-->

Lawatan London 2016 : Dari Loughborough ke Manchester



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ok kita sambung cerita jalan-jalan cari stadium di London. Kalau peram lama-lama nanti lupa. Maklumla umur dah meningkat ni memang mudah lupa dan hilang fokus.

Destinasi seterusnya dari London kami ke Loughborough, Manchester dan Liverpool. Rugi kalau tak pergi dua-dua tempat ni, sebab kalau game MU dengan Liverpool kalah, pagi-pagi subuh dah cari member die hard fan MU dan Liverpool untuk update score hahaha.

Biasala tu, kalau Real Madrid kena, kena off kejap internet sebab ramai la yang rajin nak kutuk. Kalau takde kutuk mengutuk ni tak meriah la. Jangan over sangat sudah. Chil chil je...

Kalau time team kita kena, tadah je la telinga. Jangan emosi plak.

Train ke Loughborough dan Manchester


Azam dah tolong belikan tiket keretapi secara online dari King Pancras London Train Station ke Loughborough dan lusa ke Manchester Piccadilly Station.

So kami naik dari Walthamstow terus ke Central London dan naik di King Pancras.

Perjalanan mengambil masa sejam lebih melalui kampung-kampung. Nampak ladang- ladang dan kuda meragut rumput. Loughbrough ni bak kata kawan aku, Pekan Universiti. Memang kecik je pekan dia, kalau nak tahu Leicester City la bandar besar dia.

Ala team EPL yang tengah top sekarang ni, nyesal tak singgah haritu.

Rumah member aku dengan station keretapi tak jauh, dalam 5 minit je. Dia jemput naik BMW X3 dia, murah je kata dia di sini. Merasa la jugak naik.


Tertunai juga hajat untuk melawat sahabat aku di Loughborough ni yang akan tamat pengajian  Phd nya. Selepas tu  terus bawak jalan-jalan Uni dia dan pekan Loughborough.

Kami tidor semalam dan dijamu dengan roti jala, keropok dan kek coklat. Memang lumayan. Terasa macam di Malaysia.


Esok paginya kami pun berangkat ke Manchester. Perjalanan kami dari Loughborough bermula dengan ujian pertama.

Kami tertinggal train. Lawak betul. Bukannya terlambat sampai station.

Masa train tu sampai, sebelum nak naik aku yang bijak pergilah tanya dulu supervisor tepi train tu, mana satu cabin yang aku nak naik. Sekali baru tanya supervisor tu, train terus jalan. Nasib baik tak kejar, kalau tak dah macam filem hindustan.

Cemas sekejap, supervisor tu beritahu yang train dari London tu dah lambat so dia berhenti kejap je, bukak pintu 2 saat terus tutup dan jalan. Nasib baik dia cek tiket kitaorang, dan boleh buat connecting train untuk ke Manchester di Nottingham Station.

Sampai je train ke Nottingham, kami terus cepat naik. Sampai ke Nottingham, kami terus naik train ke Manchester.. Namun datang lagi ujian, train tidak dapat berlepas sebab ada masalah signal so kena tumpang train lain.

Adui ..dah macam sardin, bayangkan kami terpaksa berhimpit dalam cabin, seat takde. So aku kena berdiri sepanjang perjalanan. Anak dengan wife duduk je atas lantai. Ada seorang minah saleh ni nak pitam sebab lama sangat berdiri. Nasib baik penumpang lain bagi dia air and suruh duduk.

Perjalanan train sering berhenti sebab diaorang  bagitahu ada masalah teknikal di stesen. Punyala lama terasa nak keluar je, sebab sesak dan penat berdiri. Sepatutnya tengahari dah sampai sekali 3:30 petang baru sampai Manchester Piccadilly.

Cadangnya nak pergi Old Trafford terus, tapi sebabkan dah gelap. Check in Travel Lodge dan berehat sahaja. Malam tu kami cari makanan, jumpa Noodle House  yang halal. Sempat jumpa student Malaysia yang kerja part time di situ.



Old Trafford Tour dan Uber

Pagi besoknya , selepas breakfast kami terus gerak untuk ke Old Trafford. Di London, kami gunakan Oyster card,  di Manchester agak pening sket nak cari station bus dan teksi. Akhirnya aku decide untuk gunakan Uber. First time guna ni, dalam CityMapper ada bagi guide dan estimate price.

Malas nak jalan jauh dan cepat, kami terus naik Uber Car ke Old Trafford stadium, Nasib baik CIMB credit card aku masih boleh pakai lagi. Yang lain dah expired.

Senang je rupanya naik Uber ni, dia akan charge terus ke CIMB credit card. So tak payah bayar cash.
Yang bestnya, first trip free. Memang terbaik.

Kami sampai awal di Old Trafford. 0900 pagi, stadium pun tak bukak lagi. Ambil gambar banyak banyak dulu pastu baru masuk untuk stadium tour. Alang-alang dah sampaikan, tiket 18 pound, budak separuh harga.

 

Adalah dalam 20 yang join sekali tour, dari Singapore, China, Finland dan UK sendiri. Tour Guide memang best, tak habis habis lawak kutuk Liverpool. Van gaal pun kena jugak.


Tour Stadium ambil masa dalam sejam. satu stadium kami pusing. Kami dibawa ke bilik persalinan , bilik media, tunnel, lalu tepi padang dan tempat vip makan. Selepas puas bergambar, baru kami meneruskan perjalanan ke Liverpool. Naik Uber car ke station Manchester untuk ke Liverpool pula.

Perjalanan berjalan lancar mengambil masa 45 minit sahaja. Sampai di Liverpool, aku cuba try Uber car untuk ke Anfield. Nasib tidak baik, sebab Uber car gagal mengesan lokasi atau aku yang bagi lokasi salah.Dah call pun tak jumpa aku jugak. Adui dia tunggu tempat lain aku point tempat lain kot.

Tak pasal kena charge jugak 4 pound walaupun tak naik. Akhirnya decide untuk naik black cab je.


Tepi jalan je Anfield ni rupanya. Beli cenderamata, ambil gambar pastu kami pulang ke Manchester. Nak tour stadium, duit dah ciput hehe. Sampai dan dapat tengok pun dah kira bersyukur dah.

Esok paginya, kami naik train dari Manchester Piccadilly ke London terus. Azam jemput kami di train station. Sempat lagi jalan-jalan ke White Hart Lane . Macam biasa, ambil gambar dan beli cenderahati.


Pulang ke Ankara

Alhamdulillah perjalanan kami di London berjalan lancar. Walaupun ada sedikit halangan, namun banyak pengalaman manis yang dikutip. Terima kasih buat rakan-rakan yang menjadi tuan rumah. Kalau ada kelapangan nanti datangla pula ke Ankara.

Flight kami ke Ankara dari Heathrow Terminal 2, jam 730 pagi. So Azam hantar kami ke airport seawal 5 pagi. Subuh di airport. yang menarik surau di Airport ada untuk semua, rumah ibadat lah kira. Ada 3 bahagian kalau tak silap, tapi yang ramainya muslim la yang datang untuk solat. Ada juga aku perasan sorang jew baca kitab dia lepak disitu.

Sampai sini dulu perkongsian pengalaman aku disini. Semoga bermanfaat untuk pembaca semua.

London semoga berjumpa lagi!













Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

2 Responses to "Lawatan London 2016 : Dari Loughborough ke Manchester"

  1. Tour From Loughborough to Manchester is very exciting and we see many tourists to land at the airport just for visiting amazing places in the city.
    compare airport parking

    BalasPadam
  2. How exciting it feels while travelling from London to Manchester by train. I hope it would be quite interesting travel experience of wonderful destination.
    cheap airport parking

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar