Kisah Akaun Youtube Ultraman Ribut Kena TERMINATE!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum ni aku ada bercerita mengenai menjana income Adsense melalui Youtube.
Namun apakan daya kusangkakan panas sampai ke petang rupanya kena ban juga. Akaun Youtube Ultraman ribut habis ribut kena remove dan diterminate oleh pihak Youtube.

First Warning

Sebelum tu memang ada diberi amaran sebab melanggar etika Youtube Community Guidelines dan ToS. So aku ikutla arahan Youtube suruh delete video yang pendek sangat. Sebenarnya video tu untuk buat iklan dalam video yang lain. Ada features dalam Youtube yang boleh letak iklan dalm video yang lain di mana durasi yang pendek dalam 3 saat sahaja diperlukan. Now dia cakap aku buat video sampah plak. Terus kena warning 6 bulan dalam pemerhatian.

Kalau nak tahu apa Youtube punya pantang larang boleh rujuk video di bawah :



2nd Warning

Tidak lama lepas tu, kena lagi warning dia cakap aku letak link dalam video. Alasan Youtube letak link dalam video untuk ke site Ultramanribut  adalah spam. Terus dapat second warning, terus tak boleh upload video dah. Oklah aku delete link-link dalam video tu.


Final Warning


Tiba-tiba video aku upload Youtube flagged as inappropriate plak. Mm terus kena terminate akaun. Tak sempat nak buat apa. 

Masalahnya aku takde isu copyright yang serius pun. Semua copyright dibenarkan oleh lescopaque. User just acknowledge je. Dah banyak episod pun aku upload.

Selain video upin Ipin, Ultraman Ribut ada juga video yang aku buat sendiri. Mana yang lescopaque punya earning diorang yang dapat.


Bayangkan subscriber dah beribu ribu macam tu je dia remove. Aku ada buat rayuan untuk download video yang aku buat. Namun tidak dilayan.

Frust lah jugak sebab trafik dan income Adsense terus menjunam. Itu pun nasib baik dia tak ban akaun Adsense aku.


Yang aku panasnya, Youtube sekarang penuh dengan full movie, adegan 18sx dan macam-macam lagi. Yang macam ni boleh lepas pulak. Pelik aku, takde sapa nak complain. Aku letak video game je pun..


Pengajaran dari isu ini


Upload video anda sendiri sahaja. Kalau video orang lain, mungkin mula-mula ok. Dalam masa panjang bila dah beribu-ribu subscriber siapa tahu ada yang dengki.

Sila backup video yang anda buat sendiri, anda tidak tahu bila mereka akan cari alasan untuk remove.

Jangan letakkan link dalam video ke website anda. Youtube akan lihat seperti spam. Sebab Youtube tak nak user larik dari page dia...macam-macam. Suka hati user la kan haha.

Namun aku rasa ada hikmah jugak akaun kena removed ni. Lepas ni aku kena belajar buat video lagi hebat. Aku akan belajar dit video pakai Openshot. Youtube ni ingat aku cikai sangat ka...takpa takpa nanti aku tunjuk...senang-senang je remove akaun aku.

Sebelum pergi aku nak bagi bonus keyboard shortcut ketika melayari youtube. 

• J Key

Button J ini untuk reverse video anda kepada 10 saat.

• L Key

Untuk button L pulak, forward 10 saat ke depan. Kalau rasa-rasa boring cerita tu bolehla tekan L.

• K Key

Untuk button K pulak, simple untuk pause video Youtube anda. Tekan spacebar pun boleh.


• 1-9 Keys

Untuk button nombor plak, kalau anda tekan ketika menonton video Youtube anda, automatically dia akan bawa ke depan atau kebelakang bergantung kepada nombor yang anda tekan. Kalau 1, maknanya 10% , 2 maknanya time line video di 20% begitula seterusnya sampai 10 untuk habis.

• 0 Key

Untuk button 0 pulak, mudah sahaja. Ini untuk shortcut ke permulaan video. Katalah anda nak restart balik video anda, bolehla tekan 0.

Ok itu sahaja luahan hati dan bonus shortcut dari saya. Kalau tidak percaya boleh try nanti ketika menonton Youtube kegemaran anda. Tetapi pastikan dulu anda klik terlebih dahulu di video anda untuk activate keyboard shortcut ini.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

1 Response to "Kisah Akaun Youtube Ultraman Ribut Kena TERMINATE!"

  1. Betul tu, kalau video Astro terus kena block.

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar