Cash Out Adsense April 2016 ke Maybank Isteri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Alhamdulillah, bulan April lepas cukup earning duit Google Adsense untuk di cash out kan. Lama jugak mengumpul baru cukup USD100.  Last dapat August tahun lepas. Oklah tu pelan pelan kayuh orang kata.

source http://www.401kcalculator.org/


Cuma kali ini aku memilih cash out Google Adsense cara automatic transfer to bank. Di mana Google akan transfer terus ke akaun pilihan kita. So aku dah tukar ke akaun Maybank isteri. Sebab apa akaun Isteri, hehe. Panjang kisahnya...sebab apa letak nama isteri boleh baca entri sebelum ini. 



Sebelum ni, biasa aku cash out guna Western Union. Google akan bagi MNC number atau pin number, lepas tu pergi bank isi borang Western Union. Memang agak leceh sebab kadang-kadang system offline la, kadang-kadang logo western union ada tampal di dinding bank tapi staff bank bagitahu tak boleh nak uruskan. 

Pengalaman Cah Out Adsense di Bank 

Tahun lepas kebetulan berada di Malaysia so masih cash out guna Western union lagi. Sebab tak berapa konfiden wire transfer direct to  bank ni. Buatnya silap swift code, lagi susah nak claim nanti. Tapi pengalaman nak cash out dengan Western Union di bank ni memang macam-macam. Sebab pelbagai soalan yang akan di tanya oleh pihak bank.

Pengalaman masa nak cash out di Tangkak, memang mencabar. Macam-macam yang dia tanya, sampai assistance manager datang monitor. Antara soalan dia ;-

  1. Macam mana Google boleh bayar pada Puan
  2. Boleh dapatkan pas kerja tak (Tak cukup dengan IC)
  3. Kami nak nombor telefon Malaysia (Aku dah cakap, kami duduk Turki. Nombor telefon turki je ada)
  4. Dalam form aku isi payment dari Google, tapi dalam surat dari Google Adsense cakap Google Asia Pacific. Itu pun diaorang tanya.
  5. Last boleh buat duit online yer dengan Google hehe
Aku tengok memang takde harapan dah nak dapat duit ni. Lama sangat prosesnya. Padahal kalau aku transfer duit pakai Western Union ke adik aku dari Turki ke Malaysia, senang je. Tunjuk IC dah boleh cash kan duit. Janji nama dalam sistem sama dengan IC. 

Sejam jugak menunggu, sempat sembang dengan assistant bank tu. Sekarang ni ketat sket urusan dana wang dari luar ni, dia cakap. Lebih-lebih lagi sejak isu donation 2.6 Billion haha. Nka jugak kaitkan. 

Aku cakaplah saya punya 100 USD jerrr. Dia takut nanti pihak audit query macam-macam sebab tu banyak sangat maklumat yang diminta..

 Akhirnya dapat jugak 100 USD dari bank tersebut. Exchange masa tu Dollar masih tinggi so dapatlah RM400 lebih. Hampir je aku nak sedekah budak kat kaunter yang uruskan proses cash out adsense aku, kang  assistant cakap apa plak. Kesian dia budak baru, ramai yang tolong nak prepare kan.

Kebetulan pula cash out Adsense melalui Western union di Turkey tidak available so memang terpaksa la pilih option untuk cash out bank transfer. Ternyata bank transfer pilihan bijak. Cuma ambil masa 2 3 hari bekerja, terus duit masuk akaun. So tak payah nak pergi bank, kena soal selidik dengan pekerja bank, isi borang dan photostat ic bagai.


Kemon Lankapo!

 So lepas ni kena tingkatkan usaha untuk menulis lagi banyak dan berkualiti. Masalah aku bila nak menulis ni ialah selalu hilang fokus. Selalu fikir kalau tulis pun bukan ada orang nak baca. Banyak sangat fikiran negatif. Akhirnya malas, ada je alasan kalau nak buat entri.

So sekarang kalau rasa nak tulis, tulsi je. baca tak baca belakang kira. Kalau takde trafik pun, atl east bila dah tua nanti boleh baca...(macam muda lagi pulak hehe)

Duit Adsense tu pun untuk buat bayar kos domain dan hosting ke Serverfreak. Macam tahu-tahu je baru lepas dapat duit dari google Adsense. Terus renew untuk 2 tahun hehe. Memang dari mula berhosting dengan Serverfreak ni. Servis memang tip top.

Harapan selepas ni lebih cepatlah nak cash out ADsense. Caiyokkk!


Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

1 Response to "Cash Out Adsense April 2016 ke Maybank Isteri"

  1. aku ada cadangan bro.hahhaha..kalau ko malas sangat ko cari agc atau ko copy artikel melayu pastu translate bi ke bing translate

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar