-->

Update Fantasy English Primier League GW#6 [45 pt]


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 



EPL untuk minggu ke 6 menyaksikan team MERAH dan Setan MERAH menang besar.  Terus keluar dari gua semua hehe. Kalau tidak, tak meriahla wall FB mimggu ni.

Tapi aku pulak yang kecewa sebab player MU aku tak involve langsung dalam kemenangan besar itu..

 MU menang dengan Juara EPL musim lepas Leicester City 4-1. Plus Pogba score first gol untuk MU. wow....Betullah Leicester City sudah hilang taringnya. Baik Mahrez dan Vardy sudah tidak seperti dulu. Season lepas aku letak Mahrez dengan Vardy as first eleven dalam Fantasy EPL ni. Memang berbaloi, tapi tidak season ini. 

Player harapan aku Ibra hanya memberi 2 point sahaja, assist pun takde. Tapi aku tengok balik game  tu, memang banyak try dan assist dia buat, tapi takde luck. Valencia pun sama, masih memberi 2 point.  Setakat ni tak nampak hasil lagi mamat ni.

Liverpool pula menewaskan HULL 5-1. Kad merah dilayangkan kepada Ahmed El Mohamady pada minit ke 29, so memang lauk la jawabnya. Awal-awal dah kena bermain 10 pemain. Liverpool berpesta gol di Anfield. Bila asyik kena serang, defender pun kerap melakukan kekasaran di pintu gawang menyebabkan 2 penalti di terima oleh Liverpool dan disempurnakan oleh Milner.

Prestasi Pemain Homestayledang.com

Minggu #6 ni memang serba tak kena. Dengan Kevin DeBruyne yang tetiba injured dan kekalahan mengejut Everton di Vitality Stadium menentang AFC Bounemouth. Sudahla KDB baru je dibeli minggu lepas, minggu ni dah kena transfer out. 

Paling mengecewakan Lukaku yang gagal menjaringkan gol. Sudahla menggalas tugas kapten, aduhai..terus dapat 4 point je. Rugi rugi. Lepas tu Baines boleh pulak last minute tak main sebab injured. Kena autosub dengan Robertson, which tak membantu pun sebab Hull kena belasah dengan Liverpool. 

Harapan terakhir aku Capoue, ingatkan boleh membantu bagi point lebih skit...hampeh.2 point sahaja.
Rondon yang sub pulak score dapat 8 point.

Bahagian midfield sahaja yang banyak bagi point. Sanchez, KDB dan Sterling sahaja yang cemerlang memberi mata. 33 mata disumbang. Selebihnya 12 dari GK, Defend dan Striker. Malas nak ulas lebih..sedih.. 

Dahlah 45 ni markah average sahaja untuk semua team, abis jatuh ranking aku. Cuma mini league sahaja yang masih kekal position. On the side note, bila aku tengok team yang ranking no 1 pun letak Lukaku as captain, takde la rasa sedih sangat haha. Kiranya bukan aku sorang jela yang terkena.

GK
[2] Foster

Defender
[2]McAuley
[-]Baines - auto sub [0] Robertson
[2] Valencia

Midfield
[2]  Capoue
[14]  Sanchez
[6]  Sterling
[1] Barry
[10] De Bruyne

Forward

[2]   Ibrahimovic
[4]   Lukaku (C)


Substitute
[8] Rondon
 

Perancangan Fantasy EPL GW#7

Disebabkan kecewa sangat dengan prestasi minggu 6, aku telah mengambil tindakan drastik dengan melakukan 2 transfer untuk membolehkan Aguero di transfer masuk. Lukaku terpaksa dikorbankan. KDB yang injured juga terpaksa dijual dan digantikan dengan Milner yang semakin perfom di bawah Jurgen Klopp.  

So sebab dah buat extra transfer kenala tolak 4 point, Aguero punya pasal. Ingat nak tunggu minggu depan, tapi tengok semua captain Aguero, ini tidak boleh jadi. 4 point pun 4 point la, dari dapat 4 point je dari Lukaku lagi sakit hati.

Harap Ibra dapat juga menyumbang mata kali ni menentang Stoke City.

Minggu #7 juga, chip ALL OUT ATTACK di aktifkan. So kita akan main 2 Def 5 Mid 3 ST. Antara sebab utama ialah Def aku injured dan berdepan lawan sukar. Baines yang injured dan Robertson yang menentang Chelsea. 


Foster


Mc Auley     Valencia


Barry Capoue  Sterling Milner  Sanchez


Rondon    Aguero (C)   Ibrahimovic






Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Update Fantasy English Primier League GW#6 [45 pt]"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar