Jom Daftar Akaun Goggle Adsense dengan Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum ini aku ada share pasal daftar akaun Google Adsense dengan Yotube. Memang cepat dan mudah, tapi limited sebab hanya boleh guna di akaun Youtube atau Blogspot sahaja.


Kali ini, aku nak ajak pembaca untuk sama-sama register akaun Google Adsense ni. Baru adil, kalau tak jadi sama-samalah tak dapat register. Walaupun aku dah ada dua akaun Google Adsense ni. Tapi aku apply lama dulu guna blog English aku. Dulu speaking beb, tak main blog BM ni sebab tak masyuk konon-kononnya. Sekarang blog English dah lama usang sebab dah takde idea dah.

Lepas tu, aku banyak baca keluhan ahli SGO v2 yang apply guna website game tapi kena reject. So aku pun terfikir payah sangat ke nak apply baru akaun Google Adsense ni. Sekarang ni pun, Google Adsense dah support Bahasa Melayu. Maksudnya kalau letak code iklan di website Bahasa Melayu, iklan Goolge akan tetap keluar. Kalau dulu letak iklan di website bahasa Melayu, sama ada iklan tak keluar langsung atau iklan khidmat masyrakat je yang akan keluar.



 Jom Register Akaun Google Adsense

OK, kalau nak register full akaun adsense, kita perlukan website dan domain sendiri. Saya sudah pun mempunyai website dan domain yang agak dorman, AzlanRaof.com yang dibeli daripada SempoiHosting.

Kalau anda tiada lagi domain dan hosting sendiri bolehla beli dulu. Kalau tanya saya, kalau nak murah dan flexible boleh cuba SempoiHosting. Kalau nak yang reliable dan support mantop boleh cuba Serverfreak.


Kalau anda ada pengetahuan teknikal nak link ke domain ke hosting, anda boleh beli asing-asing, domain dan hosting. Kalau nak beli domain dari oversea boleh try Godaddy.com.

Ok setel domain dan hosting, anda install blog di hosting anda. Senang je, guna fantastico di cpanel hosting anda. Lepas tu, pilih niche apa yang anda nak tulis dalam blog anda. Buat dulu 5 artikel dalam bahasa melayu atau bahasa Inggeris, terpulang.

Tips Untuk Mudah Approve Google Adsense 
  • Pastikan ada Contact Me Page di bahagian Menu
  • Sediakn Privacy Policy juga di bahagian menu. Boleh generate di SERPRANK kalau tak tahu nak buat camne.
  • Template yang clean dan tidak serabut dengan iklan
  • Promote sket bagi ada trafik
  • Entri yang berkualiti, janganla copy paste. Senang je macam buat karangan Bahasa Melayu SPM dulu. 
  • Website hendaklah selalu update jangan dibiarkan usang.

OK kalau semua dah buat, kita cuba signup ok.

 Jom Signup Adsense di Sini











Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Jom Daftar Akaun Goggle Adsense dengan Blog"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar