-->

Update Fantasy Premier League Game Week#4 [53 point]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Selesai sudah EPL Minggu ke 4. Sesungguhnya minggu yang ada International Game di tengah minggu memang tricky dan mencemaskan. Sebab kita tak tahu player mana yang akan injured atau di benchkan di saat akhir.

Plus Aguero pulak kena ban 3 game sebab siku pemain lawan. So last minute aku terpaksa pakai cip pertama aku, WILD CARD. Ini kerana untuk benchkan Aguero yang berharga 13M untuk 2 game sangat tidak berbaloi. Duit lebih dari let go Aguero boleh beli player midfield yang lebih mantap.

WILDCARD #11

Plus, Everton mempunyai fixture yang menarik sebab itu aku memilih Lukaku sebagai striker utama pengganti Aguero untuk digandingkan dengan Ibrahimovic.

Zaza pula dipilih sebab Payet sudah kembali, diharapkan assist dapat membantu untuk menjaringkan gol menentang Watford.

Sterling, Hazard dan Sanches merupakan tonggak utama bagi team MCity, Chelsea dan Arsenal. Kalau tidak gol, at least boleh memberikan assist. Capoue pula aku kekalkan sebab nama sama haha. Bukan apa, harga dia murah dan konsisten dalam setiap permainan dalam memberikan mata penting kepada pasukan homestayledang.com.

Untuk barisan pertahanan, Baines  dari Everton dipilih sebab fixture dan penalty taker. McAuley dari WBA sebab konsisten dalam memberikan mata. Valencia MU dikekalkan sebab menantikan assist dari beliau.  Collins dari West Ham pula murah dan ada memberikan point dengan menjaringkan gol.

Untuk GK pula, aku terpaksa lepaskan DeGea MU sebab aku tengok GK lain pun walaupun harga murah tetapi memberi mata yang lebih. So aku decide untuk transfer in Foster dari WBA dan kekalkan Jakupovic Hull.


Performance Player Homestayledang.com GW#4


Biasalah kan, walau macam mana terbaik pun player yang kita pilih, resultnya hanya Allah SWT yang menentukan. Sebab kita hanya mampu merancang yang terbaik.

Kita mula dari GK, Foster hampir mengekalkan Clean Sheet (CS) tapi jaringan akhir Callum Wilson meranapkan impian untuk 6 mata. Bolos so dapatlah 3 point.

Untuk Defender, aku mengeluarkan Valencia kerana menentang MCity memang tidak akan CS. So aku menggunakan khidmat McAuley, Baines dan Collins. McAuley dari WBA menerima nasib yang sama sebab bolos dengan Bournemoth, hanya menyumbang 2 mata sahaja. William dari West Ham lagi la, 0 sebab bolos 4 dengan Watford haha.

Baines sahaja penyelamat kerana CS menyumbang 8 point menentang Sunderland.

Bahagian Midfield paling menyedihkan. Dari 3 Midfield yang mahal, Hazard, Sanchez dan Sterling, hanya 4 mata sahaja disumbang oleh mereka,

Adui..nak nangis rasa, Ingat tak aku bagitahu tadi bila ada international game, game akan lebih tricky. Sebab Sancez last minute kena bench oleh Wenger sebab tak fit. Masuk main minit ke 60.

Sterling plak persembahan tidak bertenaga, minit ke 65 kena sub. Rugi tak ambil Kevin De Bruyne (KDB). Hazard pun tidak menjadi menentang Soton. Tiada assist dan gol. Malam itu memang malam Diego Costa dengan dua gol.

Capoue dari Watford memang tidak mengecewakan. Satu gol dan satu assist. 13 point dari Capoue.
Total point Midfield yang terbanyak setakat ini ialah Capoue dengan 34 point walaupun berharga 4.6M. Murah tapi berkualiti. 

Untuk bahagian serangan, Ibrahimovic menyumbang satu gol. Walaupun banyak peluang namun tidak berjaya menyudahkan dengan baik. Mungkin tidak bernasib baik malam menentang MCity. Zaza pun tidak bernasib baik menentang Watford. Mungkin first appearance masih tidak serasi lagi dengan game Payet.

Man of the match kita tak lain tak bukan ialah Lukaku. HATRICK. Memang terbaik la. Penyelamat team aku, kalau tidak ranking jatuh teruk. Tapi satu silap aku tidak jadikan Lukaku captain.. adui kalau tidak mencanak point dah.


So total dapatla 53 point. Average point 43 untuk minggu ni. So boleh la. Midfield aku tidak perform kali ni dan kesilapan memilih captain.


Team INGAT MATI dari Malaysia telah memenangi GW#4 dengan 107 point. Ini adalah kedua team dari Malaysia memenangi FPL Week challage. Malaysia Boleh! Nama team pun insaf haha.

Teror jugak orang Malaysia main FPL ni, kalah Mat Saleh.




 

Perancangan GW#5

OK untuk perancangan minggu #5, aku terpaksa stay dengan player yang sama, sebab nak masukkan Aguero minggu depan. So bila ada 2 FT senang sikit nak adjust Aguero masuk.

Just keluarkan Collins West Ham dan masukkan Valencia MU. Minggu ni aku pilih Lukaku over Ibrahimovic untuk Captain. Harap tak silap lagi minggu ni.

Good Luck Semua..


Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Update Fantasy Premier League Game Week#4 [53 point]"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar