-->

Anak Ular Sawa Masuk Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,




Nampak Tak ?

Sebelum ni kan aku ada cerita pasal ular hijau masuk rumah. Minggu lepas, sebelum subuh adik aku dikejutkan dengan bunyi bising di belakang almari TV. Frame-frame gambar habis jatuh.
Mula-mula ingat tikus atau kucing ke masuk dalam rumah. Sekali bila bukak lampu tengok anak ular sawa batik.

Kelam kabut jugala pagi tu, terus adik aku call abang bomba untuk tangkap sambil beri description tentang ular tersebut. 

Nasib baik anak ular je. Dia tak agresif. Duduk situ je rilek sampai abang bomba datang tangkap. ABng bomba tangkap pakai tangan je. Hehe.kalau aku tidak la.

Dulu ular hijau boleh la, halus macam lidi je. Tu pun bapak aku yang halau.

Thank You bang bomba. Subuh subuh pun sanggup datang.

Abang bomba cakap ini anak ular sawa sesat. Belakang rumah tu memang kawasan semak.

Mak aku la bising sebab tak tutup dengan kain buruk pada pintu. Nasib baik anak ular. Kalau anak ada mesti ada emaknya kan...hehe risau  jugak aku.

Tu kitaorang dah pesan supaya adik aku tutup pintu rapat dengan kain.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

2 Responses to "Anak Ular Sawa Masuk Rumah"

  1. Alhamdulillah tiada perkara buruk yang berlaku. syukur.

    BalasPadam
  2. Anak ular takpa, jangan mak bapak ular..umah kami ada juga la kena serang dengan ular ni..sebab mencari ayam kan..tapi ayah la heronya

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar