Buat Duit dengan Movie Streaming Online?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Sedut Movie 52Mbps!

Semasa melawat Lougborough, sempat test speed internet di rumah kawan aku. Teruja sebab dia beritahu speed internet 52 Mbps dengan British Telecom (BT). Aku tryla download movie di handphone Asus Zenphone2. Size 1.2 G ambil masa kurang dari 5 minit. Wow betul betul laju ni. Aku tanya la dia, ko buat apa speed laju sangat internet ni, dia cakap sebab dah murah. Berapa puluh pound je, siap pakej dgn channel tv sekali. 

Lepas tu kitaorang tengok match streamng Chelsea lawan Sunderland di laptop tapi display di TV. Channell sukan dia tak subscribe sebab BT dengan Skysport kongsi hak penyiaran, So ada yang BT pegang, ada yang Skysport dapat. Dia cakap mahal nak subscribe 2 2. Itu yang layan XMBC online streaming. Yang kelakarnya dia asyik la keja tukar link streaming sebab bufffering dan hang. Aku cakap ai 52 Mbps pun slow ye. Hahaha



Aku ada juga install XMBC/Openelec untuk media center di Raspberry Pi 2. Tengok movie dan TV drama online memang selesa. Speed TTnet 8Mb Unlimited sahaja. Tapi kalau match live memang slow, better tengok di Digiturk sahaja. Kalau ada ambil livela. Biasa kalau Champs League kena bayar extra lagik. So tengok gol je lah kat Reddit.

Buat Duit dengan Movie Online Streaming

Kalau korang perasan trend terbaru sekarang website movie online sreaming tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Tak payah nak torrent torrent dah, tak payah nak tunggu berjam jam download movie. Yang sakit hati, dah tunggu lama download sekali copy wayang...haha siap ada bayang kepala orang lagi.

Lepas tu save dalam external hardisk. Cucuk kat TV layan ..sampai kong la external hardisk aku.

Sekarang ni type je nak tengok movie apa, semua ada online streaming. Cuma tak tahan pop up je la. Sekali klik 10 pop up keluar. Tapi orang still bertabah sebab nak tengok movie baru punya pasal. Sebab tu diorang boleh buat duit dengan website movie online ni, sebab demand ada. Banyak advertiser yang tak kisah isu copyright website sebegini janji boleh bawak trafik.

Bayangkanla nak klik butang play pun sampai 10 kali baru movie loading. Sekali klik 10 popup keluar haha. Tidak ke mudah buat duit macam tu hehe. Jenuh klik butang close je. Yang lagi naya dia siap lock lagi, nak tengok movie kena bagi nombor telefon, ini memang kes nayala. Siapa bagi memang kena caj lah bil telefon.

Cuma Google Adsense sahaja yang strict. Sebab tak boleh letak iklan Adsense di website movie online streaming macam ni. Entri aku mengenai tengok movie online dengan unifi pun kena warning. Terus aku delete je. Nanti dia ban Google Adsense aku lagi naya.


Internet semakin pantas 

Antara sebab utama mudah buat duit dengan website movie online streaming ini ialah speed internet semakin laju dan murah. Pakej Unifi offer ada sampai 100Mbps RM 300 sebulan.  Semakin ramai yang mampu dan ada akses broadband internet di rumah. So kalau 10Mbs baru berapa kan. Itu pun dah memadai untuk streaming movie.


Size movie yang kecil, 450 MB untuk kualiti 480p atau 850Mb untuk 720p. Bila size kecil, lebih stable untuk streaming online. So takde la buffering atau lambat loading movie.

Untuk tingkatkan lagi trafik dari media sosial, diorang ni siap ada fanpage lagi di FB. Hebat kan.... yang aku pelik pihak FB tak ban pulak. Selagi tak ada orang complain selamat la kot.

Yang lagi advance, join Telegram channel. Aku pernah join nak tengok boleh ke download movie guna Telegram ni. Admin upload movie di Telegram. Telegram akan bagi link khas, lepas tu user boleh download terus movie dari situ. Yang ni memang takde iklan. Direct download terus. Boleh jam handphone, kalau storage besar takpe la. Kalau memory card setakat 8 Gig baik tak payah la.

Aku bijak sket,pakai Telegram Desktop. So download di laptop terus so memang laju dan stable speed dia. Kalau kat Whatsapp tak boleh buat sebab limit 16 Mb je file boleh upload. Macam-macam betul cara nak download movie sekarang ni hehe.

Nak buat duit online pun macam-macam cara. Semuanya atas kita. Bukan susah pun nak setup website movie online streaing macam tu. Beli domain dan hosting. Setup wordpress cari template yang cun dah siap. Untuk content korang download je movie dari website-website yang sedia ada hehe. Larat ke...eh boleh kan internet dah laju.

Tapi AWAS..

Betul memang boleh buat duit tapi....ada tapi dia.

1. Anda mungkin boleh didakwa. SKMM dan KPDNKK boleh datang rumah, sebab ada kes dah sebelum ni. Jangan main-main. IP sekarang Cybersecurity boleh trace. Lainla korang memang hebat macam Hacker dalam Mr Robot. Guna proxy di Estonia, China la. Bila kantoi je terus musnahkan hard drive, CPU dengan Keyboard pun dia bakar haha.

2. Domain dan website akan di ban. Banyak la contoh, yang besar maybe piratebay. yang kecik kecik ni lagi lah banyak. Penat-penat setup kena ban macam tu sahaja. Sedih oo

3. Rezek tak berkat. Ini malas la nak ulas panjang sebab tak layak nak komen lebih-lebih. Tapi ustaz pun banyak pesan cari yang halal. Sebab rezeki ada di mana-mana janji usaha. Kalau rezeki tak berkat ni memang macam-macam masalah yang akan menimpa. Duit banyak pun tak bahagia.

Bnayak lagi cara yang mudah dan selamat untuk buat duit secara sambilan. Jual nasi lemak boleh, jual aiskrim boleh. Kalau segan nak meniaga, boleh juga buat duit dengan affiliate. Kalau tak tahu boleh belajar dulu. Download dulu ebook percuma, tengok video di Youtube. InsyaAllah banyak yang akan sudi membantu.

Author Problogger, Darren Rowse dalam satu sesi soal jawab di FB live ada menyarankan agar bermula dengan affiliate untuk buat duit secara online. Dia personally bermula dengan Google Adsense, tetapi sekarang tidak lagi.

Mungkin dulu orang belum ramai tahu lagi tentang buat duit online, tapi sekarang pakar IT semakin ramai. Aku pun dulu bermula dengan Adsense, memang masyuk income tpai sekarang sudah slow. Sekarang baru nak berjinak-jinak dengan affiliate.


Percaya tak kalau aku bagitahu ada yang dah buat ratusan ribu dengan affiliate di Malaysia sahaja. Tak percaya boleh tengok video di bawah.



Untuk info lanjut tentang video tersebut boleh rujuk di sini

Kalau rasa buat duit online dengan affiliate di Malaysia tak cukup global boleh buat duit dengan Amazon atau pun Clickbank. Pilihan di tangan anda.

Janji minat secara mendalam dan sentiasa fokus. Kalau banyak sangat nak buat tak jadi juga. Trik dia fokus dulu pada satu-satu cara untuk buat duit online. Bila dah masyuk baru boleh jumpa untuk cara yang lain.
Tapi kena ingat, bukan dalam sekelip mata je boleh buat duit terus. Tak thrill la macam tu hehe. Yang penting jalan dipilih kenalah selamat dan berbaloi. Tidak guna jika melabur beratus-ratus malah ribuan ringgit tapi akhirnya website kena ban atau kena block sebab copyright issue.

Selamat mencuba...

 

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

1 Response to "Buat Duit dengan Movie Streaming Online?"

  1. haha memang betul tu movie ni memang semua orang cari, sbbnya ada tak sempat nak pergi wayang...ada pulak kerja mmg terlepas selalunya... jom singgah website movie online ambo.. Sini ambo upload movie hollywood movie melayu database semakin hari semakin bertambah cuma drama melayu je belum upload... tq ye tuan rumah kasik komen sini

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar