-->

Kenapa minum air kosong je dik?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera





Alhamdulilah, saya sudah selamat kembali ke bumi tercinta Malaysia. Sekarang tinggal di Putrajaya. Alhamdulillah kebetulan apartmen betul-betul depan surau. So kalau tak pergi memang takde alasan la.

Ada yang bertongkat empat pun datang naik motor. Ini kan saya yang sihat.


Orang kata kalau nak kenal dengan masyarakat kena la kenal jemaah surau dulu. So dari situla saya bermula. Tup tup dapat wakil surau dalam Ping Pong. Layan kan je.

Walaupun tewas, tetapi dapat banyak belajar. Masa di Turki pun ada main juga, tetapi sekadar suka-suka je.

Block yang saya duduki juga dekat dengan cafe, kedai dan dobi 24 hours. So memang sangat-sangat bersyukur dapat rumah area sini.

So bila nak breakfast dan lunch memang order je la. Limau kosong, Kopi 0 Kosong, Milo kosong dan nasi separuh. Memang menjadi rutin harian.

Sampai la suatu hari, akak di cafe bertanya kenapa order sama sahaja airnya. Dan bermula lah saya bercerita tentang kisah mak, makcik dan pakcik yang pergi kerana kencing manis.

Rupanya akak cafe itu pun ada diabetes. Dia pun tahu bahaya gula tetapi tahan nak juga makan manis kadang-kadang tu. Family dia juga ramai yang meninggal sebab sakit diabetes.

Memang susah nak jaga makan kalau di Malaysia ini. Makanan yang pelbagai dan enak kalau tidak di jaga memang ke laut la jawabnya.

Especially, gula dalam minuman. Memang perlu dikurangkan, biarla orang cakap poyo ke apa. Pengalaman melihat ibu sendiri menderita sakit diabetes dengan rawatan dialisis memang tidak dapat dilupakan. 

Ia akan kekal sampai bila bila.



Jika di eropah, penggunaan gula adalah sangat minimum. Lebih-lebih lagi dalam minuman. Akan ada gula di atas meja dan tiada penggunaan susu pekat dalam minuman.

Senaman dan tidur yang cukup adalah penting. Keluarkan peluh 3 kali seminggu. Jika tidak dapat pergi ke padang tu gym boleh juga lakukan di rumah.

Ikut sahaja exercise routine yang banyak terdapat di Youtube dan follow sahaja. Yang penting jangan skip senaman atau jogging. Jika makan tak kawal plus tiada senaman memang kita akan berisiko tinggi.

Lebih-lebih lagi dengan umur yang kian meningkat. Penjagaan kesihatan adalah sangat penting.



Dapatkan update terkini dari saya terus ke email anda:

0 Response to "Kenapa minum air kosong je dik?"

Catat Ulasan

Sila komen jangan malu-malu. Saya sedia mendengar