-->

Karnival Upin Ipin 2015 Datang lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


  
Yeay, Karnival Upin dan Upin kembali lagi. Kali ini karnival Upin Ipin bakal di adakan di MAEPS Serdang yang sinonim dengan Tapak MAHA. Nampaknya pihak Les Copaque telah belajar dari kesilapan lalu di PICC.

Ramai ibu bapa yang meluhkan perasaan tidak hati sebab jem dan sesak teruk semasa karnival tersebut. Apa yang memburukan keadaan lagi, Karnival Upin Ipin di PICC juga bertembung dengan Pesta Konvokesyen sebuah Universiti tempatan. Itu yang bertambah crowded lagi. Aku pun siap buat entri di sini, Ultraman Ribut tersungkur di PICC.

So kepada ibu bapa, bolehla tick awal-awal di kalendar di musim cuti sekolah ini. Anak-anak mesti excited nak pergi karnival Upin Ipin 2015 ni. iklan di TV dengan Ultraman Ribut lagi, mesti melompat-lompat nak datang. Serba sedikit info untuk karnival tahun ini :

Tempat     : Dewan A, MAEP Serdang
Tarikh      : 20, 21 dan 22 November 2015
Masa        : 10 pagi - 10 malam
 


Antara aktiviti menarik ialah penampilan Istimewa Ultraman Ribut, Karekter Pada Zaman Dahulu, Puteri dan ramai lagi. Jadual aktiviti Karnival boleh rujuk fanpage Karnival Upin Ipin di sini.

Rancang perjalanan agar tidak terperangkap dengan kesesakan lalu lintas. Bawak bekalan makanan yang secukupnya, air mineral,payung, kasut sukan, baju spare dan kipas portable untuk anak kecil.

Jika dilihat dari spesifkasi Hall A, MAEPS. Dengan keluasan 10 ribu meter persegi dapat memberi keselesaan kepada pengunjung nanti. Masalah besar pada karnival Upin Ipin 2014 ialah kesesakan melampau ke PICC dan tiada tempat parking yang mencukupi. Dengan pemilihan MAEPS Serdang ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah tersebut. 

Jika masih juga terdapat masalah trafik dan parking ke MAEPS Serdang, mungkin pihak LesCopaque terpaksa sewa stadium pulak untuk Karnival Upin Ipin 2016. :) 


Lokasi MAEPS Serdang, Hall A, Karnival Upin Ipin 2015



Kepada sesiapa yang biasa datang ketika festival MAHA, mungkin tiada masalah untuk mencari MAEPS Serdang. Tetapi mungkin pelawat dari luar Lembah Klang yang ingin mencari jalan yang paling mudah ke MAEPS Serdang boleh rujuk peta Google di atas.

Yang pasti bersedia untuk mengeluarkan peluh yang banyak dan membakar lemak-lemak anda demi anak-anak.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Karnival Upin Ipin 2015 Datang lagi"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar