Youtube Buat Gila Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Add caption

Semalam saya menerima email dari Youtube, sebelum klik dan baca ..dalam hati...hmm agak dah.

Youtube beritahu yang selepas 20hb Feb ini saya tidak layak lagi untuk menjana pendapatan dengan Youtube sebab tidak melepasi had kelayakan baru yang ditetapkan.

Syarat baru yang ditetapkan ialah perlu mempunyai 1000 subscriber dan masa tonton sebanyak 4000 jam setahun yang lepas. Alasan mereka ialah untuk menjaga keharmonian para creator yang lain.

Sebagai pengguna platform Youtube, saya hanya mampu pasrah. Selepas akaun Ultraman Ribut saya dulu kena ban, memang tidak berharap sangat dengan Youtube. Memang ada video yang saya upload tetapi lebih kepada tutorial dalam blog ini.

Sebagai pemilik platform, Google memang akan ubah ikut suka diaorang. Kita ni dah lah guna pun free so nak tak nak ikut je la. Sebab itulah dalam blog saya dah letak iklan Google Adsense, haha. Sebab malas nak layan email dari Google. Ini tak boleh itu tak boleh. Macam-macam.

So macam mana, ada tak yang dapat email sedih dari Youtube? jangan sedih-sedih, hidup mesti diteruskan.


1K Subscriber, Boleh ke?


Semasa saya fokus kepada channel Ultraman Ribut saya, subscriber saya adalah seramai 11 ribu. Tapi lepas kena ban, terus takde semangat nak buat lagi dah.

Antara niche yang cepat naik antaranya gossip artis, viral artis, animasi memang mudah mendapat
subscriber dan like.  Ramai yang suka niche hiburan ni yang upload semula video artis popular dari insta mereka ke Youtube.

Terpulang la pada selera masing-masing. Kalau larat nak layan insta video ni hari-hari. lepastu nak uplaod ke Youtube, takut nanti kena flag dengan Youtube. Silap haribulan kena saman hehe.

Fokus kepada konten anda. Jika fokus anda menarik dan bermanfaat mesti akan ada bertambah subsciriber anda.

Saya masih fokus kepada video tutorial. Itu je pun dari dulu yang saya tahu. Nak buat kelakar tak pandai, nak menyanyi suara tak sedap hehe.

So lebih baik buat apa yang saya tahu. Tak dapat duit pun tak pe. InsyaAllah akan dapat ganjaran lain yang lebih baik sebab niat nak bantu orang.

Boleh subscribe video terbaru saya di sini. Anak saya pun sudah mula nak ada channel sendiri. Semalam baru je upload video dia buat intro tentang channel Youtube dia. Macam macam sekarang ni.

Semangat suruh kawan-kawan sekolah dia subscribe. Kejap je dah 30 orang.

Fokus kepada apa yang anda expert dan minat. InsyaAllah akan berhasil. Ini penting. Jika anda ingin buat semua benda untuk jana pendapatan online, takut nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir pulak.

Sampai sini dulu. Selamat beramal..


Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Youtube Buat Gila Lagi"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar