Jom Belajar Buat Duit dengan Youtube

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sejak dari Youtube Ultraman Ribut aku kena ban.  Aku memang slow sket fokus buat video dan upload di Youtube. So pendapatan dari Adsense pun memang macam siput la jawabnya.

Takde mood orang kata. Kalau tak rajin jugak aku buat capture screen video sambil main game di internet browser atau di handphone. Malas nak start balik, buat akaun baru, upload satu satu video. 

Sampaila aku terbaca promosi DuitVideo ni oleh Gobala dan Wazeen. Mula-mula tu berat jugak nak beli sebab aku rasa aku dah tahu semua dah pasal Adsense dengan Youtube ni. Takbur pulak

Biarlah dulu...

Tengok kat FB ramai pulak promote. Fikir-fikir balik, alah beli je la. Mana tahu boleh dapat ilmu baru. 

Lagi pun banyak masa free, baik layan online training tentang nak buat duit dengan Youtube ni. Mana tahu idea baru boleh datang ke. 

Lagi pun sakit hati pasal akaun Youtube kena ban tak hilang lagi. Geram punya pasal baik tambah ilmu tentang Adsense dan Youtube. Harga belakang kira. Beli yang advance punya tu sebab nak dapat bonus dan resell right.

So sekarang ni rutin harian aku, pagi bangun awal layan video Gobala dulu. Kena bangun pagi sebab kalau lambat nanti banyak ganguan, susah nak fokus hehe.

Ada 24 Video, start dari basic bukak akaun google dan Youtube, apply Google Adsense, Kajian trafik dan cara untuk buat video yang awesome.

Gobala juga ada tunjuk contoh Youtube Chanel yang dia buat dan cabaran yang diterima untuk buat duit dengan Youtube. Hati kena kering dan kreatif. Kena bijak pilih topik untuk mudah menjana produk affiliate yang related dengan video kita. Komen negatif dari viewers juga boleh merencat semangat untuk buat video ni sebenarnya.

Ilmu Baru


Awal-awal layan video buat duit dengan Youtube, aku rasa alaa ini semua aku dah tahu..sampailah sentuh bab analytic video Youtube .Gobala ajar tentang analytic dislike dan like pada video kita. Kita kena selalu monitor like and dislike yang kita terima...

Aku termenung kejap...shh..t kat sini lah staitistik  yang kita boleh tahu kalau video kita orang tak suka.

dan antara sebab utama akaun Youtube aku kena BAN dengan Google. Alasan Google video aku yang lama-lama banyak dapat dislike.

Mana lah aku nak perasan sebab video dah banyak. Aku ingat analytic tu untuk tengok view dengan duit je. Kat sini ilmu baru yang aku dapat.

Satu lagi ilmu baru ialah pentingnya video thumbnail. Thumbnail Yotube video sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam mendapatkan trafik, like dan subscriber.

Kalau thumbnail biasa je, tak de sapa nak klik. Thumbnail pun ada kena info dan gamba yang awesome
ada software khas percuma dan mudah untuk create thumbnail yang da bom

Banyak lagi ilmu yang dapat, antaranya trend terbaru Youtube 2016, cara untuk tarik trafik dan subscriber serta cara untuk deal dengn supplier untuk dapatkan produk free untuk di promote di video.

Berlapang Dada 


Kalau ingin menimba ilmu baru kena berlapang dada dan keluar modal sikit. DuitVideo dengan Youtube ni memang sesuai untk buat newbie belajar secara online. Penyampaian yang santai dan mudah faham.

Satu lagi kalau kita buat video, selagi ada dalam Youtube ni selagi ada view..selagi tu la akan ada pendapatan pasif kita. So do not worries.

Yang penting content video adalah original. Record video sekarang bukan macam dulu kena ada videocam atau camera mahal. Pakai smartphone pun boleh. Upload dan edit di Youtube.

Jom record video anda sekarang :)



Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

1 Response to "Jom Belajar Buat Duit dengan Youtube"

  1. salam jumaat
    belajar ada banyak cara inilahs alah satunya kalau malu cuba memang rugi ya..

    BalasPadam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar