-->

Konya 2015 - Melawat Mevlana Museum

Assalamualaikum dan Merhaba..

Na se sin..Apa khabar semua?


OK kali ini aku nak berkongsi trip terkejut kami ke Konya. Sebab apa terkejut, sebab plan last minute. Mulanya kawan dari Malaysia nak datang Ankara tido semalam (Raya ke 3, Isnin) sebelum ke Konya untuk RIHLA 2015. Last minute dia cancle sebab train nak ke Konya dari Ankara takde esoknya tu. Kami pun baru seminggu dari trip raya Istanbul, so memang semangat nak berjalan lagi.


Konya memang kitaorang belum pergi lagi, so alang alang baik kitaorang yang berjalan ke sana. So aku pun plan la, beli tiket keretapi di Ankara Gari dan booking hotel di Booking.com.

Dengan Booking.com ni, kita boleh pilih hotel budget ke, nak mahal ke. Semua ada siap dengan review dari pelanggan. So review ni yang penting. Dari situ kita boleh dapatkan info tentang jarak tempat-tempat yang kita boleh pergi samaada walking distance atau naik teksi.


Setelah melakukan research ringkas, aku pun pilih Mevlana Hotel. Sebab harga murah dan walking distance je untuk ke Mevlana Museum.


TRAIN GARI ANKARA


Untuk tiket keretapi, aku beli di train Gari Ankara. Tiap hari memang ada train pergi Konya cuma kalau cek online memang problem sikit. Satu, masalah bahasa dia. Version English pun aku tak faham. Bila aku cek online untuk tiket hari aku nak pergi Konya, website tu cakap tiket unavailable.

Tapi bila aku beli sendiri di kaunter, ada je. So better beli sendiri di kaunter, senang puas hati. Aku beli ekonomi tiket, murah je. Sorang 22 lira, anak aku separuh harga. Kalau business class seat lebih besar dan ada orang serve makanan.

Dari rumah kami naik teksi ke Train Gari Ankara, 25 lira. Nak masuk train tu kena lepas security check dulu. Beg semua kena scan. Macam nak check in Airport. Maklumla sekarangkan Turkey tengah perang dengan ISIS dan PKK. Dekat bahagian selatan Turkey memang bahaya. Puak pemberontak Kurdish ni serang askar dan polis. So, security memang ketat sekarang.

Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih. Sebab sampai awal, dalam pukul 9 pagi, kitaorang tiga beranak cadang jalan-jalan dulu di pekan Konya. Kedai makan pun banyak tak bukak lagi. Ada kedai kek je yang bukak, terus masuk dan order.

Lepas tu jalan punya jalan, berhenti rehat minum air. Ambil gambar bangunan lama, masjid lama dan tugu. Siap jumpa student Malaysia lagi, 2 orang perempuan bawak camera. Mula cadang nak naik teksi, tapi sampai jugak ke hotel Mevlana. Takdela jauh sangat dalam 2 km lebih ke dari Konya Gari tu. Kitaorang memang dah biasa jalan kaki di Turki ni. SIHAT ! :)

MEVLANA Museum




Apa yang menarik di Konya..Jujurnya aku pun tak tahu sangat kalau member aku tak bagi tahu dia nak datang Konya. Aku pun google je dulu. Local staf pun tak de yang cadang Konya ni. Biasanya Izmir, Antalya, Kapadokya dan Istanbul.

Konya ni terkenal dengan golongan sufi, yang paling terkenal Rumi. Perasan tak orang yang menari pusing pusing tu sambil berzikir. Haa kat sini la asal usulnya. Tapi aku tak sempat nak pergi tengok takut pening haha. Kitaorang sampai show dah habis. Lama diorang pusing adalah sejam lebih. Aku 8 kali pusing je dah terhuyung hayang ini kan sejam. 

The Mevlâna Museum, located in KonyaTurkey, is the mausoleum of Jalal ad-Din Muhammad Rumi, a Persian Sufi mystic also known as Mevlâna or Rumi. It was also the dervish lodge (tekke) of the Mevlevi order, better known as the whirling dervishes.







Di dalam museum ini banyak barang barang dan patung ahli ahli sufi untuk menunjukkan cara hidup mereka. Tempat seperti dapur, tempat solat dan meja makan juga ada ditunjukkan.

Di museum juga terdapat makam ahli sufi Jelaludin Rumi bersama ayahnya. Di bahagian luar terdapat banyak kubur-kubur ahli sufi yang lain.

Ada juga yang mendakwa terdapat kotak yang menyimpan janggut nabi. Aku ada perasan kotak tu, tapi tak pasti betul ke tidak. Mengikut kawan aku dah berpuluh tahun tak pernah bukak.

MEVLANA HOTEL




Hotel Mevlana ni memang dekat dengan Museum Mevlana. Walking distance je dalam 5 minit jalan dah sampai. Untuk satu malam berbaloi, kalau untuk 2 3 hari, better cari hotel lain sebab kecik dan bilik tak bersih sangat.


Bangunan kerajaan di Konya


Masjid Sultan Aziz. Cantik, senibina dari eropah dan ottoman. Memang lain dari masjid biasa yang aku tengok di Turki. Kilauan warna emasnya menyilau...


Akhirnya dapat jumpa sahabat sekolah di Konya. Kitaorang makan kanat dan doner di kedai makan depan Masjid Selimiye. Kawan aku mengikuti RIHLA 2015, dia ni macam seminar dan ceramah tentang Islam selama sebulan.

Jom Balik Ankara

Selepas puas pusing pusing di area museum dan masjid Selimeye, kami pun jalan kaki lagi ke Konya Gari. Sebab train pukul 1:30 tengah hari. Tiket balik Ankara waktu lain sudah habis. Patutnya aku beli tiket pergi balik masa di Ankara, tapi aku beli tiket pergi je dulu. Ticket nak balik aku beli sesudah sampai di Konya. 

Kawan aku kata, Konya ni bandar yang islamik dan konservatif sikit compare dengan Istanbul dan Ankara. Dari pemerhatian aku, memang banyak yang pakai tudung la. Tapi aku paling suka di Konya ni permukaan yang rata dan tak banyak bukit bukau macam Ankara. Jalan sejam pun rilek je. 

Cuma pengalaman breakfast kebab daging 300 gm je mencacatkan sikit trip Konya ni. Kami breakfast di depan masjid Selimiye, waiter tu cakap 100 gm sikit so baik ambil 200 gm. Aku tengok harga dalam 18 lira, so aku cakap lah 300 gm je. aku ingatkan kalau tambah daging sahaja murah la kot.

Sekali dia kira triple, tup tup dengan set roti breakfast anak aku, dia kira seratus lebih. Kebab yang mahal tu aku makan pun tk habis. Aku suruh bungkus, pastu sedekah dekat staf hotel bila nak chekcout. Haha puas hati.   


Dalam perjalan balik dari hotel ke Konya Gari.



Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Konya 2015 - Melawat Mevlana Museum"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar