-->

Jom Beli Rumah Pertama dengan MyDeposit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Berita baik untuk rakyat Malaysia yang masih belum membeli rumah. Sempena pembentangan Bajet 2016 pada tahun lepas, kerajaan telah menyediakan dana RM 200 Juta untuk membantu rakyat yang berpendapatan sederhana untuk pembelian rumah pertama. 

Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Permohonan Skim MyDeposit ini telah dibuka secara rasmi pada 6 April 2016.

So kepada anda yang layak, tolong lah beli rumah dulu. Rumah adalah aset, tidak macam kereta. beli mahal-mahal pun lama-lama susut harga. Semua orang tahu tapi tak semua yang praktikan. Termasuklah diriku ini. 


Jangan Jadi Macam Saya

Kesilapan besar yang aku buat dulu adalah beli kereta luar kemampuan dan tidak merancang untuk beli rumah. Aku ingat lagi ada seorang perempuan cina ni tanya aku tinggal mana. Aku memang selalu berurusan dengan dia semasa kerja dulu. Aku cakap la sewa di Pinggiran Putra. Dia cakap beli lah rumah, rumah makin lama makin mahal. Rumah flat pun takpe dulu. Nanti bila sudah stable boleh beli rumah teres, rumah flat tu boleh jual. Aset maaa..

Aku rasa dah puluh tahun dia pesan masa aku datang ke opis dia. Dan aku baru je beli rumah di Tangkak pada 2014 haha. Bukan aku tak dengar, aku memang ada cubaan untuk beli rumah masa tu. Dah bayar deposit dah, sekali loan kerajaan tak boleh sebab tanah tu tak pecah nama lagi. Strata title rasanya. Lepas tu duduk kuaters kerajaan terus pendam je hasrat untuk beli rumah.

Terdetik hasrat nak beli rumah bila kena tipu nak beli tanah di kampung. Cadangnya nak beli tanah kat kampung je sebelum ke Turki. Sekali hampir kena tipu sebab kata nak pecah lot, sampai sudah takde. Booking pun kejap aku punya kejap cakap orang lain dah booking. 

Stress punya pasal aku round Tangkak cari taman baru dan harga yang mampu milik. Ingat lagi waktu tu Hari Raya Haji, lepas sembahyang raya aku bawak wife dengan anak cari rumah. Alhamdulillah akhirnya jumpa juga di kawasan taman adik aku duduk, fasa baru. Itupun tinggal 2 unit je lagi. 

Terus telefon dan booking. Kerani tu cakap nak deposit cepat sebab ada orang lain sudah tanya. Nasib baik mak aku tolong bayarkan dulu deposit. Kalau tak memang melepas. Adik aku beli rumah dia seratus ribu lebih je 5 tahun dulu. Rumah aku, design sama  luas sama nak 200 ribu. Adui...aku cakap menyesal tak beli dulu.  Tapi apa pun baik ada dari takde langsung, kalau lambat memang rumah lagi mahal.

Kalau lah dapat ku undur masa....

Aku punya financial planning memang FAIL dulu. Kaji kaji balik memang banyak benda benda yang perlu diperbetulkan. 

1. Takde Deposit 

Ini memang halangan besar masa tu, sebab gaji yang ada pun cukup makan. Mana nak cari 10k selepuk. Bayar lawyer lagi haa macam -macam. Kereta pulak asyik problem, tukar tayar service dan macam-macam lagi.

Sepatutnya aku kena ada buat simpanan, tanam azam untuk beli rumah. Simpan bonus bukan joli. Tak nak ikat perut masa awal dulu ini la masalahnya. Kalaula myDeposit ni ada dulu kan senang. So korang janganlah lepaskn peluang keemasan ni.

2. Tak tahu nak beli /pilih lokasi yang sesuai 


Ini pun dilemma jugak, nak beli kat kampung ke atau dekat tempat kerja. Kompeni aku kerja dulu cadangnya nak pindah ke Johor, lepas tu janji macam-macam nak belikan rumah la apala. Aku pun rilek je la dulu.  Last-last janji tinggal janji...barang yang lama usah dikenang. Kalau dikenang sakitlah hati.

Sekarang ni korang dah senang, internet di tangan. Google je. Facebook page pun ada. Senang nak cari mana mana projek taman perumahan baru yang baru dan mampu milik. Yang penting usaha jangan jadi macam aku ok.

3. Monthly Commitment Tinggi


Loan kereta, bil telefon, sewa rumah, tol dan minyak antara wajib kena bayar bulan bulan. Itu belum lagi bayar hutang kad kredit.

Siapa ada pakai kad kredit tolonglah beringat. Sekali dah guna memang akan ketagih dan tak boleh berhenti. Aku dulu masa first time ada credit card teringin nak  beli laptop. Cadangnya nak beli di Court Mammoth Shah Alam ingat dapat interest free bayar bulan bulan, sekali tak layak..

Geram punya pasal terus beli pakai kad kredit, the STUPID decision I ever made. RM 1800 Acer. Lepas tu bayar minimum bulan bulan. Adui bunga dia bercambah cambah. 

Favorite payment guna credit card ni masa nak isi minyak kereta. Selalu travel jauh, sedap plak pakai kad ni, just swipe and isi. RM50 sekali isi,lama-lama beratus ratus.

Bank pulak kalau lambat bayar sikit, asyikla call kita pagi dan petang bila nak bayar. Kalau call opis, lagi la malu. 

Boleh bayangkan setelah bertahun tahun pakai, hutang sampai belas ribu, baru tahun ni habis bayar. punyala lama. Apa pun Alhamdulillah settle jugak.

Trust me when i said , kalau nak guna credit card sila pastikan anda betul betul mampu untuk bayar balik. kalau tak  tahan nafsu tu. Rancangla perbelanjaan dengan bijak. Aku dulu memang takde ilmu bab kad kredit ni memang zero.

Kalau tak mampu, ikhtiarkan cara lain untuk kurangkan kos. Bak kata orang ukur baju di badan sendiri.
kalau ikut orang memang tak cukup. peduli lah apa rang nak kata, janji hidup bebas hutang.

Cari pendapatan sampingan contohnya. Zaman IT ni macam-macam cara boleh buat. Contoh adik aku yang jual aiskrim walaupun dan ada pekerjaan tetap. Buat duit online dengan affiliate pun boleh. Janji ada usaha untuk belajar. Mana ada benda mudah dalam dunia ni. Jual nasi lemak pun kena pakai sut spiderman untuk popular. 

Jom Daftar MyDeposit


Panjang lebar dah aku berleter haha. Bukan apa sesekali mengenang zaman dulu memang nak tergelak pun ada. Pernah sekali tu aku bayar duit minyak kat kaunter Petronas pakai duit syiling haha. Semoga menjadi pengajaran kepada semua. Buatla perancangan kewangan anda dengan bijak. Belila ASET segera. 

Kerajaan sudah memberi jalan, jangan disia-siakan. Carilah rumah yang mampu milik dan cukup untuk -bayar bulan - bulan. 


LATAR BELAKANG
Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah. Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Permohonan Skim MyDeposit ini telah dibuka secara rasmi pada 6 April 2016. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia.
SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit
KPKT akan melaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima berdasarkan kelayakan berikut :
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan.
  • Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah.
  • Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) .
  • Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan. dan
  • Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.
KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN
Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut :
  • Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).
  • Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan.
DOKUMEN SOKONGAN
Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di Sistem MyDeposit :
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan).
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan).
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri.
  • Salinan surat pengesahan majikan.
  • Salinan penyata gaji terbaru.
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen( Jika berkenaan).
  • Muat naik salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran.
  • Salinan surat tawaran /pengesahan daripada pemaju/penjual .
  • salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan.
*Langkah-langkah untuk memohon disini.
 ​HUBUNGI KAMI
  1. Cawangan Pengurusan Perumahan( MyDeposit )
    - 03-8891 4025/ 03-8891 4054/ 03-8891 4012/ 03-8891 4062/ 03-8891 4460
  2. Melalui emel
    [email protected]pkt.gov.my

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Jom Beli Rumah Pertama dengan MyDeposit"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar