Buat Duit dengan Amazon, Boleh Ke?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Semalam aku sempat layan webinar Nichify oleh Gobala Krishan. Dia cerita pasal produk baru dari Kredle, iaitu Nichify. Tagline dia : Setup kedai AMAZON dalam masa 5 minit. 

Nichify ni macam Content Management System (CMS), kita boleh setup website kita dengan mudah. Secara jujurnya takdela secepat 5 minit sebab banyak nak kena buat research dulu. Dalam tu ada ajar tutorial niche apa nak pilih, keyword apa nak target dan cara-cara nak register Amazon Affiliate.

Bila dah ada semua baru la boleh setup dalam masa 5 minit, sebab tinggal nak fill in the form dan setup terus website kita.. 




Mula-mula aku terfikir jugak boleh ke buat duit dengan affiliate Amazon ni, affiliate dalam negeri pun semput nak buat sale. Rasa ragu-ragu mula datang, biasalah  newbie hehe. Nak beli ratus jugak ni system Nichify ni.


Yakin Amazon Boleh!


Aku pun bukak la account Amazon Affiliate aku, dulu memang ada register lama dah. Tapi give up sebab aku ingat tak pernah dapat sale. Disebabkan nichify ni nak id amazon affiliate aku. Tergerakla nak click tengok report. Aku ingat kosong je, eh apsal ada sale ni, eh apsal ada Advertising fee ni. Apakah!

Laaaa ada dapat duit rupanya dari Amazon Affiliate ni. Seingat-ingat aku, aku ada letak iklan amazon ni dekat salah satu blog English aku. Mula-mula tu asyik cek jugak, ada ke klik, ke sale ke. Haram...
Tu yang aku tinggal je.



Semalam cek, la ada dapat Gift Certificate rupanya. Yang bestnya kan aku tak dapat trace Gift certificate tu, sebab register dulu pakai email yahoo. Alaa zaman ber YM dulu. Sejak ada Gmail mana layan dah. Yang best aku dah delete semua email kat yahoo mail. Sebab spam banyak. 

Padan muka. haha

Tapi pengajaran dari sini adalah, buat duit dengan affiliate Amazon ni bukan MUSTAHIL. Kalau letak iklan pastu tinggal je boleh buat, takkan kalau setup satu niche targeted punya kedai dengan seo tak boleh buat duit. Nampak tak ?


Aku pun dengan pantas setup satu website dengan nichify ni, Kedai BROADBAND. Korang boleh lah tengok dulu. Gambar produk, Description dan harga semua automatik masuk dalam sistem Nichify aku. Kerja aku nanti adalah buat posting yang related untuk tarik trafik.





Langkah-langkah nak Setup Website Nichify


  1. Pilih niche yang sesuai dengan produk amazon
  2. Buat keyword research dengan Google Adwords
  3. Pilih title dan keyword utama
  4. Register affiliate amazon, ini free je
  5. Setup nichify
  6. Import product, description produk dan gambar produk dari Amazon. Ini memang 5 minit. Klik klik je
  7. Pilih template, ada 2 yang default. 18 template sedia ada kalau ambil Nichify pakej pro.
  8. Siap kedai amazon anda
  9. Update content yang berkaitan dengan produk anda untuk menarik trafik anda.
  10. Kalau anda ada akaun adsense, anda juga boleh integrate dengan Nichify
Kalau korang rasa macam pening sebab banyak sangat nak buat, pihak Nichify ada sediakan video tutorial dan manual pdf. Aku dah download dan print untuk menambah kefahaman.

Untuk video tutorial, korang boleh refer di sini. Ada 27 video Youtube. Information memang straight forward dan mudah untuk difahami.

Kalau korang tak berminat pun tak pe, sebab kurang sikit saingan haha. Yang penting korang boleh study macam mana nak setup blog, pilih niche, buat research keyword dan register affiliate. Korang boleh rujuk video tutorial tu. Memang berbaloi. Banyak ilmu percuma yang disampaikan untuk buat duit online dengan affiliate.

Siapa-siapa yang nak tengok dulu sistem Nichify ni boleh lah klik SINI . Apa pun aku suka ayat Gobala, ini bukan SCAM atau MLM. Dia berusaha terangkan Nichify dalam bahasa Melayu walaupun agak pelik la bunyi dia.

* Hanya dengan RM190 anda boleh dapatkan satu kedai Amazon Affiliate, tawaran terhad dan harga akan naik dalam masa 12 hari lagi.

Jom Bina kedai online anda sendiri!












Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

4 Responses to "Buat Duit dengan Amazon, Boleh Ke?"

  1. saya dah cuba sistem, memang senang nak guna.. lagi senang dari buat cara manual

    BalasPadam
  2. boleh kalau mahu.

    bayar dan mula buat kerja.

    BalasPadam
  3. Nak join affiliate dekat amazon, mula-mula kene buat satu website dulu ke? Then, baru kita letak link dekat website kita? Harap ada maklum balas. Terima Kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye tuan. Ada website letak link. Senang je

      Padam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar