-->

Rezeki bukan dari Google tapi dari..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Gagal dengan Affiliate


Last week abg lankapo agak stress sebab gagal menjual produk affiliate dalam niche kerjaya. Entri di blog dah buat, Promosi di Facebook Page dah buat, email marketing dah buat tapi kalau dah takde rezeki tu, prospek yang dah bagi nama untuk beli pun last minute boleh tak jadi beli.  

Bukan senang rupanya nak buat sale dengan affiliate ini, ayat kena meleleh manis. Tengok otai-otai buat sale 5 angka adui..berdarah hidung.

Apa pun kena reda sebab otai-otai sudah tanam lama keyword keyword yang related dengan produk tersebut. Dari tahun lepas lagi. Aku baru 2 3 hari lepas. hahaha. Agak-agak la kan.

Macam mana prospek nak jumpa blog aku. Nampak gayanya aku kena menanam la dulu buat entri banyak banyak dulu. Tahun depan cuba nasib untuk tuai pulak. Sekarang ni belajar-belajar dulu ambil pengalaman. 


Rezeki dari Allah SWT

Dalam duduk menung memikir macam mana nak convert prospek untuk membeli, dapat email dari sorang mamat ni nak beli link kat dalam salah satu blog aku. Eh ada jugak rezeki, mungkin kali ni rezeki takde dari affiliate tapi dari jual link. Offer USD lagi tuh. Alhamdulillah.

Bercerita pasal rezeki ni, ada kawan aku cerita. Bos dia ni bakal jadi ketua pengarah jabatan dia. Kerja memang tip top, report memang meletup, perfectionist la. Cerita dia ni akan jadi bakal Ketua Pengarah setahun yang sudah orang dah bercerita.  

Tup tup, bila sampai masa, orang lain pulak yang cantas sebab ada kabel besar. Itula namanya bukan rezeki. Mungkin Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Mungkin Tuhan nak sedarkan diri kita supaya kita muhasabah diri.

Siapa tak frust kan? Pengalaman akan mengajar kita untuk lebih tabah dan fokus. Sekarang ni aku nak fokus Buat duit online dengan Adsense dengan Affiliate je. 

Banyak banyak kang, tak terbuat, asyik rasa tak cukup masa sebab banyak sangat benda nak buat. Tangan dua je, nak perah otak lagi. Pelan pelan kayuh lankapo. Yakin boleh!





 

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

5 Responses to "Rezeki bukan dari Google tapi dari.."

  1. kalau saya redha sambil mencuba lebih keras lagi lain kali..

    BalasPadam
  2. Mau gak belajar dari otai2 rahsia mereka tu... Boleh buat full time. Ponat kerja opis nih :D

    BalasPadam
  3. tak apa.

    usaha lagi beb.

    nasihat aku, jangan lawan dengan jerung besaq sangat.

    payah nak cari makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe baik Sifoo. Jerung besar, kita ni ikan seluang je kat sawah hu hu

      Padam
  4. Cuba lagi..Insya-Allah rezeki datang.. :)

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar