-->

Update Team Fantasy Premier League GW#2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 





Minggu kedua GW#2 perlawanan EPL telah pun berakhir. Prestasi team aku, homestayledang.com boleh dibanggakan la jugak. Walaupun aku agak keciwa dengan prestasi Firmino dan Vardy. 

Jumlah point accumulated 61 points sahaja, lebih sikit dari average 57. Position pun naik sikit dalam few mini league yang aku join. OKlah tu dari GW#1.

Player Performance

Thanks to GK dan Def MU yang memberi CleanSheet. De Gea dan Valencia. Tapi percaya tak keeper simpanan aku, Jakupovic Hull GK, lebih satu point dari De Gea haha. 

Def  yang lain Stone dan Amat, dapat 1 point sahaja. City masih tidak dapat CS lagi setelah dua game. Aku tengok masih tiada persefahaman lagi antara defend City. Mungkin mengambil masa untuk serasi. 

Bahagian Midfield pula, player Soton aku tidak diberikan sebarang harapan tinggi sebab berdepan MU di Old Trafford. Tadic dan Redmond hanya memberi 4 point. 

Paling mengecewakan Firmino, harapkan mahal tapi 2 point sahaja. Masih tidak mampu melakukan assist atau gol. Mahrez juga tidak membantu tambahan  point  seperti minggu lepas kerana berdepan Arsenal. 

Barisan hadapan yang diketuai oleh Aguero sentiasa tidak mengecewakan. Dengan dua gol di Stadium of Light Sunderland. Setakat ni aku tengok Sunderland ni boleh dikatakan sebagai team lubuk. 

Kesilapan utama minggu lepas ialah meletakkan Vardy sebagai kapitan, punah point aku. Aku memilih Aguero untuk GW#2 ini dan dapatlah double point 26 plus bonus point.

Kejutan dari pada Burnley apabila berjaya menewaskan Liverpool 2-0. Satu assist dan gol, Gray memperolehi 10 point. Tidak sia-sia aku simpan. Ingat dah nak transfer out dah. 

Vardy masih kemarau jaringan, walaupun one by one dengan Chech tempoh hari. Adakah dia sudah kehilangan instinct sebagai penjaring gol berbisa. 

Adakah mimpi indah Leicester City sudah berakhir? Ramai yang berpendapat kehilangan Kante adalah punca Leicester kehilangan sengat. Ingat tak lagi prestasi Real Madrid yang jatuh apabila menjual Makelele. DM yang sering dilupakan sumbangannya.

Transfer OUT/IN

Minggu ni aku  telah berjaya kumpul 2 Free Transfer (FT). Sebab utama ialah untuk mendapatkan Zlatan Ibrahim. Player yang aku buang di saat akhir pada GW#1 sebab nak kuatkan midfield. Ambikla Firmino hari tu, menyesal betul.

Zlatan memang konsisten menjaringkan gol dari game Charity Shield lagi. Memang berbaloi baloi. 
Sorang lagi aku telah trasnfer in Capoe, macam nama aku sket skset. Lankapo haha. Sebab konsisten menjaringkan gol walaupun murah.

Aku keluarkan Vardy dan Firmino. Sebab simpan pun tak guna. Menghabiskan boreh je haha

Player yang dalam radar sekarang ialah Negredo dari Middlesbrough dan  Snograss dari Hull City. Player murah tetapi perform.

Team Hull City ni betul betul againts all odds. Dengan ramai player utama injured, Manager pun takde tapi mampu mengumpul 6 points setelah 2 game. Pada awal musim ramai yang ingat team ni akan jadi m ayam je bila masuk EPL. Ternyata sangkaan mereka meleset. 

Kita tunggu GW#3, Hull City akan bertemu dengan MU di laman sendiri. Mampukah keajaiban kali ke 3 berlaku lagi.

Tips Fantasy 

- Aku banyak daptkan info dan tips di subreddit FPL.

 Kat sini diaorang memang tido bola makan bola. Hardcore habis, semua benda diaorang kaji. Kadang-kadang boleh cloud our judgment.(Contoh: Vardy akan membelasah Hull) So ambil semua pandangan dan nilaikan sebaik sebaiknya.

App ini akan membantu analyse skuad anda. Dan estimate point yang anda akan dapat. Plus price change pun akan dikaji. Memang menarik. App ni akan suggest player yang perlu ditukar. 
- Last sekali, monitor price drop dan naik player anda. Kalau nasib baik player akan naik harga dan lebihan duit boleh buat beli player mahal di pertengahan musim. Target player yang murah tapi berpotensi. Macam main saham pulak kan haha.




Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Update Team Fantasy Premier League GW#2"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar