-->

Diabetes Musuh Negara, Saya Benci Diabetes


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Sakit Kepala Punya Pasal



Bulan lepas aku kena sakit kepala, 2 3 hari masih tak baik lagi. Walaupun dah telan panadol. Risau jugak, biasa kalau dah makan panadol lepas tu ok. Kali ni lambat pulak, mula la fikir yang bukan-bukan. Takut kolesterol naik, aku dahlah suka makan kacang pistachio. Tiap minggu mesti beli depan masjid. Sekilo 40TL dalam RM60 kalau tukar duit Malaysia.  Sambil tengok TV sambil makan, kejap je dah habis. Sampai terkopek dan berdarah kuku sebab nak bukak kulit dia yang keras tu. 

So kitaorang pun pergilah klinik untuk checkup. Aku tanya doc untuk check darah takut kolesterol ke naik. Aku ingat amik darah terus boleh tahu result macam test gula dalam darah. Sekali bukan, sampel darah yang diambil kena pergi lab dulu test, dan ambil masa 2 3 hari. Doc pun suruh ambil sekali sampel air kencing. 

Risau punya pasal ikut je lah. Lagi pun dah lama tak pernah check darah sejak duduk sini. Last check darah masa klinik kesihatan datang buat checkup percuma di area precinct 5. So better check semua. 

Alhamdulilah result keluar semua ok,Kandungan gula dan kolestrol normal.  Cuma ada kurang vitamin D dan asid urik ada tinggi sikit. So sekarang ni aku makan Omega3 tablet dan kurangkan makan dalam tin. Terus aku tanya member aku yang ada Gout, apa pantang makan. Dia muda lagi dah kena, masa zaman University lagi. Aku ingat lagi nak amik exam pakai tongkat. PElik jugak sebab sebelum ni ok je. Nak kat baru lepas eksiden takde. Dia cakap kaki dia tak boleh pijak lantai, sakit. Masa tu baru tahu dia ada gout. 

Aku baru perasan 2 3 hari sebelum sakit kepala, aku layan marathon drama VIKING 4 season, tidor lambat sampai 2 3 pagi. Sakit bukan lepas tu, 2 3 hari lepas tu baru tiba-tiba sakit kepala. Peringatan untuk diri sendiri, tido dan rehat kena cukup. Kalau tidak sakit kepala datang. 


Gula Oh Gula


Bercerita mengenai kesihatan ni , aku kena ambil berat bab gula intake sebab tahun lepas ibu jari kaki mak aku dah kena potong. Itu pun nasib baik cepat, kalau tidak kaki yang kena. Diabetes atau kencing manis ni memang boleh kata semua adik beradik belah mak aku ada. Even adik aku baru ni mengaku dah ada sakit kencing manis. Masalahnya bila nak makna ubat macam-macam, buah pinggang pulak masalah.

Kesian mak aku, baru ni doktor dah suruh buat dialysis.  Memang jahat kencing manis ni, daging kaki mak aku pun kena buang sebab kuman dah merebak. Habis kena korek, aku pun tak sanggup tengok kaki mak aku masa tu. Sedih tengok dia. Sekarang baru dah ok sket, itu pun amik masa berbulan-bulan untuk sembuh.

Semua punca sebab makanan. Alhamdulillah di sini tiada Milo ais, Teh tarik , nasi lemak, air buah. Walaupun nak minum, tapi terpaksa tahan sebab memang takde untuk di order. Kalau tak weekend jer, pekena teh tarik milo ais kedai mamak. Di sini air suam je la minum. Balik Malaysia baru dapat merasa. Itu pun baru perasan, selama ni duduk di Malaysia minum air manis sahaja. pagi teh tarik, tengah hari milo ais, malam jus buah. Dah biasa minum air suam je, kalau tak dulu air suam ni macam kedekut je rasa kalau order hehe.


Cuma di sini, orang Turki ni kuat minum air gas, Coke especially. Tengah hari pun minum coke, aku memang tak biasa minum air bergas ni. Sakit perut tengah hari minum air gas. Nasi pun diorang makan, tapi side dishes je lah, main course dia orang roti. Nasi satu mangkuk kecik je. So nasi memang kurang juga makan di sini.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan lebih 3.5 juta penduduk Malaysia adalah pengidap Diabetic. Jumlah ini ternyata amat membimbangkan. Diabetes ni adalah pintu kepada sakit-sakit yang lain. So kerajaan dah boleh declare kencing manis ni musuh negara. Setuju tak? Kita masih kurang kesedaran tentang gula intake dalam pemakanan rakyat Malaysia.


So beringat lah sebelum kena, kalau dah kena memang makan ubat je lah. Susah nak baik. Kawal makan dan minum kita dan selalu lah exercise. Jogging ke berkebun ke janji keluar peluh.

Percayalah, bila dah takde satu jari kaki, Nak jalan pun susah, tak seimbang, Itu baru satu jari potong. Pesanan untuk diri dan masyarakat, sayangilah tubuh anda jangan ikut sedap tekak je. Nak pakai lama lagi.

Jom bersenam. jangan malas asyik nak main fb je. Peluh kena keluar untuk bagi badan cergas dan minda cedas. 



Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

2 Responses to "Diabetes Musuh Negara, Saya Benci Diabetes"

  1. Kalau kat Turki, banyak buah buahan superfood kan, mcm delima. Suami saya pun keturunan diabetes, dia makan produk superfood tu terkawal la sikit bacaan gula dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu puan. Saya pun selalu jugak makan delima. wife pun selalu pantau pemakanan saya. Minum air manis sket je dia dah bising.

      Padam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar