-->

Update Team Fantasy Premier League GW#3

Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 


Kita teruskan lagi misi FPL kita untuk minggu ke tiga. GW#3 nampaknya sangat mengecewakan. Tiada jaringan dilakukan oleh Aguerovic...hampeh 

Boleh pulak pakat tak nak score minggu ni.Penat je aku transfer in masuk ganti Vardy. Vardy pulak boleh score minggu ni. Aduyaii..nasib tak menyebelahi aku minggu ni.
 

Player Performance

Nasib baik GK dan Def dari MU dapat cleansheet. Kalau tidak memang kelaut la jawabnya team homestayledang.com ni. MU pun bernasib baik Rashford score di minit-minit terakhir assist daripada Rooney. Good job deGea dan Valencia.

Def dari Leicester, Fuchs hanya menyumbang 2 points disebabkan bolos hasil jaringan Leroy Fer walaupun bermain di tempat sendiri.

Stone dari MCity juga memberi 2 point. Kerana bolos hasil jaringan Michail Antonio pada minit 58. Selepas itu Stone dikeluarkan kerana kecederaan pada mata. Aku pun tak pasti samaada Stone akan diturunkan pada perlawanan menentang MU nanti.

Persembahan yang paling teruk ialah daripada bahagian Midfield. Tadic dan Redmond tidak mampu menyumbang mata lebih walaupun berhadapan dengan Sunderland di tempat sendiri. 4 point sahaja dari mereka berdua.

Mahrez pula lagi best, bagi telur ayam. Boleh miss penalty plak. Nasib  baik menang dengan Swansea 2-1. Kalau tidak lagi naya Leicester City.

Capoe dari Watford hanya memberi 2 point. Watford seolah kehilangan punca berhadapan Arsenal yang dibarisi pemain ternama seperti Ozil dan Sanchez. Watford tewas 1-3. Walaupun sebelum ini Capoe berasi cemerlang dengan menjaringkan gol di setiap perlawanan.

Di bahagian serangan pula, tiada apa harapan diberi kepada Andre Gray yang berhadapan Chelsea. di tempat lawan. Chelsea menang 3-0.

Harapan utama diletakan di bahu Ibrahimovic dan Aguero untuk menyumbang mata terbanyak. Harapan tinggi menggunung Kinabalu haha. Dua-dua tidak score pulak. So dua mata je la. Aguero bagi 4 point sebab Captain.

Pengajaran untuk GW#3

Position dalam mini league memang jatuh teruk. Player ni manusia jugak, ada masa perform, ada masa tak menjadik langsung. 

Ada jugak yang mention faktor umur Zlatan, dia bukan peak masa di Barca, Juve dan PSG dulu. Maybe aku kena pertimbangkan jugak tu. 

With Ozil back to Arsenal squad, memang syiok la Sanchez dan rakan-rakan. 

Kadang-kadang last week punya game perfomance tidak boleh dijadikan kayu ukur sebab anything can happen sebelum match sebenar.

Minggu ni memang midfield yang banyak dapat point. Sanchez, Willian, Sterling dan Hazard.

Transfer OUT/IN

Ikutkan hati memang nak buang je Tadic upgrade kepada Ozil atau Hazard. Tapi bila kaji balik pakai assistance manager, dia suh tukar sub defender yang tak main langsung Paredes Watford kepada Baines Everton.

Antara sebab utama ialah fixture Everton yang nampak mudah. Theoritically boleh menang or seri. Plus Baines is a penalty taker untuk Everton. 

So kita bagi peluang lagi pada dua Soton player aku. Tadic and Redmond. Lepas ni kalau misi gagal jugak, kita tukar la. 

Bukan apa risau kang aku tukar, time tu la dia score. Zlatan pulak time aku amik je time tu la tak score haha

Apa pun FPL ni orang cakap marathon, so panjang lagi. So kena cari pemain yang betul2 perform dan maintain. So kita masih mencari lagi...

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Update Team Fantasy Premier League GW#3"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar