-->

Kisah Ular Hijau Masuk Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Bila baca kisah ular di Malaysia patuk pelajar sekolah, teringat aku kisah ular masuk rumah aku di kampung. Masa tu aku ada kerja di Johor so seperti biasa akan singgah kampung. Tengah sembang dengan mak dan adik di depan rumah, terdengar ayah aku tiba-tiba menjerit dari dapur.

Ular sekadar gambar hiasan hehe

Terus aku berlari ke dapur, rupanya abah terperanjat sebab ada ular masuk dari tingkap depan sinki dapur. Waktu tu pulak, abah aku tengah basuh tangan, terperanjat sampai tak boleh nak buat apa-apa.

Abah aku cakap ular tu dah naik atas kabinet dapur. Aku terus ambil kayu dan jolok atas kabinet tu. Takde pulak ular keluar. Lepas tu aku ambil Ridsect untuk spray, abis atas kabinet tu aku spray. Aku ada baca kalau nak bagi ular ni keluar spray Ridsect, nak bagi dia pening la kononnya. 

Lama tunggu, takde jugak ular menjengah. Pelik jugak aku, mana ular ni pergi. Aku dah la seriau dengan ular ni. Aku pun amik kerusi panjat nak tengok atas kabinet tu. Sambil pegang kayu, takut jugak dia tiba-tiba patuk. Sekali bila tengok memang takde atas tu. Tak tahu mana dia pergi.

Mak aku dah call bomba dah risau. Bomba pulak suruh halau dulu. Puas jugak pikir celah mana pulak ular ni menyorok. Tak lama lepas tu, tiba-tiba ular hijau muncul dari tepi kabinet dapur tu. Dia dah tak tahan kot sebab banyak aku spray. Dia menjalar dan terus keluar ikut tingkap. Ular daun rupanya..tapi seram jugak. Takut ular lain yang ada bisa. 

Abah aku terus bunuh kat belakang. Geram punya pasal sebab terperanjat hehe. Belakang rumah mak aku memang ada kawasan semak terbiar. Tapi ada pagar. Apa pun syukur hanya ular biasa, kalau ular tedung @ King Cobra haa tak ke naya. Sekali dia sembur. 

Hampir di patuk King Cobra

Dulu masa duduk di kem Majidee JB, aku hampir nak kena patuk dengan ular tedung ni. 

Masa tu pekerja am di kem baru lepas potong rumput, aku pulak baru balik dari Shah Pekan dengan kawan. Kami berdua berjalan menyusur kawasan berumput untuk ke kuaters rumah aku. Tiba-tiba dengar bunyi benda  mendengus tepi kami dari dalam semak. Lepas tu nampak ular hitam dah kembang kepala nak patuk, apalagi terus langkah seribu. Nasib baik sempat lari. Memang tak boleh lupa sampai sekarang..kalau lambat memang arwah lah.


Apa pun berhati-hati lah yer, musim panas ni. Ular boleh muncul tiba-tiba. Kalau parking kereta, pastikan jangan bukak besar sangat  tingkap tu. Kalau tak ada pulak yang nak menumpang sekaki.



Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Kisah Ular Hijau Masuk Rumah"

Catat Komen

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar