-->

Cara Memohon Sekolah Kawalan 2017 SMKA SABK KRK dan KAA Online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 
Berita baik kepada ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke Sekolah Kawalan 2017, anda sudah boleh memohon online di Portal Rasmi KPM.
 
Anak anda hendaklah terdiri daripada pelajar tahun 6 {UPSR 2016} dan berminat dengan Sistem Pendidikan Sekolah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia {KPM}. Ibu bapa boleh membuat permohonan ke tingkatan 1 Sekolah Kawalan Menengah pengambilan tahun 2017.

Permohonan kemasukan ke sekolah kawalan 2017 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama {SMKA}, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan {SABK}, Kelas Rancangan Khas {KRK} dan Kelas Aliran Agama {KAA} dibuka dari 1 September sehingga 30 September 2016.

Cara Untuk Memohon Online


[+] Layari website >> https://public.moe.gov.my
[+] Di kotak Daftar Masuk, klik butang Pengguna Baru


 
[+] Isi setiap maklumat yang diperlukan dan wajib diisi (*)



 
[+] Setelah selesai, tekan butang daftar

[+] Satu pop-up akan dikeluarkan seperti rajah di bawah


 
[+] Kemudian klik pergi ke Halaman Utama

Cara Untuk Login Kali Pertama


[+] Pergi ke Halaman Utama
[+] Masukkan id pengguna {id mykad}



[+] Masukkan kata laluan
[+] Kemudian klik butang daftar masuk
[+] Setelah berjaya, pilih Sekolah Kawalan Menengah






Selamat mencuba...

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Cara Memohon Sekolah Kawalan 2017 SMKA SABK KRK dan KAA Online"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar