-->

Pokemon Pokemon Jugak


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 



Biasalah kan bila game dah popular, trending masakini mestila aku pun nak try. Nak tengok apa yang best sangat Pokemon Go ni.

Walaupun macam-macam fatwa dah keluar kat Malaysia. Di Turki macam takde plak masuk berita. Kurang popular rasanya di sini. Aku ada nampak budak-budak je yang main. Bapak and mak budak takde lagi, aku je la kot haha.


Masa bulan puasa aritu, aku cakap kat anak aku, papa cuti Clash  Royale sebulan hehe. Selepas raya ni baru install balik.

Tapi ni dah ada Pokemon Go,so COR kena cuti lagi.

Pada aku Pokemon Go ni popular sebab dia ada elemen baru iaitu GPS location dan Augmented Reality (AR). So kita kena banyak berjalan untuk tangkap pokemon ni. Kena pergi Poke Stop untuk dapat Poke Ball free dan Gym untuk lawan Pokemon Master yang lain.

Mula-mula tu memang teruja, tangkap pokemon ni. Biasa aku pagi-pagi pukul 730 cari pokemon. Singgah pokemon untuk top up poke ball. Sambil jalan sambil cari pokemon. Bila dah jumpa tu tengok dulu keadaan sekeliling. Takut ada orang tengah jalan belakang ko tetiba berhenti mau kena maki.

Nak nak pulak yang tengok bawak anjing berjalan, tetiba ko berhenti nak tangkap pokemon, mau kena gigit dengan anjing. Dahla anjing sini besar besar.

 Anjing liar pun banyak berkeliaran di area sini. Ada group yang jinak tapi ada jugak group anjing liar yang garang. So kena hati hati.






Pagi pagi kalau jalan sini ok, lengang sikit. Area aku ni memang kawasan embassy so tak ramai orang.

Apa Yang Tak Best


So aktiviti menangkap pokemon aku ni adalah berajalan selama 2 minggu. Lepas tu dah boring dah. Antara sebab game Pokemon Go ni tak best :

1. Tutorial cara main game ni tak detail dan confuse. Cara untuk main tiada diterangkan. Contoh macam game Clash Of Royale dari Super Cell. Ko akan di ajar cara untuk lawan dan upgrade card. Even COC pun senang je faham. Ko boleh lawan dulu dengan komputer untuk prektis skill dan battle card.

Pokemon Go ko kena google dulu. Pastu takde bagi tutorial pun nak tangkap pokemon ni macam mana. Cara baling, cara nak upgrade.

2. Pokemon Ball yang limited. Ini paling menyampah. Pokemon Ball pun nak berkira. Ada yang senang nak tangkap pokemon ni. Ada yang dah tangkap boleh terlepas lagi, kena baling banyak bola baru dapat. 

Kalau nasib tak baik, sampai sudah tak dapat. Menghabiskan bola je. Lepas tu nak top up bola free ko kena pergi pokestop kalau dekat takpe la. Kalau tak ko kena beli. Pandai nak duit diorang ni.

Bila bola dah takde, macam mana nak main lagi.


3. Nak power up pokemon kena pakai stardust, nak evolve kena pakai candy plak. Complicated

4. Bila nak lawan kena pergi Gym dia. Kalau dekat takpe la. So kerja ko cari pokemon je la. Kalau Clash Royale kat mana-mana pun boleh lawan real time. Boleh kutuk-kutuk lagi hehe.

5. Tak semua tempat ada pokemon ni, kalau tidak macam apa je jalan sambil pegang dan tengok hp. Haha macam tak betul pun ada.

Jangan Buang DUIT Main Game

So kepada yang nak try main Pokemon Go tu lupakan je la. Baik korang belajar buat duit dengan video lagi berfaedah. Duit pasif pun dapat, takde la kena kutuk dengan member-member.

Pada aku COC dan CR lagi best. Kalau dah kumpul semua pokemon pun bukan boleh buat apa. Lagi pun aku baca dah ramai uninstall sebab game ni boleh cheat. Haha macam-macam.

Lagi satu pantang dia main game kat phone ni, jangan sesekali ko BELI items. Sebab sekali ko dh beli haa memang ketagih sikit sikit dia ambik duit ko. Lama lama beratus beb habis.

Semenjak COC aku dah insaf dah, main game tak akan beli dah. Nyaris juga nak beli bola pokemon hari tu.

Sebab syarikat gaming ni untung berjuta juta USD setiap hari dengan jual benda-benda ni. Main untuk suka-suka tak apalah, Kalau dah ketagih sampai beribu habis memang jatuh HARAM la.


Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

2 Responses to "Pokemon Pokemon Jugak"

  1. haha..

    ingat senang ke main pokemon nih.

    hati kuat je stay main.

    haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Datang dah otai pokemon haha
      wei sana mana boleh main, Mufti tak galakkan.

      Sini tak pe hehe

      Padam

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar