Hosgeldiniz 2017!


Selamat Datang 2017




Kini 2017 sudah menjelma. Umur pun sudah bertambah  semakin menghampiri kematian.

Kepulangan ke Ankara Turkey disambut dengan salji yang membeku, 19 hari di Malaysia terasakan pendek. Alhamdulillah cuti yang dirancang berjalan lancar. Cuti yang ada dimanfaatkan dengan baik. Dari Legoland ke Desaru kemudian ke Lumut. Rindu makanan Malaysia pun terubat. Dapatlah merasa semua apa yang terliur di fb dan whatsapp rakan-rakan.





Sekarang hangat diperkatakan tentang kejatuhan nilai matawang ringgit. Bukan ringgit saja yang jatuh, Lira Turki juga merundum teruk. Dari 2.9 TL utuk 1USD kepada 3.7 TL. Krisis matawang terburuk sejak 5 tahun dahulu.

Antara faktor kejatuhan Lira ialah serangan pengganas dan pergolakan politik di Turki. Ini menyebabkan Dollar Amerika menjadi idaman ramai untuk dimiliki. Tidak kira secara online atau offline. Kalau online tentulah dengan Google Adsense. Yang penting ada cerita dan pembaca, insyaAllah ada hasil.

Ramai para pelajar yang sudah menceburi bidang menjana pendapatan online ini. Capaian internet semakin mudah sekarang. Mungkin keterujaan menjana pendapatan online dengan Google  Adsense ini menyebabkan kerajaan melalui SSM memberikan pendaftaran secara percuma untuk pendaftaran syarikat. Menarik bukan.

Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan 

Permohonan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan ini akan dikuatkuasakan dari 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2026. Para pelajar di IPT tempatan boleh mendaftar perniagaan secara percuma. SSM memperuntukkan geran sebanyak RM 10 Juta untuk 10 tahun.

Berikut merupakan syarat-syarat bagi skim di atas:

1) Pemohon adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;

2) Sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran di dalam negara;

3) Permohonan yang boleh dipertimbangkan adalah bagi satu pendaftaran perniagaan baharu untuk tempoh satu tahun sahaja bagi setiap pelajar di sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini;

4) Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (rakan kongsi hendaklah terdiri dari kalangan pelajar sahaja); dan

5) Pembaharuan pendaftaran perniagaan setelah tamat tempoh setahun akan dikenakan bayaran seperti biasa.


Bagi melaksanakan skim ini, proses pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut:

1) Permohonan hanya boleh dikemukakan melalui kaunter perkhidmatan pendaftaran perniagaan SSM di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut;

a) Kad Pengenalan;
b) Dua (2) salinan kad pelajar yang masih dalam tempoh sahlaku; dan
c) Salinan asal surat perakuan pelajar IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke [email protected]
'PERNIAGAAN ADA BERMULA DI SSM'


Untuk makluman, pendaftaran percuma ini adalah terhad untuk Enterprise sahaja. Biasanya akan ada fee sebanyak RM 60 setahun dan cetakan maklumat RM10.60. Kedua fee ini adalah percuma. Tiada insentif modal diberikan. 


Pengalaman sendiri mendaftar SSM

Dulu semasa bekerja ada jugak cita-cita untuk buat company sendiri. So pergilah register company enterprise di SSM Putrajaya di Bangunan KPDNKK.

Mudah sahaja. Isi borang, beri 3 pilihan untuk  nama syarikat dan bawak  salinan kad pengenalan  rakan kongsi anda. Lepas tu senaraikan aktiviti perniagaan yang bakal anda jalankan. Letak je dulu apa yang anda nak berniaga.

SSM akan check nama syarikat, kalau tiada lagi dalam database, so boleh lah guna. Lepas tu bayar pendaftaran dan print sijil SSM.

Tapi itulah, sempat daftar je bisnes tak jalan pun haha. Mungkin belum rezeki lagi.

Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Hosgeldiniz 2017!"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar