-->

Jom Beli Novel Love In Silence oleh Aleeya Atinza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Rasanya lama sangat dah aku tak baca novel melayu ni, Last aku rasa masa aku di universiti dahulu. Itupun sebab dekat opis ayah aku kerja di Ledang dahulu ada perpustakaan. So kalau aku balik cuti, memang selalu pinjam novel di situ. Memang rajinla lepas satu satu aku baca, novel dari creative novel. Dari kisah cinta ke jenayah.

Aku stop sebab dah habis novel kat situ aku baca. Beli malas, duit pun tak berapa nak ada. Lagi satu kena kutuk dengan member-member. Terus terbantut hobi membaca aku.



Syoknya baca novel ni, bila kita baca novel yang bagus kita akan dapat rasakan kita seolah-olah berada dalam cerita tersebut. Apa yang berlaku di sekeliling kita pun kita tidak sedar, sampai mak panggil pun kena jerit baru perasan haha.

Trend zaman sekarang pulak banyak novel-novel popular telah diangkat dan diadaptasikan kepada movie dan drama. Dari Ombak Rindu ke Suamiku seorang Playboy. Memang meletup sekarang ni, penulis novel memang boleh buat duit. Bukan penulis ebook je yer.

Biasanya kaki novel yang akan lebih teruja jika novel mereka diadaptasi kepada drama atau movie. Penerbit lah yang akan memainkan peranan untuk memilih naskah yang benar-benar berkualiti dan bukan tangkap muat sahaja.

Bakat Menulis Isteri

Pada mulanya wife ada beritahu hobi dia dulu suka tulis cerita dan novel. Banyak dia tulis dalam buku dan floppy drive. Tapi semua hilang tah kemana. Maklumla berapa kali pindah semasa di kampung dahulu.

Aku pun tak ambil port sangat hobi dia menulis dahulu, biasala budak perempuan remaja masa kecik kan suka tulis diarila, buku nota la. Sampaila dia buat satu perenggan ayat novel dia dalam laptop aku dalam masa lima minit jer. Sekali aku baca, wow memang macam penulis berpengalaman. So bermula dari situla aku start support dia menulis di blog dan tulis novel online di Blog Nuratinza. 

Bila dah ramai follower aku suruh dia hantar ke syarikat penerbit buku  untuk dibukukan. Alhamdulillah, syarikat Penerbitan Ilham telah sudi untuk mencetak novel yang bertajuk "Love in Silence" atau tajuk asalnya "I hate U but I love U".

Balik Malaysia masa bulan Ogos 2015, aku temankan wife tandatangan kontrak untuk menerbitkan novel tersebut. Setiap baris ayat dalam kontrak tersebut di baca dan diterangkan. Part yang aku nak dengar ialah royalti jer, memang tak banyak untuk penulis baru. Tapi yang penting cita-cita wife untuk menjadi penulis novel tercapai jua. Royalti penjualan novel, insyaAllah ada, walaupun sikit tapi berpanjangan.

Novel "Love In Silence" telah pun dipasarkan di kedai buku berhampiran anda. Jangan lupa beli ya. Sedikit sinopsis

KEINGINAN untuk menyayangi dan disayangi tidak diperolehi Rania. Ini gara-gara dia terlalu obses membenci Rayyan kerana satu-satunya lelaki yang tidak pernah melayannya bagaikan puteri.

“Benci dalam diri saya terhadap awak tak pernah padam sejak dahulu dan selamanya. Awak adalah lelaki yang paling saya benci! I hate you, Rayyan! Bare that in your mind!” RANIA
Rayyan seolah-olah bermuka tebal dan tuli. Walaupun dia mengakui Rania terlalu kesumat terhadapnya, Rayyan tidak pernah berputus asa untuk mencapai cita-cita yang terpendam di dalam hati.

“Kau makilah berbakul-bakul atau kau carutlah berjela-jela, aku tetap wujud menghantui dirimu. Terus terang, ambisiku hanya padamu.” RAYYAN
Rania mengambil keputusan menyambut cinta Shahrul demi untuk menghapus Rayyan di dalam kotak memori. Kini, Rania dan Shahrul bagaikan pasangan nuri yang bahagia di puncak awan walaupun terpaksa bersulam duri.

“Aku akan beri yang terbaik buatmu. Jika bulan boleh dikait, pasti aku serahkan kepadamu. Begitulah agungnya cintaku terhadapmu.” SHAHRUL

Namun begitu, Rayyan yang seperti orang ketagihan candu, tidak pernah berhenti mengejar Rania. Ke mana-mana sahaja Rania berada, Rayyan pasti akan muncul.
Bagaimana Rania hendak mengelak dari bertemu Rayyan? Adakah dia harus menjadi halimunan atau, pergi ke sebuah pulau untuk memencilkan diri? Apa yang istimewanya Rania sehingga Rayyan benar-benar menjadi sasau? Semua soalan ini hanya Rania dan Rayyan sahaja yang boleh merungkainya...

Harga Murah ajer..
RM 28.00 Semenanjung
RM 31.00 Sabah/ Sarawak

Nak beli online klik disini : 

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Jom Beli Novel Love In Silence oleh Aleeya Atinza"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar