Komisen Pertama dari Klikjer Affiliate


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah dapat jugak buat duit dengan affiliate ni, walaupun baru satu jer tapi ini sangat bermakna. Kalau pergi memancing, orang cakap ni baru dapat lesen.

Its a start. Nyalaan kecil ini akan terus membara dan menjana lebih lagi. InsyaAllah.


Kenangan Bersama Adsense

Masih segar dalam ingatan 8 tahun dahulu, apabila income Adsense aku mencecah USD 10 buat pertama kali. Nak nangis pun ada, sebab seksa nak dapat klik. Macam-macam aku buat dari copy paste artikel dari Reader Digest sampai la komen di berpuluh blog tiap hari masih tidak berjaya.  

Akhirnya, tutorial yang aku buat suka-suka untuk cash out money dari PayPal yang jadi viral. Memang tak sangka sebab yang penting minat dan artikel kita memberi manfaat kepada pembaca. Itu yang penting.

USD 10 pertama Adsense ini amat penting sebab bila dah cecah USD 10 baru dapat pin untuk verify akaun Adsense kita. google akan hantar pakai surat tu untuk sahkan alamat yang kita bagi.

Kadang-kadang kita tak sangka mana artikel kita yang akan jadi viral dan top 3 dalam enjin carian Google. Yang penting kita kena terus memecahkan ruyung, barulah dapat akan sagunya. Kalau malas, tak boleh nak buat apa.

 

Affiliate Pula Bagaimana? 

Untuk buat duit dengan affiliate ni, aku banyak beli ebook untuk menuntut ilmu baru dalam affiliate ni. Sebab buat duit dengan Adsense dengan buat duit dengan Affiliate ni amatlah berbeza game dia.

Sebab dalam Adsense, pembaca klik iklan sudah tentu dapat duit tapi dalam affilliate, pembaca klik belum tentu diaorang beli. So ayat kena power la pulak.

Sama macam ayat awek nak pergi dating, salah ayat nanti merajuk tak nak keluar. Kalau ayat betul kena dengan mood dia, haaa baru boleh jalan jalan.

Aku nak citer lebih lebih pun, tak sesuai sebab aku pun newbie lagi. 

Yang penting kita kena cari ilmu, buat duit dengan affiliate ni memang mencabar tetapi tidak mustahil.  Sebab ramai yang dah berjaya.

Kalau setakat letak satu link affiliate sahaja dalam blog lepas tu harap orang beli, anda boleh lupakan la sahaja buat duit dengan affiliate ni.

Sebab dulu aku pun fikir macam tu jugak, sampaila aku terbeli Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Hasil buah tangan cikgu sekolah @ pakar buat duit online Malaysia, en Titan.

Kalau tak kenal dia, takpe boleh rujuk blog dia di ahmadfaizal.com. Macam macam benda dia mengarut dalam tu. Kalau nasib baik, adalah ilmu  dan rahsia yang dia kongsikan.

Dari kitab tu aku belajar cara nak mantapkan ilmu SEO dan target keyword yang dicari oleh bakal pembeli. 

Ok kalau korang nak baca baca dulu tentang ilmu affiliate ni. Aku share kat sini ebook free tentang Panduan Affiliate untuk Newbie. Klik, download, baca dan fahamkan. Semoga bermanfaat. Jangan kata abang tak payung ok, haha.

https://drive.google.com/file/d/0B1l1yfU9kKaBbmY0MWZLaDdGNlE/view?usp=sharing

First name

E-mail address



 
 
 

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

1 Response to "Komisen Pertama dari Klikjer Affiliate"

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar