Tiada Jalan MUDAH untuk Buat Duit Online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,,

Sedang aku mencari idea untuk menulis di blog, aku sempat surf layan forum Wangcyber yang semakin sepi. Tak serancak dulu. Terbaca posting seorang coach Adsense yang offer pendapatan RM12 Ribu dalam masa 3 bulan dengan disertakan dengan screenshot Adsense earning dia. Coach tersebut offer personal coaching melalui skype. Aku pun tidak berapa pasti berapa harga yang diminta.



Aku takde masalah dengan kehebatan dia dan screenshot hebat pendapatan Adsense dia. Cuma terkilan dengan keterujaan ahli forumer yang lain. Seolah-olah mengharapkan suatu keajaiban dengan Coach Adsense tersebut untuk dapat menjana sebanyak 12 Ribu dalam masa 3 bulan.

Pada masa yang sama, mereka sendiri masih tiada blog sendiri, ada yang akaun adsense pun sudah lama tidak dijenguk, blog pun sudah lama terbengkalai malah ada yang tiada langsung akaun adsense. 

Mana bisa menjana income ribuan dengan Google Adsense jika basic pun tiada. Sempatlah jugak aku bebel dalam post tu haha. Pada aku tiada shortcut atau jalan pintas untuk buat duit online terutama sekali dengan Google Adsense atau pun dengan Affiliate.

Letaklah Coach Buat Duit Online sehebat mana pun kalau kita sendiri tidak berusaha buat artikel, buat keyword analysis, SEO dan promote blog kita. Mana bisa dapat menjana pendapatan online. Yang penting basic tentang buat duit online dengan Google Adsense kita kena ada. Barulah tak kena scam. 

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan

Dalam artikel Aku dan Google Adsense, aku ada nukilkan pengalaman aku bermula dulu dengan Google Adsense. Semua orang bermula dari bawah. Tiada pil ajaib yang aku telan untuk membolehkan aku menjana pendapatan Adsense. Bersengkang mata mengedit gambar untuk buat tutorial dan memerah otak untuk menulis artikel dalam bahasa Inggeris. Walaupun kadang-kadang ayat broken English, ketandusan idea untuk menulis dan hilang fokus. Semuanya aku lalui sehingga hilang fokus dan terpaksa tinggalkan selama 2 tahun buat duit dengan Google Adsense kerana sibuk dengan kerja hakiki dan selalu outstation.

Kini aku mengasah kembali skill lama yang semakin tumpul dan berkerak. Bersaing dengan penulis-penulis muda yang lebih berbakat dan bertenaga serta telah banyak menulis dalam arena buat duit online. Ku gagahi jua sebab kalau tidak aku memang akan beku bersama kesejukan di Ankara Turki ini. Terlalu banyak masa aku disini, ramai rakan-rakan seperjuangan yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi, aku memilih untuk mendalami bidang internet marketing. Memang bidang internet ni aku minat sejak dari belajar di UiTM dulu. Ingat lagi aku bawak buku Adobe Dreamveawer dalam kelas Business untuk belajar buat website. Mungkin jua aku ni ambil salah course agaknya.

Dapatkan ILMU yang SOHIH

Apa pun nasihat untuk yang betul-betul serius nak buat duit dengan Google Adsense, penuhkan ilmu di dada dengan ilmu buat duit online yang benar-benar asli bukan yang pelesu. Bukan yang menjanjikan bulan dan bintang atau Too Good to Be TRUE. Ini yang aku tengok nak belajar malas tapi bab duit nak dapat cepat jer. Mana bisa pak..

Melaburla sedikit, beli ebook tentang SEO dulu ke, Google Adsense dulu ke. Aku syorkan dapatkan  KITAB PINK SEO hasil karya En Titan. Dia ni memang confirm otai, dah banyak buat talk, dah banyak buat duit online, dah banyak kali orang panggil bagi ceramah. Tapi dia pun tak boleh janjikan yang kita boleh buat duit macam dia kalau tidak berusaha. Sebab apa aku tahu, sebab aku dah beli dan memang terbukti. Aku follow tips dan panduan dia untuk dapatkan top 10 result google untuk keyword eBR1M. Alhamdulillah memang dapat, kalau tak percaya jom try google.

Haaa, mari sini aku tunjukkan bukti screenshot. Buka Google.com.my di incognito window dan type eBR1M. Result blog aku no 7 selepas website rasmi ebr1m.hasil.gov.my. Amacam, mantap tak? Ini bukan omongan kosong yaa.





Tapi oleh kerana baca kitab pink tak habis, aku salah target keyword. Sebab keyword ni tak boleh nak jana affiliate income :). Tapi yang penting teknik dan praktikal dah betul cuma salah interpretasi. 

Kesimpulannya, tiada jalan mudah untuk membuat duit online ni. Usaha, Cuba, Gagal, Ubah teknik, cuba lagi sampai menjadi. Janganla baru 2 3 kali gagal, sudah putus asa. Ramai Internet Marketer yang give up dengan Google Adsense sebab leceh dan ambik banyak masa. Perlu ingat, setiap artikel kita merupakan pelaburan kita di masa hadapan. Kita perlu melabur dulu sekali, pelaburan dalam bentuk wang ringgit, idea dan masa tetapi artikel yang bagus akan maintain traffic sampai bila-bila selagi aktif domain dan hosting anda. Pastikan kita convert traffic ini untuk menjana pendapatan online kita. 

Kalau nak panduan dan lebih info lagi kenalah beli KITAB PINK, jenuhla aku nak cerita semua sekali kan. Panjang sangat nanti korang bosan plak nak baca. Lastly, Please ignore my Indonesian slang di atas, mungkin terpengaruh dengan lagu Chakra Khan bersama air limau suam dengan madu sambil menaip artikel ini. Semoga berjumpa lagi ...



Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Tiada Jalan MUDAH untuk Buat Duit Online"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar