-->

ADAB-ADAB MEMASAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Copy paste dari group whatsapp, semoga dapat memberi panduan buat kita semua.



Khas untuk Ibu2 dan Para Isteri juga Umumnya untuk semua yg memasak.....🌺❤

Memasak ni sangat penting Sahabat2.. Tok2 guru pondok kita sangat jaga bab makan sampai tak izinkan anak murid makan di luar sebab takut termakan masakan orang yang tak solat dan tak bersih sebab akan mematikan hati. Dalam kitab pun sebut bab ini

Saya dapat khidmat sebagai penyedia makanan dan memasak untuk Para Jemaah yang keluar BerDakwah di Jalan Allah

Saya nak kongsi adab2 memasak dari Kitab mudzakarah masturat. Sangat2 hebat mereka para2 isteri para jemaah Dakwah menjaga adab masakan pada suami dan anak2

1. Berwuduk dan solat 2 rakaat

2. Baca doa masuk dapur surah alkahfi ayat 10

ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ

Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yg besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami

3. Doa mengambil beras surah An-Nahl ayat 96

ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ

Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa
yang di sisi Allah adalah kekal

4. Doa cuci beras

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ ُ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi
kami makanan yang lebih baik darinya

5. Doa letak beras dalam periuk

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ

Segala puji bagi Allah yang telah mmberikan makan setelah lapar

6. Doa letak air dalam beras

ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥَ

7. Doa mengacau lawan ke arah kanan dan lawan arah jarum jam iaitu putaran tawaf
ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔٌ

Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu
selain Allah

8. Doa potong sayur dan daging ayat Al baqarah 71

ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ

9. Doa basuh Sayur
ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔٌ

10. Doa menghaluskan perencah: Surah al kautsar ayat 1 hingga 3

Kalau tak mampu buat macam ni cukuplah sekadar berselawat, baca hafazan alquran, zikir dan JANGAN bercakap hal2 dunia semasa memasak..apatahlagi buka lagu2 ketika memasak..tutuplah aurat atau berpakaian sopanlah ketika memasak..kalau nak kacau lauk atau nak rasa lauk gunakanlah tangan kanan.. InsyaaAllah

Sila amalkan untuk Keberkatan dalam keluarga. InsyaaAllah.. Supaya beroleh keluarga dan anak2 yang soleh dan solehah. Pentingnya air tangan orang yang memasak..terutamanya Ibu dan Isteri2 yg Solehah...
dakwah itu cinta

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "ADAB-ADAB MEMASAK"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar