-->

Jadual Gaji Kakitangan Kerajaan 2016 dan #2KERJA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut adalah senarai tarikh gaji untuk kakitangan kerajaan bagi tahun 2016. Nampaknya tahun 2016, jadual gaji adalah seperti biasa. Paling awal pun 20 hb pada bulan Oktober dan December 2016.

Ramai yang meramalkan tahun 2016 akan lebih mencabar dengan pelbagai kenaikan harga dari tol, barang makanan kerana banyak subsidi yang telah dipotong. Mungkin saranan pak menteri untuk melakukan dua kerja perlu di lihat dari luar kotak.

Sebab jika gaji kita masih kekal pada 2015 mana mungkin cukup untuk 2016 dengan kenaikan kos sara hidup dan makanan. Untuk persiapan anak-anak sekolah pun sudah ramai ibu bapa yang merungut.


Alangkah indah kalau yuran sekolah macam tahun aku lahir ni hehe.

#2KERJA

Tapi balik Malaysia baru ni, bila aku tengok adik aku buat dua kerja, siang kerja opis malam meniaga aiskrim..masyuk jugak. Dia awal-awal dah menyambut seruan menteri buat 2 kerja.

Jual aiskrim potong senang je, potong cocok siap. Adik aku cakap boleh untung bersih dalam RM300 satu malam kalau habis.

Modus operandi meniaga aiskrim potong pun senang je, janji ada motor , letak tong aiksrim, kalau ada karnival ke car boot sale, parking motor terus boleh meniaga. Memang senang..janji tempat ramai orang datang.
 Yang aku faham, kalau kita ambil dari Walls ke mahal su ruh margin keutungan rendah. Aiskrim potong ni murah dan sedap. Ambil pun terus dari kilang dia.


Apa pun yang penting kena minat, kalau tak minat dan takde usaha...payah 



Idea semua orang boleh bagi, tapi atas kita juga nak buat ke tak nak.



Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

2 Responses to "Jadual Gaji Kakitangan Kerajaan 2016 dan #2KERJA"

  1. kalau rasa tak jejaskan prestasi krja, ok je

    BalasPadam
  2. boleh simpan jadual ni untuk rujukan nanti

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar