Lawatan Kota London 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk perkongsian kali ini, aku ingin bercerita trip kami sekeluarga ke London. Sekadar bercerita pengalaman dan panduan kepada pembaca yang ingin melawat nanti. Mana tahu ada rezeki nanti anda juga boleh datang.

Sebenarnya memang dah plan sejak dari tahun lepas lagi tapi belum ada rezeki. Member aku yang buat Phd di sana, asyik tanya bila nak datang. Lagi pun dah dekat dengan Turki. Akhirnya tercapai jugak cita-cita nak melawat kota London ni pada awal Feb lepas. Dari 30 Jan hingga 7 Feb 2016, lebih kurang 9 hari.

Kalau tanya pasal London ni, apa yang aku tahu English Premier League (EPL) je la. Korang tanyala sapa nama player first eleven Manchester United, Liverpool dan Arsenal dengan stadium-stadium aku hafal. Walaupun aku bukan fan mana-mana team EPL. Sebab aku minat Real Madrid, ZIdane FC. hehe.

Tapi kalau tanya pasal Oxford Street ke Bayswater ke memang tak ambil tahu. Aku suruh wife aku yang study tempat-tempat tu kalau nak pergi. Planning ambil masa sebulan, mana nak tidur dan tempat nak melawat. Maklumla first time nak pergi, kena budget betul-betul takut tak cukup duit pulak. Masa ni la kawan-kawan yang duduk di sana sangat-sangat diperlukan. 

 Plan punya plan, finally kitaorang decide untuk melawat London, Manchester dan Liverpool. 3 hari spend di London, sehari di Loughborough,  2 hari di Manchester United sambil singgah sekejap Liverpool.   Singgah Loughborough sebab nak lawat member aku, dah janji punya pasal.

Pengembaraan Bermula

Kami terbang dengan Turkish Airline dari Ankara ke Heathrow dan transit sebentar di Istanbul. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Sampai di Heathrow hari pun dah gelap walaupun masih pukul 5 petang. 

Aku pun terus connect wifi airport dan whatsapp call member aku. Dia dah janji nak jemput kami dengan kereta. Kawan aku sorang ni member dari U dulu, sama-sama member kelab camping. 


Nasib baik dia bagi tumpang rumah dia di Walthamstow selama kami di London. Azam nama dia, dah 12 tahun duduk London. Memang dah otai area London. Sampai-sampai sahaja terus bawak kami pergi makan restoran melayu di London, Restoran Tuk Din. Makan sayur kangkung belacan, ikan siakap bakar dengan sate. pergh.!!


Azam memang tahu-tahu ajer kitaorang  mengidam masakan Malaysia. Maklumla di Turki asyik makan kebab dan kanat. Memang berselera makan malam tu, sampai tak hiraukan pelanggan Malaysia yang lain. Cuma masa bersembang ada cover sket sebab di Turki sembang bahasa Melayu takde sapa faham. Di London kena tengok-tengok sket hehe sebab ramai yang faham.


Lepastu Azam bawa kami beli simcard prepaid Lebara dan top up Internet £15 untuk 2 GB internet di area Bayswater.  Internet penting beb, senang nak whatsapp call, nak upload pic kat FB dan macam-macam lagi.

Sebelum tu kami tukar dulu duit Dollar ke Pound sterling. Sebab kalau tukar di money changer airport mahal. Azam advise kami tukar duit di area bayswater lebih lumayan. 

Area Walthamstow agak jauh sikit dari kota London. So kami sampai pun agak lewat di rumah Azam. Selepas memberi sedikit buah tangan dari Turki untuk Azam, kami terus tido sebab tak sabar nak explore London besoknya. Nasib baik besoknya hari Ahad, Azam cuti. Bolehla bawak kami jalan-jalan.

Kota London

Pagi-pagi lagi kami dah bersiap. Selepas sarapan, bermulalah pelajaran pertama kami tentang kehidupan di kota London. Kami menapak menuju ke station Walthamstow untuk membeli Oyster card di kaunter tiket. 2 kad Oyster dan top  up 20 pound. Nasib baik Damia free. So jimat,

Destinasi pertama, Azam bawa kami ke London Bridge kemudian ke Big Ben. First day ni memang aku follow je Azam, sebab masih blur lagi dengan sistem Tube London. Sebabnya banyak sangat tube line. So kena hafal tube line mana nak kena naik. Kalau naik salah tube line boleh sesat, Tube Line sebelah sebelah je, so kena baca betul betul direction. Damia kena follow mommy dia untuk masuk ke stesen tube, ada gate khas untuk yang bawak anak. 





Kemudian kami naik bas ke Trafalgar Square dan seterusnya ke Malaysia Hall. Penat seharian berjalan, kenala pekena masakan Malaysia baru bertenaga. 

Azam beritahu ramai penduduk Eropah Timur yang datang mencari rezeki di kota London. Sepanjang perjalanan kami, dapat lihat dan dengar pelbagai bangsa dan bahasa. Kadang-kadang nampak macam orang putih dah tapi speaking sepatah sepatah. Rupanya orang Poland. 

CityMapper Penyelamat


Keesokannya, Isnin Azam sudah mula bekerja. So aku kena pergi sendiri untuk melawat Buckingham Palace dan Chelsea Stadium (Stamford Bridge). Nasib baik Azam suruh install CityMapper Apps. 
Apps ni memang berguna sangat untuk travel di bandar besar macam London ni.



Just search nak pergi mana, apps ini akan tunjukkan cara nak pergi naik Tube, Bus, Taxi dan Uber. Dengan kata lain, korang takkan sesatlah dengan apps ni. Tapi untuk bandar-bandar besar sahaja. Istanbul pun takde lagi, tapi takpe janji London, Manchester ada sudah cukup. 

Apps CityMapper ini juga akan guide anda untuk ke stesen bus, Tube atau taxi berdekatan, naik bas no berapa atau Tube line mana. Memang membantu sangat.

Stadium Tour 

Selepas melawat Buckingham Palace,kami ke Stamford Bridge. Sampai pun dah petang so tak sempat nak Stadium Tour. Dapat ambil gambar dan beli cenderahati sikit. Jadila janji dah sampai.

Keesokan paginya kami ke Arsenal Stadium pula, Highbury. Macam biasa pusing-pusing dulu ambil gambar dan beli cenderahati. Macam tak percaya pun ada boleh sampai stadium ni, sebab biasa tengok dalam tv je. Sangat sangat bersyukur.

Opss perasan tak aku tak cerita pasal Bucingham Palace. haha sebab tak best mana pun. Sebab tak menarik, datang ambil gambar pagar dengan guard yang duduk jauh di dalam. Itu jee. 

Madame Tussaud Muzium

Secara jujur, aku pun tak tahu sangat pasal muzium lilin ni. Azam yang suggest, dia yang belikan tiket secara online. Sebelum tu, dari Highbury kami ke Oxford Street untuk beli bluray yang dikirim oleh kawan di Ankara. Kemudian ke Malaysia Hall untuk makan dan solat.

Azam bookkan tiket jam 4 petang, so senang nak plan perjalanan. Masuk muzium lilin ni, macam macam patung ada. Dari artis, pemimpin, tokoh popular dan ahli sukan. Apalagi sakan la bergambar.

Even boleh bergambar dengan patung lilin family diraja Britain. Memang macam betul je.


Sedang bergambar tu, aku sempat lihat dari jauh ada pengunjung yang ambil gambar fokus kepada satu patung ni, lama betul dia ambil gambar. Mungkin nak ambil shot yang sempurna , fikir aku.

Aku pun pusing pusing dulu ambil gambar, sekali bila aku dekat dengan orang yang ambil gambar tu, apsal dari tadi tak bergerak lagi dia ni. Hairan aku, sekali bila tengok betul betul, patung rupanya. Chehh terkena aku.

Kitaorang bernasib baik sebab sempat lihat tayangan 4D Avengers. Sekali Hulk tepuk tangan terasa angin kuar dari kerusi. Adui macam-macam, even semburan air pun ada.


Malam tu Azam ajak makan di Tisdale restaurant di area oxford Street. Restaurant halal, macam-macam jenis burger ada. Lepas tu ke Kedai GAP untuk beli cenderahati kawan di Loughborough.

Ok sampai sini dulu kisah travel kami ke kota London. Panjang sangat dah ni, nantikan pengembaraan kami dari Loughborough ke Manchester pula.








Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

1 Response to "Lawatan Kota London 2016"

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar