello

Turki memang terkenal dengan tempat-tempat menarik antaranya Istanbul, Bursa dan Canakale. Tapi Cappadocia/Kapadokya adalah tempat yang anda tidak boleh miss kalau datang ke Turki. Terletak 300 km selatan Ankara. Terkenal dengan struktur muka bumi yang unik dan kesan tinggalan sejarah.

Pada 25 April 2015, Sabtu lepas, aku dan keluarga mengambil peluang jalan-jalan ke Cappadocia. Aku sewa kereta dengan drivernya sekali, salah seorang local staff di kedutaan. Perjalanan mengambil masa 3 jam setengah. 

Kami bertolak jam 7 pagi dari Ankara, berbekalkan sedikit makanan dan minuman. Kalau di Malaysia, 3 jam setengah perjalanan mungkin sampai Kuantan. Kami plan balik hari sahaja. Nak survey dulu katanya sambil cuci mata.  Sebab ramai yang datang sini tanya kami dah sampai belum Cappadocia, padahal dah nak setahun duduk sini, bukan jauh pun. So kami bertekad untuk pergi juga walau sehari.

Actually kalau nak naik kapal terbang pun boleh, ada airport di Cappadocia. Naik kereta lagi memnarik sebab dapat lihat pemandangan desa, padang ragut kambing dan kampung-kampung di Turki.




Sepanjang perjalanan melalui beberapa pekan antaranya Karahamzali, Sereflikochisar, Aksaray dan banyak lagi. Apa yang menarik, selain lebuhraya yang percuma, jenis hutan meditranean yang berbeza dengan hutan khatulistiwa.Kalau lebuhraya di Malaysia, penuh pokok-pokok besar dan tinggi menutup pandangan. Di sini, kami dapat menyaksikan pokok-pokok renek dan rumput sahaja terbentang luas. Anda boleh melihat banyak kambing dan lembu yang diternak di sepanjang lebuhraya. Macam beratus-ratus padang bola di tepi jalan, dan setiap padang ada ternakan ataupun tanaman.

Kami juga dapat menyaksikan Tasik Tuz, di Seriflikochisar. Tasik garam
yang kedua terbesar di Turki seluas 1,665 kmpersegi.


 Panjang tasik tersebut ialah 80 km dan lebar 50 km. Industri garam berkembang pesat di sini. Banyak terdapat kilang-kilang garam yang menampung permintaan garam di Turki.

Kalau anda lihat betul-lihat permukaan tasik Tuz seperti kemerah-merahan. Mungkin diseabbkan kandungan garam yang tinggi. Tiada hidupan lain yang dapat dilihat, burung ke ikan ke. Macam tasik mati pun ada.


RnR di Turki pun tidak kurang hebatnya, ada tempat makan, solat, kedai-kedai jual cenderamata dan tempat cas telefon. Kami berhenti di Aksaray untuk minum teh dan roti. Roti keras pulak tu, lapar punya pasal. Cicah je air telan.


Bandar Dalam Tanah Derinkuyu

 

Setelah sampai di Cappadocia, destinasi kami yang pertama ialah Derinkuyu, bandar dalam tanah. Tiket berharga 15 lira seorang. Kanak-kanak percuma. Mula-mula aku ingat macam masuk gua ke, luas kat dalam. Dahla ramai pelancong yang masuk sekali. 

Sekali sempit, aku pun terpaksa terbongkok-bongkok ikut lorong dia. Kadang-kandang jem tak bergerak, sesak nafas jugak. Itu sebab tak sempat bergambar sangat dalam tu. Sebab cepat-cepat nak keluar.

 

Yang kami masuk rasa baru 2 layer je, rupanya ada 7 layer. Lorong-lorong sempit dengan runag bilik untuk gereja dan bilik. Macam mana lah diaorang boleh hidup dalam tu. Kami yang 15 minit masuk dalam tu pun dah rimas nak keluar.

Goreme Cappadocia

Selepas Derinkuyu, kami jalan-jalan lagi di pekan Goreme. Goreme merupakan pusat kepada Cappadocia. Di sini terdapat banyak hotel-hotel, hentian bas, tourist information dan rumah yang berbentuk gua. Jika anda hendak naik belon, boleh register disini. Tapi masa kami pusing-pusing tu tak nampak pulak belon-belon di udara. Mungkin tak terbang kot hari tu.


Mengikut sejarah, bentuk permukaan yang unik di Cappadocia adalah disebabkan oleh limpahan lava yang mengeras ribuan tahun dahulu di sini. Selepas itu manusia mula membuat rumah gua di dalamnya. Ada juga kedai-kedai yang masih menggunakan rumah gua tersebut. Memang unik.


Selepas puas bergambar, barulah kami cari kedai makan di restaurant di Gerome. Memang ramai pelancong dari seluruh dunia. Sebab masa makan tu, boleh lihat pelbagai bangsa dari  Asian, American, Europe semua berkampung di situ. Siapa-siapa yang berminat boleh dapatkan  info di Cappadocia Tours.



Pulang ke Ankara

Selepas makan, kami mencari tempat solat di Mescit berdekatan. Lepas solat, pusing-pusing cari tempat menarik untuk ambil gambar selepas itu bertolak pulang ke Ankara. Memang tak cukup rasanya perjalanan satu hari di Cappadocia. Kurang-kurang 3 hari duduk situ, baru puas jalan. 

Semoga berpeluang lagi untuk ke Cappadocia, nak jugak naik belon kan.

Bersama pemandu upahan Turki

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Cappadocia Kami Datang"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar