-->

Trafik Melampau dari Israel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,




Jogging Awal Pagi

 Start dari tahun lepas, aku bermula jogging sekitar kawasan kedutaan dan area rumah aku. Biasanya selepas menghantar anak aku naik bas ke sekolah dalam jam 730 pagi aku pelan pelan lari. Cuma time winter sahaja aku stop  sebab keadaan cuaca yang terlalu sejuk dan ais penuh jalan.

So kawasan taman aku duduk di Ankara ni memang area pejabat kedutaan selain Malaysia. Antaranya Belgium, Denmark dan Philippine. Untuk makluman korang, pejabat kedutaan Israel juga terletak di kawasan ini. Lebih kurang 1 km dari rumah.


Sebelum ni, wife tak bagi jogging depan area pejabat kedutaan Israel sebab takut ada ancaman. Kadang-kadang memang ada polis kawal dan jalan di dihalang dengan pagar sebab ada tunjuk perasaan depan pejabat kedutaan Israel ni.


Lalu Depan Pun Kena Scan


So aku pun ikut jalan lain , bila jogging pagi-pagi tu. Lama selepas itu, jalan depan opis kedutaan Israel ni clear. So aku pun lari depan tu, lagi pun saja nak tengok macam mana opis kedutaan Israel dari luar. Memang pertahan kukuh, pondok pengawal pun sampai dua. Guard pun usha lain macam je aku jogging depan tu.

Hari-hari seterusnya aku pun selamba je la jogging depan opis Kedutaan Israel. Biasa aku jogging tak bawak phone. Tapi setelah install Nike Running Apps aku pun jogging la sambil dengar lagu.

Besoknya bila aku cek blog statstik, tetiba ada trafik hike beribu-ribu lemon. Wah biar betul, mesti banyak masyuk iIncome Adsense aku ni. Sekali tengok trafik dari Israel. Cehhh nape macam pelik je.
Aku fikir maybe ada bug kot atau error dalam Google punya data. So aku biarkan je la.

Sebab blog lain takde pulak trafik melampau dari Israel ni hanya di blogspot sahaja.


Trafik Mencanak Lagi!


So this year, aku start jogging balik bila masuk musim Spring dan lalu depan opis kedutaan Israel. First day aku lari, malamnya aku tengok blogku ini mendapat trafik mencanak dari Israel. Jadi lagi aku cakap.

Confirm memang pihak Israel ni ada electronic scanning equipment yang boleh scan gadget yang kita bawa. Menaang takut betul diaorang ni, sampai yang lalu depan pun diorang scan. Maklumla di Turki ni memang asyik berlaku letupan di sana sini.

Apa pun nasib baik diorang tak HACK blog ciput aku ni, kalau tak susah la nak cari makan online dengan Google Adsense dan Affiliate. Nasib baik juga, aku setkan 2 factor authentication, kena dapat code dari sms bila nak login first time ke akaun gmail aku. Kalau tak masak.

Takkan la jejaka kacak macam aku ni diorang ingat terrorist pulak. Aku tumpang lalu je depan opis sebab nak sihat.

Next time kalau diaorang nak serang blog aku, harap diorang bacan entry ni.

Hello ! My name is Azlan and I am not a TERRORIST!





Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

1 Response to "Trafik Melampau dari Israel"

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar