-->

Peperiksaan MUET 2016 Datang lagi

Tarikh Pendaftaran dan Jadual Peperiksaan MUET 2016


Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera, 

Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan jadual Peperiksaan MUET untuk tahun 2016.  Diharapkan semua calon dapat bersedia lebih awal dengan mendaftar di online.mpm.edu.my. Seperti biasa, Malaysian Univeristy Test akan diadakan 3 kali setahun iaitu pada sesi Mac, Julai dan November.
Untuk makluman, slip keputusan Peperiksaan MUET bagi sesi Julai 2015 telah pun keluar. Anda boleh dapatkan secara online di webmpm.mpm.edu.my/muet_result/



 MUET mula diperkenalkan sebagai syarat wajib masuk universiti pada tahun 2000. Pada mulanya, calon ke IPTA hanya perlu menduduki saja peperiksaan itu untuk dapat tempat. Pada tahun Jun 2009, Pemuda UMNO mencadangkan kepada kerajaan supaya ditetapkan tahap pencapaian minimum untuk layak masuk universiti.

 Berdasarkan kenyataan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata seramai 200 ribu siswazah yang masih menggangur selepas tamat pengajian di universiti. Antara puncanya ialah lemah penguasaan Bahasa Inggeris. Ini seringkali menjadi sebab mengapa mereka gagal temuduga.

http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=8690_16_1_57Aku tak nampak pun MUET ni dapat menyelesaikan masalah penguasaan bahasa Inggeris calon. Yang pasti MUET ni sekadar untuk membolehkan mereka mendapatkan segulung ijazah. 

Sama juga macam kita belajar dulu masa nak ambil SPM, PT3 dan tak lama lagi KBAT pulak untuk tahun 6. Semua untuk lulus periksa. Pada aku ini bukan penyelesaian yang menyeluruh untuk penguasaan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris perlu dipraktikkan di rumah, sekolah, universiti dan dengan rakan-rakan. Bukan di hadapan kertas periksa sahaja.




ICGPA untuk mengasah SOFT Skills

Kerajaan telah mula nampak akan masalah siswazah dan telah memulakan projek perintis di 5 universiti tempatan untuk Integrated Cumulative Grade Point Average (ICGPA). Pelajar bukan sahaja akan dinilai dari segi akademik tapi dari segi kepimpinan, sukarelawan dan komunikasi. 

Ini membolehkna setiap pelajar dinilai dengan lebih adil dan bukan dengan hanya menghafal buku sahaja. Di alam pekerjaan, CGPA yang tinggi tidak menjamin anda untuk mudah mendapat kerja. Banyak faktor yang akan dinilai contohnya pengetahuan am, ujian psikometri dan IQ. 

Apa pun, MUET kena study jugak untuk dapatkan Band Terbaik, kalau boleh sampai BandTen kan hehe. Kalau perlukan panduan untuk menjawab soalan MUET, boleh rujuk di sini.
 

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Peperiksaan MUET 2016 Datang lagi"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar