-->

Komen Sikit Star Wars VII : The Force Awaken

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 



Weekend lepas, aku membawa satu family layan Star Wars : The Force Awaken di Kent Park Ankara. Ini pengalaman pertama tengok wayang di Turki ni. Star Wars punya pasal aku redah je.

Lepas zohor dalam pukul 12 tengahari kami bertolak naik teksi. Tambang teksi ke Kent Park mall adalah 35 TL. Sampai je terus naik level atas dan beratur nak beli tiket wayang.

Star Wars pukul 12:45 masih dibuka. Masa nak beli ada masalah sikit sebab cashier tu tak faham langsung english, aku pulak puas meneka apa yang di tanya. Nasib baik ada mamat belakang yang tolong translate kan.

Sebab masih ada 15 minit lagi dan masa tu belum lunch lagi, kitaorang decide untuk lunch dulu. Bila sudah selesai, terus masuk panggung "SALON 10". Masa nak masuk tu, yang cek tiket tu cakap kena beli spek 3D dulu sebab ini tayangan 3D. Laah baru perasan, itu pun ada mamat belakang tolong terjemahkan pasal spek 3D tu. Sebab tu dia tak bagi masuk lagi.

Lepas beli, terus masuk panggung cerita star wars pun dah 10 minit bermula...

Sedang syok layan Star Wars, tiba tiba wayang stop kejap. Rupanya ada break 10 minutes, ada half time rupanya tengok wayang di Turki ni. 

Nostalgia Star Wars

Balik je dari Star Wars, anak aku yang paling banyak tanya. Jenuh la menjawab soalan-soalan dia. Dari siapa anakin ke Yoda, Jedi ke Dark Force. Siapa anak Darth Vader dan Siapa Leia dan Luke...the list just goes on

Untuk menjawab segala soalan-soalan dia dengan berhemah. Kami pun marathon movie starwars dari episode 1 sampai la 6. 3 hari jugak kami marathon, sampai lagu intro star wars asyik kedengaran dalam kepala. Barulah anak aku faham storyline Star Wars  ni.

Secara jujur, Star Wars : The Force Awaken membawa jalan cerita yang lebih kurang serupa dengan episod terdahulu. Mungkin kalau generasi sekarang yang  menonton, tidak nampak persamaannya. Untuk makluman, episod 7 ini bukan lagi diarah oleh George Lucas, malahan George Lucas Studio telah dibeli oleh Disney. Pengarahnya J J Abraham pada aku gagal untuk membawa kelainan dalam filem ini. Dia macam recycle je storyline Star Wars terdahulu dan buat movie Force Awaken ni, 

Wata Rey yang tiba-tiba hebat bila dapat pegang light saber Luke Skywalker dan Kylo Ren yang mula-mula hebat dapat freeze kan tembakan laser tetiba mudah ditewaskan. Agak sukar untuk aku menghadam. 

Star Wars memang nostalgia dari tahun 1977 lagi. Masa episod 1, 2 dan 3, ramai yang nak jadi Anakin termasuk la aku haha. Aku pun tengok episod 7 ni sebab nak lihat kembali Luke Skywalker, Leia dan Han Solo. Masa Han Solo jumpa Princess Leia tu terus teringat masa diaorang muda dulu. 

Lepas kami habis tengok wayang , penuh peminat star wars dengan light saber, baju star wars...yang pakai suit darth vader je tak jumpa. boleh tahan jugak pengaruh Star Wars di Turki ni. Lepas tu kedai buku ke kedai mainan penuh dengan patung, mainan, buku, majalah Star Wars. Pandai betul timing marketing Disney ni.




Kepada peminat Star Wars yang rindukan Luke Skywalker,R2 D2, 3PO, Leia, Hans Solo dan  Chewbaqqa boleh lah tengok movie ni. Kalau nak tengok scene light saber fight macam Obi Wan lawan Darth Maul memang takde la.

Selamat Menonton..


Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Komen Sikit Star Wars VII : The Force Awaken"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar