-->

5 Tips Menang Main Clash Royale

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setelah bertahun main COC dan boring dah pun akhirnya aku terinstall game Super Cell yang terbaru Clash Royale (CR). Mula-mula ingat  game COC yang baru rupanya berbeza.

Game ini dengar nama mungkin tak menarik, tapi sebenarnya game paling mendebarkan jika anda cuba.  
Download Clash Royale Now: http://supr.cl/PlayRoyale
Sebab apa ? sebab game ini LIVE! real time. Battle one on one. Kalau kalah boleh siap gelakkan lagi, Kalau dalam clan boleh test power. boleh tengok siapa yang paling terror.

Jom Battle!

Mula-mula aku install game ni, confuse jugak sebab dah biasa dengan COC. Kena kumpul elixir, gold dan dark elixir untuk bina macam-macam bangunan. Lepas tu kalau nak attack kena buat army dulu.

Dalam CR, semua tu tak payah. Bila klik battle je, CR akan cari available opponent LIVE untuk battle dengan anda. Pilih battle card terbaik anda. 3 minit masa diberikan untuk anda musnahkan 2 tower dan King Tower pihak lawan.

 2 minit pertama Elixir akan dibekalkan secara normal, 60saat terakhir elixir akan double. Bermakna battle card akan lebih cepat keluar. Salah pilih card anda akan menyesal.


Seriously kalau kalah boleh stress sebab kadang-kadang sikiiiit je lagi nak meletup tower pihak lawan. Sekali main memang mengadap je lah handphone tu. Bateri pun cepat habis, sampai terpaksa aku uninstall game COC aku.

5 Tips Untuk MENANG Battle Clash Royale



  

Ok kat sini aku nak share sedikit teknik untuk menang dalam battle ni.

 #1 Upgrade Battle Card


Fokus kepada upgrade Battle card terbaik anda. Bila card dah cukup, upgrade level dengan coins. Coin kena kumpul dengan menang battle untuk dapatkan Chest. Setiap kali menang akan dapat silver or golden chest bergantung kepada arena.

Bila level dah tinggi, makin mudah untuk menang. namun strategi dan taktikal penting juga.


#2 Sila Donate Card yang tak pakai untuk dapatkan Gold Coins

Sila jangan kedekut, kalau kad itu anda tidak guna sila derma untuk dapatkan gold coins. Anda juga boleh request card yang anda ingin upgrade.

Bila kad tak cukup  untuk upgrade, tapi gold coins banyak. Anda boleh juga beli kad yang anda idamkan di Shop section. Biasanya harga 2000 untuk kad Epic.


#3 Training Untuk Improve Skill

Sila training untuk belajar cara counter attack dan untuk attack. Anda boleh training dengan clan member atau dengan training camp. Boleh klik icon training di sebelah kanan arena. 

Training juga penting untuk mengasah skill untuk memusnahkan tower lawan. Skill dan strategi juga boleh anda pelajari dengan menonton TV Royale. Kat situ semua high level punya battle, tapi anda boleh dapatkan some idea macam mana untuk susun strategi.

Kadang-kadang belum tentu satu tower kita dan musnah, kita akan kalah. Kita boleh susun strategi untuk musnahkan King Tower dia terus. Bila King Tower yang tengah itu musnah, automatik kita akan menang.

#4 Pilih Kombinasi Battle Card yang terbaik. Yang Mahal belum tentu boleh Menang

Ini juga penting, sebab anda perlu serasi dengan set battle card anda. Aku pernah tukar satu kad je, terus memanjang kalah. Kad Throwing Goblin, baru beli  2000 coins, tak reti nak pakai pulak. Sebab kena tukar kombinasi yang lain. Terus tak pakai kad tu.

Yang pasti setiap kad ada kelemahan. Anda perlu tahu setiap kelemahan kad kad utama seperti Prince dan Baby Dragon. Kaji setiap character untuk memudahkan anda mengatasinya ketika battle.


Sumpah aku memang stress kalau berhadapan dengan Prince dan Baby Dragon, sebab kalau salah keluar kad memang tower meletup. Lagi satu sebab,  aku masih tak discover lagi kad Prince dan Baby dragon ni.


Biasanya nak settle kan Prince atau Baby Dragon, guna Army Skeleton atau Musketeer boleh setelkan. Kalau takde minions pun boleh. Tapi tak selalunya menjadi, kalau salah timing memang tengok je lah tower aku musnah. Sementara nak tunggu elixir , tower dah takde.

#5 Taktik terbaik adalah Tunggu dan Lihat

Yes, tunggu kad apa yang akan dikeluarkan oleh pihak lawan dan tunggu sampai Elixir anda penuh dahulu untuk menyusun strategi.

Kalau anda perasan dalam video battle aku di atas, kad pertama Giant aku letakkan di belakang King Tower untuk melambatkan masa sampai ke kawasan pihak lawan dan untuk tambah kad unit yang murah seperti goblin atau bomber.

Satu lagi anda perlu prepare untuk counter dan defend kad yang pihak lawan keluarkan. So mesti reserve elixir untuk defend tower anda. Jangan all out attack.


Clash Royale Mengajar ERTI TIDAK PUTUS ASA

Mula-mula main game CR ni memang memanjang kalah. Asyik kena icon perli dan gelak-gelak dari pihak lawan. Sebab dah minat, battle lagi sampai muntah, Sampai la sekarang dah Arena 5, tapi memang hari-hari mengadap handphone sampai wife bising.

Bila fikir balik, sebenarnya la kan, hidup kita pun macam tu jugak. Kalau betul betul fokus pada sesuatu yang kita minat,insyaAllah akan berjaya. Yang penting kena usaha dan fokus, bak kata orang sekarang pelan-pelan kayuh.

Ini belum apa-apa dah malas dan give up. (Ini pesanan untuk diri sendiri juga) Asyik main game macam mana nak tulis entri. Trafik pun suam suam je, tapi Alhamdulillah ada jugak masuk affiliate dari KLIKJER. Janji rajin update blog, kalau biar berabuk tiada siapa yang sudi datang.

So sekarang ni boleh kontrol sket, bila main je akan setkan masa. Tak pun akan bagitahu diri sendiri, OK ni last battle. Haha. Kadang-kadang terbabas jugak sebab asyik kalah je, mestila tak puas hati nak main lagi kan. Selalunya akan cakap dekat diri sendiri kalau menang kali ni , aku akan buat ini dan ini. Hehe kalau tak kerja tak jalan beb.




# TipBonus

Sebelum terlupa, kepada yang  tak sabar nak upgrade dan kumpul banyak battle card. MUDAH aje. Anda boleh je beli GEMS yang kaler hijau tu. Bijak tak Super Cell ni buat duit. Dia buat kita ketagih game ni pastu kepada yang tak sabar memang akan beli.

So far aku tak beli lagi sebab tak nak terjebak. Sebelum ni dah terkena dengan COC, so cukupla.sekali. Sebab mula-mula memang beli sekali lepas tu akan beli dan beli. hehe
#Selamat beramal


Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "5 Tips Menang Main Clash Royale"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar