Jom Daftar Akaun Goggle Adsense dengan Blog - Bahagian 2



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Jom kita sambung lagi perjuangan kita untuk buat duit USD online dengan daftar Google Adsense. Dalam entri Daftar Google Adsense sebelum ni, kita dah submit application dengan blog kita sendiri kan.



 Thank You Email dari Google Adsense

Lepas kita register Google Adsense, 2 3 hari lepas tu kita akan terima email seperti di atas. Google Adsense beritahu yang account kita kan direview. Ok ini akan ambil masa maybe 2 ke 3 minggu. So tunggu je la dan selalu cek email yang kita register itu.

Dalam pada itu, kita kena tambah entri blog kita dan promote. Lepas tu kalau boleh buat lah fanpage kat facebook. Senang nak share article, mana tahu boleh jadi viral macam amranfans dengan siakap keli. Jangan la malu nak share. kalau malu macam mana nak tarik trafik ke blog kita.

Kalau takde trafik, siapa pulak nak klik iklan Google Adsense kita. So, kalau malu tak dapat la..

Akaun Google Fully Activated


Email kedua akan menyusul setelah permohonan kita direview oleh pihak Google Adsense. Kalau dapat email ini, nampaknya petanda baik sebab kita dah lepas syarat pertama.

Langkah yang seterusnya ialah login ke Google Adsense menggunakan login id dan password yang kita register dahulu. Copy code dari akaun Google Adsense kita dan letak di dalam blog kita.

Ok, maybe ada yang tak familiar dengan Google Adsense, kat mana nak buat iklan dan copy code. Jom aku tunjukkan video di bawah.




Aku tunjuk video tak berapa jelas sangat tu, semoga dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Step dia mudah je:
  1. Login akaun Google Adsense 
  2. Pergi My Ads
  3. Klik New Ads Unit
  4. Setting color bagi cun sama dengan theme wordpress anda
  5. Last, save and get code
  6. Copy code Google Adsense tu
  7. Paste dekat dalam website wordpress anda
  8. Mudah kan
 Untuk info masa ni, Google akan record page view dan trafik ke website kita tu. So kerja-kerja promosi hendaklah diperhebatkan. Iklan juga tidak akan dipamerkan, so jangan tanya kenapa pulak.

Satu lagi pantang larang Google Adsense ni, Janganla klik iklan sendiri. Ini paling tidak digemar, kalau dapat detect memang kena ban. Jangan haraplah dapat cash out duit anda nanti. Nak test test pun tak payah, ingat tu.

Promote bog anda dengan melawat ke blog blog popular sambil tinggalkan komen dan url blog anda. Rajin-rajin la buat entri yang berguna dan bermanfaat untuk pembaca anda. Janganlah buat entry copy and paste sebab nak cepat. Biar lambat tapi berkualiti dan memberi ilmu kepada semua. Biar pun ilmu yang simple simple je, sebab bukan semua orang tahu apa yang kita dah tahu.

Rugi kalau tak usaha untuk dapat approval dengan Google Adsense ni, sebab USD dah mencanak-canak naik. Dulu 1 USD baru RM3 lebih je. Sekarang dah RM 4 lebih. Ok teruskan usaha anda untuk hasilkan entri yang berkualiti dan bermanfaat.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Jom Daftar Akaun Goggle Adsense dengan Blog - Bahagian 2"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar