-->

Jom Main Liga Fantasi English Premeir League 2016/2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,





Liga English Premeir League (EPL) secara rasmi telah membuka tirai pada 13 Ogos 2016. Persaingan 2016/2017 kali ini lebih rancak dengan pembelian Paul Pogba dan King Zlatan oleh Manchester United. Maklumlah Jose Mourinho berbelanja besar (149 Juta Pound) untuk mendapatkan player berkualiti. Eric Bailey 30M, Henrikh Mkhitaryan 30M, Paul Pogba 89M. Nasib baik Zlatan Ibrahimovic free.

Mungkin juga untuk menepis badi manager MU yang sering dipecat setelah era Sir Alex Ferguson. Top manager dari Eropah turut sama menghangatkan liga EPL Pep Guardiola dan Antonio Conte yang pernah memenangi pelbagai kejuaraan Eropah bersama Barca, Bayern dan Juve. Memang best.

Tujuan aku bercerita pasal bola EPL tiba-tiba ini bukan apa. Aku nak ajak korang join Fantasy Premier League. Aku dari dulu memang suka main game fantasy ni sebab boleh menguji dan mengasah minda tentang bola sepak. Tapi tak pernah yang fokus sampai habis. Biasa sampai pertengahan musim je pastu dah malas nak tukar dan analisis player. Haha..

Hadiah Lumayan

Sekali bila tengok hadiah, memang lumayan. So rugi la pulak kalau tak fokus betul-betul. FPL ni senang ajer nak main. Pilih 15 player, 2 GK, 5 Defender, 5 Midfield dan 3 striker dengan budget 100 Juta. Nak main percuma aje, just click untuk register.Tak menang overall pun takpe takkan dalam 38 minggu tak menang sekali pun hehe.

Disinilah pengetahuan anda tentang bola dan player akan diuji. Semua orang akan dapat bajet yang sama. Tak payah beli  gems atau coins macam COC atau Clash Royale untuk upgrade cepat player. Kita tak payah nak training untuk upgrade skill semua.

Cuma kena pandai pilih player yang akan perform di padang. Point akan diberikan pada yang score, assist, clean sheet dan bemain 60 minit pertama. Point juga akan ditolak jika kena kad, bolos gol dan miss penalti.

Boleh rujuk sini untuk syarat penuh pertandingan.

Team Game Week #1 (GW1)

Untuk minggu pertama, pilihan kesebelasan utama aku, HAMBAR!. Point tak berapa nak ada.

Antara sebab utama ialah aku sangat yakin dengan gandingan trio Leicester City iaitu Fuchs, Mahrez dan Vardy untuk membelasah Hull City yang player utama ramai injured, manager takde (Steve Bruce walk away). Dalam hati confirm menang besar ni, aku siap pilih Vardy untuk jadi captain lagi sebab confident dia akan score banyak dan point akan double jika captain.


Nampaknya harapan untuk menang besar hanyalah palsu belaka. Bukan saja tak menang besar siap kalah lagi aduii. Betullah ramai yang menyatakan ketiadaan Kante yang dijual kepada Chelsea merencatkan permainan Leicester City. Naisib baik Mahrez dapat score penalti, kalau tidak memang point lagi teruk.

Untuk mendapatkan Clean Sheet, aku memilih player dari team MU dan City. Defender, Stone dan Valencia manakala GK, de Gea. Nasib tidak baik juga sebab kedua kedua team bolos.

Pilihan Midfield tertumpu kepada Redmond dan Tadic STH serta Firmino LIV. Hanya Redmond berjaya menyumbat gol dan mendapat 10 pt. Firmino tidak bernasib baik, walaupun Liverpool berpesta gol 4-3 Arsenal, beliau gagal untuk assist atau menyumbal gol. Tadic juga tidak membantu walaupun hanya Watford.

Pilihan striker pula, a must have tentulah Aguero yang ternyata tidak mengecewakan. Walupun satu gol penalti, mungkin beliau belum panas lagi. 

Pilihan backup striker aku ialah Andre Gray, top scorer liga championship season lepas dari Burnley. Masih belum dapat menjaringkan gol untuk game menentang Swansea.

Total point untuk GW#1 43 pt sahaja. Permulaan yang agak mengecewakan. Menyesal sebab aku dah letak Zlatan Ibrahimovic tapi tukar sebab nak bagi midfield yang balance. 

GW#2 Harap Lebih Bernasib Baik

Untuk persediaan game week#2, tiada pertukaran akan dilakukan sebab aku nak lihat dulu prestasi sebenar pemain. Terutamanya Vardy, Firmino dan Mahrez. Tapi dalam shortlist sekarang ni Zlatan Ibrahimovic mungkin akan dipanggil masuk menggantikan Gray. Aku memang takde faveret mana-mana player sebab bukan FAN team EPL. So pilihan pemain adalah berdasarkan merit haha

Kita bagi peluang satu kali lagi pada semua pemain untuk membuktikan mereka layak dalam skuad saya. Hahah ayat poyo je...

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Jom Main Liga Fantasi English Premeir League 2016/2017"

Catat Komen

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar